Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Tuesday 2 April 2013

Titian Cinta 1 [Edited Version]

Matahari tegak memancarkan sinar. Cuaca yang baik petang itu dengan suhu hampir mencecah 27 darjah Celsius memudahkan tugas juruterbang penerbangan MH257 dari Heathrow, London mendaratkan pesawat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. 
‘Aisy membetulkan duduk untuk menghilangkan lenguh yang mencengkam seluruh urat sendi. Perjalanan jauh yang ditempuh hampir 13 jam itu benar-benar memenatkan. Tali keledar keselamatan yang melilit di pinggang ditanggalkan sebaik isyarat memasang tali pinggang keledar dimatikan.
‘Aisy menjengah ke luar tingkap pesawat, membuang pandangan. Akhirnya dia kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Tanah tumpah darah yang telah lama ditinggalkan. Kembali kerana perjalanannya dalam menimba sekelumit ilmu di bumi asing telah pun selesai.
“Selamat pulang ke tanah air, Rahadatul ‘Aisy Hilmi.” Bisiknya perlahan pada diri sendiri. Sebuah keluhan berat meniti di bibir comel itu. Cukup menggambarkan hatinya yang sedang berperang hebat dengan pelbagai rasa.
Kelibat penumpang yang mula bergerak keluar dari perut pesawat dihantar dengan pandangan kosong. ‘Aisy masih pegun di kerusi. Berat terasa kakinya untuk turut mengorak langkah. Andai dia punya pilihan saat ini, dia lebih rela untuk terus berada di bumi England. Biarpun ada rindu yang bertamu di hati pada keluarga tercinta. Biarpun bukan mudah untuk mengharung hidup di negara orang seorang diri. Namun, dia lebih rela menempuh kesusahan itu daripada terpaksa merasai kesakitan tatkala mengingati segala kenangan pahit yang pernah ditinggalkan di sini. Bukan mudah untuk dia melupakan memori saat maruahnya dicarik-carik oleh seorang lelaki bergelar suami.
Perbezaan jarak sejauh 6557 batu seolah-olah membebaskan dirinya daripada buruan kenangan silam yang memeritkan. Membenarkannya untuk meraih sedikit rasa bahagia dengan kehidupan baru yang dijalani di bumi asing. Sekurang-kurangnya, kesibukan dengan kerja-kerja penyelidikan berjaya membuatkan dirinya tidak lagi dihambat bayangan duka semalam biarpun mungkin hanya untuk seketika cuma.
Dan kini, dia harus kembali setelah empat tahun dia melakar pengalaman di tempat orang. Dek terikat dengan janji, dia pulang ke tanah air untuk melaksanakan amanah mendidik anak bangsa, setelah segulung ijazah Doktor Falsafah berjaya diperolehi. Walaupun kepulangannya mungkin akan membuka ruang pada sebuah pertemuan. Pertemuan yang bisa melukakan kembali parut di hatinya sendiri. Namun, pilihan apakah yang dia ada?
Sehingga masa itu tiba dia perlu memperkemaskan hati. Menguatkan emosi. Tidak akan diizinkan dirinya kalah di hadapan lelaki itu berulang kali. Andai ada pertemuan lagi, biarlah saat itu dia sudah cukup kuat untuk bertahan menentang lelaki yang sangat berpengaruh itu. Demi sebuah hak yang perlu dituntut. Demi sebuah perhitungan yang ditinggalkan tanpa penyudah.
Come on, Rahadatul ‘Aisy Hilmi”
Sekali lagi dia menyeru namanya sendiri. Menitipkan semangat dalam diri seraya cuba mengusir kebimbangan yang menjengah sanubari.
Keadaan perut pesawat yang sudah mula lengang memaksanya untuk bangun. Bagasi kecil yang disimpan di ruang atas dicapai. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Kepalanya didongakkan sedikit. Langkah kakinya diatur satu persatu menuju ke terminal ketibaan.

