Matahari tegak memancarkan sinar. Cuaca yang baik petang itu dengan suhu hampir
mencecah 27 darjah Celsius memudahkan tugas juruterbang penerbangan MH257 dari
Heathrow, London mendaratkan pesawat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur.
‘Aisy membetulkan duduk untuk menghilangkan lenguh yang mencengkam
seluruh urat sendi. Perjalanan jauh yang ditempuh hampir 13 jam itu benar-benar
memenatkan. Tali keledar keselamatan yang melilit di pinggang ditanggalkan
sebaik isyarat memasang tali pinggang keledar dimatikan.
‘Aisy menjengah ke luar tingkap pesawat, membuang pandangan.
Akhirnya dia kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Tanah tumpah darah yang
telah lama ditinggalkan. Kembali kerana perjalanannya dalam menimba sekelumit
ilmu di bumi asing telah pun selesai.
“Selamat pulang ke tanah air, Rahadatul ‘Aisy Hilmi.” Bisiknya
perlahan pada diri sendiri. Sebuah keluhan berat meniti di bibir comel itu.
Cukup menggambarkan hatinya yang sedang berperang hebat dengan pelbagai rasa.
Kelibat penumpang yang mula bergerak keluar dari perut pesawat
dihantar dengan pandangan kosong. ‘Aisy masih pegun di kerusi. Berat terasa
kakinya untuk turut mengorak langkah. Andai dia punya pilihan saat ini, dia
lebih rela untuk terus berada di bumi England. Biarpun ada rindu yang bertamu
di hati pada keluarga tercinta. Biarpun bukan mudah untuk mengharung hidup di
negara orang seorang diri. Namun, dia lebih rela menempuh kesusahan itu
daripada terpaksa merasai kesakitan tatkala mengingati segala kenangan pahit
yang pernah ditinggalkan di sini. Bukan mudah untuk dia melupakan memori saat
maruahnya dicarik-carik oleh seorang lelaki bergelar suami.
Perbezaan jarak sejauh 6557 batu seolah-olah membebaskan dirinya
daripada buruan kenangan silam yang memeritkan. Membenarkannya untuk meraih
sedikit rasa bahagia dengan kehidupan baru yang dijalani di bumi asing.
Sekurang-kurangnya, kesibukan dengan kerja-kerja penyelidikan berjaya
membuatkan dirinya tidak lagi dihambat bayangan duka semalam biarpun mungkin
hanya untuk seketika cuma.
Dan kini, dia harus kembali setelah empat tahun dia melakar
pengalaman di tempat orang. Dek terikat dengan janji, dia pulang ke tanah air
untuk melaksanakan amanah mendidik anak bangsa, setelah segulung ijazah Doktor
Falsafah berjaya diperolehi. Walaupun kepulangannya mungkin akan membuka ruang
pada sebuah pertemuan. Pertemuan yang bisa melukakan kembali parut di hatinya
sendiri. Namun, pilihan apakah yang dia ada?
Sehingga masa itu tiba dia perlu memperkemaskan hati. Menguatkan
emosi. Tidak akan diizinkan dirinya kalah di hadapan lelaki itu berulang kali.
Andai ada pertemuan lagi, biarlah saat itu dia sudah cukup kuat untuk bertahan
menentang lelaki yang sangat berpengaruh itu. Demi sebuah hak yang perlu
dituntut. Demi sebuah perhitungan yang ditinggalkan tanpa penyudah.
“Come on, Rahadatul ‘Aisy Hilmi”
Sekali lagi dia menyeru namanya sendiri. Menitipkan semangat dalam
diri seraya cuba mengusir kebimbangan yang menjengah sanubari.
Keadaan perut pesawat yang sudah mula lengang memaksanya untuk
bangun. Bagasi kecil yang disimpan di ruang atas dicapai. Dia menarik nafas
dalam-dalam dan dilepaskan perlahan. Kepalanya didongakkan sedikit. Langkah
kakinya diatur satu persatu menuju ke terminal ketibaan.
“Assalamualaikum...”
‘Aisy memalingkan wajahnya sebaik satu suara halus menyapanya.
Imej gadis manis berbaju kurung moden terbias di pandangan mata. Pantas sebuah
senyuman lebar terukir di bibir.
“Waalaikumussalam.” Salam dijawab perlahan. Tubuh kecil Sakeena
dipeluk kemas, meleraikan rindu yang dipendam sekian lama.
Sakeena, teman yang paling rapat dengan ‘Aisy. Hubungan
persahabatan yang telah terjalin sejak sedekad yang lalu meletakkan Sakeena
sebagai teman yang paling dipercayai ‘Aisy. Setiap inci sejarah hidup ‘Aisy
dipegang kemas Sakeena. Terlalu banyak perkara yang mereka kongsi bersama
sehingga tiada rahsia yang wujud antara mereka berdua.
“Kau dah banyak berubah sekarang, ‘Aisy.” Tutur Sakeena sebaik
pelukan dileraikan. Matanya tekun memerhati susuk tubuh ‘Aisy atas bawah.
