Arianna gelisah
di dapur. Sejak beberapa minit yang lalu, dia hilang tumpuan terhadap kerja yang
sedang dilakukannya. Serba tak kena bila sepasang mata milik Affan ralit memerhati
gerak-gerinya. Panahan mata itu bagaikan sang helang yang sedang mengawasi
mangsa.
“Nak masak lauk
apa dulu ni?” Affan menyoal.
“Errr…masak
lemak…eh tak..rasanya baik I masak kari ikan dulu,” balas Arianna menggelabah.
Dia bergerak ke
peti ais. Cuba menyembunyikan rasa gugup. Seekor ikan merah yang sudah siap
diproses dikeluarkan dari ruang sejuk beku.
“Astaghfirullah.” Arianna urut dada bila
tiba-tiba Affan sudah berdiri di sebelah peti ais berpintu dua itu.
“Sayang nak
abang tolong bersihkan ikan ni ke?”
Affan sembunyi
senyum dengan tingkah si isteri yang canggung semacam. Arianna nampak comel
sekali bila kalut begitu. Semakin Arianna gelisah, semakin galak matanya merenung
wanita itu.
“Tak perlu. I
dah bersih ikan ni.” Arianna menggeleng.
Dia bergerak ke arah singki yang berada di tengah-tengah ruang dapur. Affan
turut membuntuti langkahnya.
“Biar abang
tolong defrost ikan ni,” ujar Affan
menawarkan bantuan. Pantas saja tangannya mengambil ikan merah dari tangan Arianna.
Arianna
terkebil-kebil memandang Affan yang sedang memasukkan ikan yang beku itu ke
dalam ketuhar gelombang mikro. Perubahan sikap Affan yang begitu ketara
membuatkan dia kembali teringatkan kata-kata lelaki itu sebentar tadi. Benarkah
Affan begitu bersungguh-sungguh mahukan mereka hidup sebagai suami isteri dalam
erti kata yang sebenar?
“Kenapa?” Affan
angkat kening bila sedar yang dirinya sedang diperhatikan.
“Err…tak…tak
ada apa-apa.” Cepat-cepat Arianna mengalihkan pandangan ke arah lain. Janganlah
Affan fikir yang bukan-bukan.
“Sayang tahu
tak yang sayang ni comel sangat?” usik Affan. Dia gelak nipis.
Arianna telan
liur dengan pujian Affan. Gelak lelaki itu membuatkan hatinya semakin dihambat
gelisah. Dia bukan buta untuk menilai tingkah Affan. Suaminya itu terang-terang
sedang berusaha untuk berbaik dengannya. Membuatkan dia makin tidak senang.
Dari ekor mata,
dia melihat kelibat Affan yang sedang mendekatinya. Untuk menutup keresahan, dia
mencapai sebilah pisau dari dalam laci. Beberapa ulas bawang merah diambil
untuk dikupas kulitnya.
“Nak abang
tolong?” Affan berdiri rapat di sebelah Arianna. Matanya dihalakan pada selonggok
bawang di atas kabinet dapur.
“Tak payah.” Arianna
geleng kepala sambil tangannya mula mengupas bawang.
“Kejap, sayang.”
Suara Affan menghentikan pergerakan Arianna.
“Kenapa?”
Arianna panggung wajah.
“Boleh tak
pegang pisau ni elok-elok sikit?” tegur Affan kemudiannya.
“Apa yang tak
kenanya?” Arianna kerut dahi. Dia sudah terbiasa memegang pisau dengan mata
pisau menghadap ke arahnya. Memang begitu cara dia memegang pisau selama ini.
“Ibu jari ni
jangan letak depan mata pisau. Bahaya. Patutnya sayang kena pegang pisau macam
ni,” ujar Affan sambil membetulkan letak duduk pisau di tangan Arianna.
Sentuhan tangan
Affan bagaikan renjatan elektrik yang mengalir ke seluruh tubuh Arianna. Sesak
nafasnya menahan degupan jantung yang mula berentak tidak sekata. Dia tak
selesa dengan kedudukan mereka yang terlalu rapat itu.
“Errr…I dah
biasa pegang pisau macam tu.” Nada suara Arianna bergetar. Dia jarakkan sedikit
tubuhnya.
“Mana ada orang
kupas bawang macam tu. Bahaya, sayang.”