***

“Assalamualaikum...”
‘Aisy memalingkan wajahnya sebaik satu suara halus menyapanya. Imej gadis manis berbaju kurung moden terbias di pandangan mata. Pantas sebuah senyuman lebar terukir di bibir.
“Waalaikumussalam.” Salam dijawab perlahan. Tubuh kecil Sakeena dipeluk kemas, meleraikan rindu yang dipendam sekian lama.
Sakeena, teman yang paling rapat dengan ‘Aisy. Hubungan persahabatan yang telah terjalin sejak sedekad yang lalu meletakkan Sakeena sebagai teman yang paling dipercayai ‘Aisy. Setiap inci sejarah hidup ‘Aisy dipegang kemas Sakeena. Terlalu banyak perkara yang mereka kongsi bersama sehingga tiada rahsia yang wujud antara mereka berdua.
“Kau dah banyak berubah sekarang, ‘Aisy.” Tutur Sakeena sebaik pelukan dileraikan. Matanya tekun memerhati susuk tubuh ‘Aisy atas bawah. Pertambahan usia membuatkan wajah ‘Aisy tampak lebih matang dan berkarisma. Namun, entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang kosong pada wajah itu. Meskipun senyuman lebar tidak lekang menghiasi bibir ‘Aisy.
“Mana ada berubahnya. Aku masih sama je macam dulu. Cuma lemak-lemak mungkin dah agak kurang menempel kat tubuh aku ni.”
‘Aisy tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Suaranya sengaja diceriakan agar keresahan yang sedang bersarang di jiwa dapat disembunyikan. 
“Itulah yang buat aku hairan. Kau ni sebenarnya pergi belajar ke atau kau pergi sedut lemak kat sana?” Gurauan nakal Sakeena meledakkan tawa ‘Aisy.
“Tak ada maknanya aku nak buat kerja haram tu. Kat sana hari-hari aku ulang-alik ke universiti berjalan kaki. Makan pula tak menentu. Kadang-kadang tu balik dari universiti, badan dah penat lupa nak makan. Bantai tidur lagi syok. Sebab itulah agaknya berat aku susut.” Bersungguh-sungguh ‘Aisy menjelaskan. Kedudukan rumah sewanya dan universiti yang tidak jauh membuatkan dia lebih selesa memilih untuk berjalan kaki daripada menggunakan kenderaan awam. Orang kata banyak berjalan luas pandangan!
Sakeena semakin galak merenung temannya itu. Entah kenapa simpatinya tumpah setiap kali dia menatap wajah tenang itu.
“Betul ke ni? Bukan kurus sebab makan hati ke?” Soal Sakeena sengaja menduga perasaan ‘Aisy.
“Makan hati? Kau kan tahu aku tak makan organ-organ dalaman ni. Tak bagus untuk otak.” Balas ‘Aisy pura-pura tidak faham. Bukan sekarang masanya untuk dia berbicara tentang soal hati dan perasaan meskipun tiada rahsia antara dia dan Sakeena.
“Sakeena Salihin, you look gorgeous my dear.” Puji ‘Aisy mengalih topik perbualan. Kedua-dua belah bahu Sakeena diusap lembut. Seri yang jelas terpancar di raut wajah Sakeena cukup memberitahu yang temannya itu sedang meniti saat-saat bahagia bergelar tunangan orang.
“Puji aku ini ada makna ke? Macam nak mengelat je.” Tingkah Sakeena. Tidak terkesan langsung dengan pujian ‘Aisy. Dia yakin ‘Aisy sedang menyembunyikan perasaannya.
“Aku ikhlas lah. Bukan senang aku nak puji orang ni. Sekali aku puji memang aku benar-benar maksudkan kata-kata aku tu.” Bahu Sakeena dipaut mesra. Memang dia benar-benar ikhlas memaknakan kata pujian itu.
“Apa kata kita singgah food court. Selesa sikit nak borak-borak. Lagipun flight aku ke Kuala Terengganu pukul 2.00 petang nanti, banyak masa lagi ni.” Cadang ‘Aisy mula menyorong troli. Namun langkahnya terhenti apabila menyedari Sakeena masih tidak berganjak. Masih merenungnya tajam. Dia tahu Sakeena sedang cuba membaca isi hatinya.
“Jomlah, perut aku pun dah lapar ni. Kau tahulah makanan dalam flight tu macam mana. Aku dah rindu sangat nak makan nasi lemak, roti canai dan laksa Penang ni. Pekena teh tarik kaw kaw pun best juga ni.” Lengan Sakeena ditarik perlahan.
 “Kau ini dah berapa bulan tak makan ni? Selera mengalahkan anak jin.” Bulat mata Sakeena memandang wajah selamba ‘Aisy yang sedang tersengih nakal.
“Aku ini dah bertahun tau tak merasa masakan Malaysia. Makan tahun tau bukan bulan. Kalau masak kat sana pun, rasa dia tak sama dengan makan di negara sendiri. Selalu ada je bahan yang kurang. Jomlah, perut aku dah berdondang sayang ni.” Beria-ia ‘Aisy mengajak Sakeena sambil menepuk-nepuk perutnya.
“Yalah..yalah..” Sakeena mengeluh lemah. Akhirnya dia mengalah. Mereka beriringan menuju ke medan selera yang berada di aras dua.
‘Aisy mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Masih berbaki tiga jam lagi sebelum penerbangan domestik ke kampung halamannya. Emak dan ayah pasti sedang menunggu kepulangannya. Begitu juga Rizal dan Sumayyah, dua orang adik kesayangannya.
Tersungging senyuman nipis di bibir ‘Aisy tatkala fikirannya mengingati setiap wajah ahli keluarga yang dikasihinya. Masih terngiang-ngiang suara ceria Haji Hilmi dan Hajah Maryam ketika dia memaklumkan kepulangannya ke tanah air. Sudah pasti dia juga tidak sabar untuk menatap wajah kedua orang tuanya. Empat tahun dia menyulam rindu. Bukannya dalam tempoh tersebut dia langsung tidak mempunyai peluang untuk pulang ke Malaysia. Namun, dia tiada kekuatan. Dia memerlukan masa dan ruang untuk merawat luka di hatinya.