Pertambahan usia membuatkan wajah ‘Aisy tampak lebih matang dan berkarisma.
Namun, entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang kosong pada wajah itu.
Meskipun senyuman lebar tidak lekang menghiasi bibir ‘Aisy.
“Mana ada berubahnya. Aku masih sama je macam dulu. Cuma
lemak-lemak mungkin dah agak kurang menempel kat tubuh aku ni.”
‘Aisy tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik.
Suaranya sengaja diceriakan agar keresahan yang sedang bersarang di jiwa dapat
disembunyikan.
“Itulah yang buat aku hairan. Kau ni sebenarnya pergi belajar ke
atau kau pergi sedut lemak kat sana?” Gurauan nakal Sakeena meledakkan tawa
‘Aisy.
“Tak ada maknanya aku nak buat kerja haram tu. Kat sana hari-hari
aku ulang-alik ke universiti berjalan kaki. Makan pula tak menentu.
Kadang-kadang tu balik dari universiti, badan dah penat lupa nak makan. Bantai
tidur lagi syok. Sebab itulah agaknya berat aku susut.” Bersungguh-sungguh
‘Aisy menjelaskan. Kedudukan rumah sewanya dan universiti yang tidak jauh
membuatkan dia lebih selesa memilih untuk berjalan kaki daripada menggunakan
kenderaan awam. Orang kata banyak berjalan luas pandangan!
Sakeena semakin galak merenung temannya itu. Entah kenapa
simpatinya tumpah setiap kali dia menatap wajah tenang itu.
“Betul ke ni? Bukan kurus sebab makan hati ke?” Soal Sakeena
sengaja menduga perasaan ‘Aisy.
“Makan hati? Kau kan tahu aku tak makan organ-organ dalaman ni.
Tak bagus untuk otak.” Balas ‘Aisy pura-pura tidak faham. Bukan sekarang
masanya untuk dia berbicara tentang soal hati dan perasaan meskipun tiada
rahsia antara dia dan Sakeena.
“Sakeena Salihin, you
look gorgeous my dear.” Puji ‘Aisy mengalih topik perbualan. Kedua-dua
belah bahu Sakeena diusap lembut. Seri yang jelas terpancar di raut wajah
Sakeena cukup memberitahu yang temannya itu sedang meniti saat-saat bahagia
bergelar tunangan orang.
“Puji aku ini ada makna ke? Macam nak mengelat je.” Tingkah
Sakeena. Tidak terkesan langsung dengan pujian ‘Aisy. Dia yakin ‘Aisy sedang
menyembunyikan perasaannya.
“Aku ikhlas lah. Bukan senang aku nak puji orang ni. Sekali aku
puji memang aku benar-benar maksudkan kata-kata aku tu.” Bahu Sakeena dipaut
mesra. Memang dia benar-benar ikhlas memaknakan kata pujian itu.
“Apa kata kita singgah food
court. Selesa sikit nak
borak-borak. Lagipun flight aku ke Kuala Terengganu pukul 2.00
petang nanti, banyak masa lagi ni.” Cadang ‘Aisy mula menyorong troli. Namun
langkahnya terhenti apabila menyedari Sakeena masih tidak berganjak. Masih
merenungnya tajam. Dia tahu Sakeena sedang cuba membaca isi hatinya.
“Jomlah, perut aku pun dah lapar ni. Kau tahulah makanan dalam flight tu macam mana. Aku dah rindu
sangat nak makan nasi lemak, roti canai dan laksa Penang ni. Pekena teh tarik
kaw kaw pun best juga ni.” Lengan Sakeena ditarik perlahan.
“Kau ini dah berapa bulan tak makan ni? Selera mengalahkan
anak jin.” Bulat mata Sakeena memandang wajah selamba ‘Aisy yang sedang
tersengih nakal.
“Aku ini dah bertahun tau tak merasa masakan Malaysia. Makan tahun
tau bukan bulan. Kalau masak kat sana pun, rasa dia tak sama dengan makan
di negara sendiri. Selalu ada je bahan yang kurang. Jomlah, perut aku dah berdondang sayang ni.” Beria-ia ‘Aisy
mengajak Sakeena sambil menepuk-nepuk perutnya.
“Yalah..yalah..” Sakeena mengeluh lemah. Akhirnya dia mengalah.
Mereka beriringan menuju ke medan selera yang berada di aras dua.
‘Aisy mengerling jam di pergelangan tangan kirinya. Masih berbaki
tiga jam lagi sebelum penerbangan domestik ke kampung halamannya. Emak dan ayah
pasti sedang menunggu kepulangannya. Begitu juga Rizal dan Sumayyah, dua orang
adik kesayangannya.
