Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Friday 13 June 2014

Temu Duga Cinta ke Versi Cetak

Alhamdulillah. Akhirnya, penantian berakhir. Temu Duga Cinta akan menemui pembaca bermula 21 Jun ini. 



Tajuk : TEMU DUGA CINTA

Penulis : RIDHYA IMAN

ISBN : 978-967-0718-04-0

Harga : RM 26 (Semenanjung)
RM 29 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis :

Polos tetapi berani, itulah Qurratul ‘Ain. Dingin dan beku, pakej bersama sarkastik, itulah Megat Uzair.

Mereka ditemukan ketika ‘Ain hadir temu duga. Di situlah bermula segalanya.
“Oh! Baru saya ingat. Nama awak sama dengan nama monyet peliharaan arwah atuk saya.” ~ Uzair

Betul-betul menduga kesabaran. Setiap kali bertentang mata, pasti jiwanya diduga dengan sindiran tajam encik sarkastik. Sungguh, dia benci dengan bicara sinis yang pedas tahap bombastik lelaki itu.

“Mulut awak ni busuk macam belacan!!!” ~ ‘Ain

Namun, ketika bibir mengatakan benci, ada rasa lain pula bercambah di hati. Rupanya, bukan ‘Ain saja yang berperasaan begitu. Encik sarkastik juga turut merasainya. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang dia untuk berterus-terang. Sejarah lama yang tak mungkin mampu diubah telah membataskan segala-galanya.

Tatkala kisah ‘Ain ditangkap khalwat dengan Encik Ikram, Pengurus Logistik di syarikat itu tersebar, Uzair mula tak senang duduk.

“Kita kahwin?”

‘Ain terkedu. Uzair lurut rambut sendiri. Encik Ikram pula tarik nafas tenang.
Sebenarnya.... Siapa yang lamar ‘Ain? Encik sarkastik atau Encik Ikram?

Dan, apa sebenarnya yang membuatkan Uzair tak mampu meluahkan rasa cintanya pada ‘Ain?

Note:

* Potongan RM2 setiap naskah untuk pembelian online
** Potongan RM4 setiap naskah untuk pembelian walk in Office IKP
*** Potongan RM6 setiap naskah untuk pembelian walk in di Office IKP bagi Ahli KIKers yang ada kad keahlian. (Kad keahlian hanya akan dikeluarkan bermula 21 jun 2014)