Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Friday 13 June 2014

Temu Duga Cinta ke Versi Cetak

Alhamdulillah. Akhirnya, penantian berakhir. Temu Duga Cinta akan menemui pembaca bermula 21 Jun ini. 



Tajuk : TEMU DUGA CINTA

Penulis : RIDHYA IMAN

ISBN : 978-967-0718-04-0

Harga : RM 26 (Semenanjung)
RM 29 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis :

Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair.

Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya.
“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu.

“Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya.

Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

“Kita kahwin?”

‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang.
Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram?

Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?

Note:

* Potongan RM2 setiap naskah untuk pembelian online
** Potongan RM4 setiap naskah untuk pembelian walk in Office IKP
*** Potongan RM6 setiap naskah untuk pembelian walk in di Office IKP bagi Ahli KIKers yang ada kad keahlian. (Kad keahlian hanya akan dikeluarkan bermula 21 jun 2014)

13 comments:

  1. xsabar rasanya nk dptkan novel ni. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh order dgn admin IKP dgn facebook. Hehehehe..

      Delete
  2. dh oder tunggu sampai sahaja. Nk ttangan yer....tp kalo ada special gift lain, kecik tapak tnagn daun nyior den tadahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah...ada rezeki tak ke mana. Hehhee..thank you..

      Delete
  3. Replies
    1. Terima kasih :) Harap memenuhi citarasa.. Hehehe..

      Delete
  4. Haippp..asl bru tau ni..haha..nk order la..lama tggu novel ni

    ReplyDelete
  5. hoorrey... TDC sudah nak berada di pasaran!
    bukan janji tapi pasti saya akan dapatkan TDC..
    hehehe...

    ReplyDelete
  6. Nk orderrr ! How how ?? X de no tepon pomn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh oder online Amalina Mary. Boleh ke link ni http://ideakreatif.net

      Delete
  7. Hai Ridhya..
    Saya dah khatam TDC.
    hehehe..
    Cinta dipilih kerana pandangan mata, dinilainya pula dengan akal yang sempurna, ia diuji dengan nafsu durjana dan dihakimi oleh hati tulus di dada. Berbekalkan wajah yang putih gebu dengan perwatakan Ain yang polos telah menjadi pilihan pandangan mata Uzair dan Ikram. Tragedi tangkap khalwat Ain dan Ikram menunjukkan sebuah cinta yang ditemu duga itu mungkin sudah gagal dek ujian gelora nafsu. Sikap sarkastik si Uzair dan sikap gentleman si Ikram mempengaruhi akal Ain untuk memilih cinta seorang lelaki. Cuma, hati yang tulus di dada sahaja dapat menentukan siapa yang memiliki cinta yang hakiki. Inilah yang dikatakan temu duga cinta. Cinta siapa yang dipilih, ditemu duga dan berjaya dengan ujiannya pasti akan kekal bahagia sampai bila-bila.

    hehehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..