Tersungging
senyuman nipis di bibir ‘Aisy tatkala fikirannya mengingati setiap wajah ahli
keluarga yang dikasihinya. Masih terngiang-ngiang suara ceria Haji Hilmi dan
Hajah Maryam ketika dia memaklumkan kepulangannya ke tanah air. Sudah pasti dia
juga tidak sabar untuk menatap wajah kedua orang tuanya. Empat tahun dia
menyulam rindu. Bukannya dalam tempoh tersebut dia langsung tidak mempunyai
peluang untuk pulang ke Malaysia. Namun, dia tiada kekuatan. Dia memerlukan masa
dan ruang untuk merawat luka di hatinya.
Flight from Heathrow, London to KLIA is usually between 13 to 13.5 hours not sure flight ape yg took only almost 12 hrs(*hampir 12 jam.)
ReplyDeleteMcm tak berapa nk logik bila dia cakap dah bertahun tak makan masakan melayu. kalau 10 years n beyond dulu- possible le susah nak makan masakan melayu kat England tu! Recently there are lots of restoran melayu kat england or tak pon still we can masak sendiri or dengan kekawan - unless tinggal kat boarding school tak dpt masak sendiri. This girl is taking Doktor falsafah, Phd tu .... means dia budak besar - tak kn tak reti sekali nk masak masakan melayu - ke dia makan roti je? omputih local lagi dpt makan masakan melayu kat england!
i am not trying to say 'salah' but kena ade logik - mustahil 4 tahun yg lepas dia x jumpa masakan melayu. nowadays all ingredients masakan senang dpt kat supermarket in england!
i am sorry if i tersalah faham dengan ur ayat tu or aisy tu cuma gurau je.
again sorry ... sy cakap ni dari pengalaman sendiri n been staying at different places in England - belajar jugak. cuma rindu nak rase masakan melayu emak je!
please jgn marah or trsinggung with my honest opinion ok.
Fyi..way back in 2000 MAS only took 10 -12 hours direct flight to london.petty facts need not be rigid.my opinion.to the author congratulations..indeed a good read.
DeleteOoh..terima kasih utk komen. Dulu saya juga pernah sampai ke London, tapi dah lama lah. Mungkin saya sendiri tersalah ingat precise hours utk sampai ke sana. Dalam ingatan ni duk ingat around 12 hours je. Nanti saya betulkan the precise hours..
ReplyDeleteMinta maaf, saya pun pernah juga merasai pengalaman di tempat orang. Maksud dialog itu, the taste would not be the same walau masak sendiri pun. Banyak bahan yang tak cukup. Tapi apa-apa pun terima kasih utk cadangan dan komen. Mungkin saya kena kembangkan dialog ni lebih lagi agar tak timbul salah faham. Terima kasih yer..
thanks sbb terima my view - n i can see that u've changed them. And that ayat do make sense.
Deletehope your story is a success once it go to printed version
thanks..doa2 kan yer..if ade komen jgn teragak2 nk bgtau..people always make mistakes..apatah lagi penulis amatur macam sy ni
Deleteamatur tp sekarang diadaptasi ke drama..thumbs up
ReplyDeleteyup..thumbs up tooo..
DeleteI like this. Will read others episode too :)
ReplyDeleteTry to find your Novel at SMO bookshop but out of stock. Any idea where else to find this Novel.
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Try to find your Novel at SMO bookshop but out of stock. Any idea where else to find this Novel.
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Saya pun cari banyk kedai dah pergi. Semua out of stock
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Saya pun cari banyk kedai dah pergi. Semua out of stock
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
dh kluar drama br nk tercari2 novel ni..lama sgt dh xbli novel.
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Mane nak cari ye novel ni skarang?? teringin sangat nak baca
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Puas cari novel ni tp dh x dek jual.. Sedihnya bila keluaran baru nk keluar.. Cepat la keluar sebelum habis cerita...
ReplyDeleteBoleh pm FB Ridhya Iman
DeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
DeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.
Popular bgtahu 5 buku je sampai semua tngh bz mencetak..rugi plk abis cerita da x d org nak bli..tp sy ttp akn bli rasanye dialog tu mcm x sma je ngn novel..mesti lg sedap bila kita membaca..
ReplyDeletecari di ig ade jual.. saye dah order huhu..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTerima kasih sudi baca titian cinta. Sesiapa nak dapatkan novel ni, boleh pm FB saya ya (Ridhya Iman)
Do you know if titian cinta was translated in English? Would love to read this Novel.If so where can I get a copy
ReplyDeleteUnfortunately no
DeleteNasib baik dlm drama tak byk olahan sesuka hati pengarah dan penerbit
ReplyDeleteYeahhh..baru dpt novel ni....booking siap2 dgn staff kat popular bookstore...
ReplyDeleteBaru mula pembacaan..sedap...
ReplyDeleteMmg best.. Tpi bes bca buku dari tgok drama.. Feel lain.. Apepun mmg bess
ReplyDeleteJika anda masih mencari Novel Titian Cinta ini kami ada menjual. Whatsapp terus ke 0136460686.
ReplyDeleteAnda juga boleh terus ke instagram & facebook kami : ghostbookway.