33 comments:

  1. Flight from Heathrow, London to KLIA is usually between 13 to 13.5 hours not sure flight ape yg took only almost 12 hrs(*hampir 12 jam.)

    Mcm tak berapa nk logik bila dia cakap dah bertahun tak makan masakan melayu. kalau 10 years n beyond dulu- possible le susah nak makan masakan melayu kat England tu! Recently there are lots of restoran melayu kat england or tak pon still we can masak sendiri or dengan kekawan - unless tinggal kat boarding school tak dpt masak sendiri. This girl is taking Doktor falsafah, Phd tu .... means dia budak besar - tak kn tak reti sekali nk masak masakan melayu - ke dia makan roti je? omputih local lagi dpt makan masakan melayu kat england!
    i am not trying to say 'salah' but kena ade logik - mustahil 4 tahun yg lepas dia x jumpa masakan melayu. nowadays all ingredients masakan senang dpt kat supermarket in england!
    i am sorry if i tersalah faham dengan ur ayat tu or aisy tu cuma gurau je.

    again sorry ... sy cakap ni dari pengalaman sendiri n been staying at different places in England - belajar jugak. cuma rindu nak rase masakan melayu emak je!

    please jgn marah or trsinggung with my honest opinion ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fyi..way back in 2000 MAS only took 10 -12 hours direct flight to london.petty facts need not be rigid.my opinion.to the author congratulations..indeed a good read.

      Delete
  2. Ooh..terima kasih utk komen. Dulu saya juga pernah sampai ke London, tapi dah lama lah. Mungkin saya sendiri tersalah ingat precise hours utk sampai ke sana. Dalam ingatan ni duk ingat around 12 hours je. Nanti saya betulkan the precise hours..

    Minta maaf, saya pun pernah juga merasai pengalaman di tempat orang. Maksud dialog itu, the taste would not be the same walau masak sendiri pun. Banyak bahan yang tak cukup. Tapi apa-apa pun terima kasih utk cadangan dan komen. Mungkin saya kena kembangkan dialog ni lebih lagi agar tak timbul salah faham. Terima kasih yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sbb terima my view - n i can see that u've changed them. And that ayat do make sense.

      hope your story is a success once it go to printed version

      Delete
    2. thanks..doa2 kan yer..if ade komen jgn teragak2 nk bgtau..people always make mistakes..apatah lagi penulis amatur macam sy ni

      Delete
  3. amatur tp sekarang diadaptasi ke drama..thumbs up

    ReplyDelete
  4. I like this. Will read others episode too :)

    ReplyDelete
  5. Try to find your Novel at SMO bookshop but out of stock. Any idea where else to find this Novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  6. Try to find your Novel at SMO bookshop but out of stock. Any idea where else to find this Novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  7. Saya pun cari banyk kedai dah pergi. Semua out of stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  8. Saya pun cari banyk kedai dah pergi. Semua out of stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  9. dh kluar drama br nk tercari2 novel ni..lama sgt dh xbli novel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  10. Mane nak cari ye novel ni skarang?? teringin sangat nak baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  11. Puas cari novel ni tp dh x dek jual.. Sedihnya bila keluaran baru nk keluar.. Cepat la keluar sebelum habis cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

      Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

      Delete
  12. Popular bgtahu 5 buku je sampai semua tngh bz mencetak..rugi plk abis cerita da x d org nak bli..tp sy ttp akn bli rasanye dialog tu mcm x sma je ngn novel..mesti lg sedap bila kita membaca..

    ReplyDelete
  13. cari di ig ade jual.. saye dah order huhu..

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Terima kasih sudi baca titian cinta. Sesiapa nak dapatkan novel ni, boleh pm FB saya ya (Ridhya Iman)

    ReplyDelete
  15. Do you know if titian cinta was translated in English? Would love to read this Novel.If so where can I get a copy

    ReplyDelete
  16. Nasib baik dlm drama tak byk olahan sesuka hati pengarah dan penerbit

    ReplyDelete
  17. Yeahhh..baru dpt novel ni....booking siap2 dgn staff kat popular bookstore...

    ReplyDelete
  18. Baru mula pembacaan..sedap...

    ReplyDelete
  19. Mmg best.. Tpi bes bca buku dari tgok drama.. Feel lain.. Apepun mmg bess

    ReplyDelete
  20. Jika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.

    Anda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..