“Tapi I tak
biasalah.” Arianna pusing balik mata pisau menghadap ke arahnya.
“Hishhh…degil
betul sayang ni. Ikut macam abang ajar ni,” suruh Affan. Sekali lagi dia
membetulkan kedudukan pisau di tangan Arianna. Kali ini telapak tangannya terus
melekap pada tangan Arianna.
“I nak kupas bawang macam mana kalau you
pegang tangan I?” Arianna mendengus.
“Sorry. Tersyok pula pegang tangan isteri
abang ini. Maklumlah bukan selalu dapat pegang.” Affan sengih sehingga
menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Dia melepaskan pegangan.
Arianna
menjeling Affan sekilas. Biarpun kekok, dia terpaksa juga mengupas bawang
mengikut cara Affan. Malas hendak mendengar omelan suaminya lagi. Kalau macam
ini entah bilalah dia boleh siap memasak.
“Hati-hati,
sayang. Pelik je abang tengok sayang pegang pisau tu. Nampak kekok je,” pesan
Affan seraya melabuhkan duduk di atas bangku bar yang betul-betul menghadap
Arianna. Tangan diletakkan di bawah dagu. Matanya terus memerhati si isteri
melakukan kerja.
Arianna diam
tidak membalas. Dia tetap meneruskan kerjanya.
“Jaga jari tu,
sayang. Dekat sangat dengan mata pisau tu.” Affan menegur bimbang.
Arianna menarik
nafas dalam. Sungguh dia rimas bila setiap pergerakannya menjadi perhatian
Affan. Ada saja yang mahu dikomen suaminya. Tak sangka rupanya lelaki yang dia
sangka pendiam ini boleh tahan juga mulutnya bila dapat berkicau.
“You nak tolong
I kan?” soal Arianna menahan rasa.
“Yup.” Affan
mengangguk yakin.
Arianna
bergerak semula ke peti ais. Dia mengeluarkan ubi kentang, kacang panjang,
kubis dan lobak merah. Semua sayur-sayuran itu dilonggokkan di hadapan Affan.
“Boleh you
potong semua sayur ni?” Arianna menghalakan jari telunjuknya ke arah
sayur-sayuran tersebut.
“Boleh. Tapi…”
Suara Affan meleret. Ada senyum nakal yang tersisip di tubir bibir.
“….what will I get in return?” sambung
Affan menduga.
Arianna
terkedu. Air liur yang ditelan terasa tersekat di celah kerongkong.
“Apa yang abang
dapat kalau abang tolong sayang?” Sekali lagi Affan mengulang soalan. Kedua-dua
belah keningnya dijongket nakal.
Arianna mengetap
bibir. Dia jadi geram tiba-tiba dengan pertanyaan Affan yang seolah-olah sengaja
nak memerangkapnya.
“Pahala.”
Tiba-tiba perkataan itu meluncur dari mulutnya.
“Apa dia sayang?”
Affan bulat mata.
“You dapat
pahala kalau tolong I. Itu pun kalau you betul-betul ikhlas,” sindir Arianna.
Meletus tawa
besar dari bibir Affan. Dia menggeleng kepala separuh percaya. Dalam dia hendak
menduga, akhirnya dia pula yang dikenakan Arianna.
“Good answer. Tapi itu bukan jawapan yang
abang nak dengar dari sayang.” Dalam tawa yang masih bersisa dia mencuit hidung
Arianna.
Arianna diam
tidak membalas. Semakin menjadi-jadi perangai pelik Affan. Kemesraan yang
ditunjukkan lelaki itu cukup melemaskannya.
“Sayang tahu
tak apa yang abang nak in return?”
soal Affan lembut. Cuba memancing bicara Arianna.
Arianna geleng
kepala. Cekap tangannya mengupas bawang. Kali ini dia mengupas bawang dengan
cara dia sendiri. Kalau ikut cara Affan mahunya berkurun baru selesai kerja
yang mudah itu.
“Abang nak
sayang,” bisik Affan perlahan.
Arianna
tersentak. Tiga patah perkataan itu berjaya membuatkan perasaannya libang-libu
tidak menentu. Tiga patah perkataan yang akhirnya berjaya membuatkan dia
terhiris jarinya sendiri.
“Auchh…” Arianna
menjerit sakit. Terlepas pisau tajam di tangannya.
Bulat mata Affan memandang ibu jari Arianna
yang berdarah. Pantas dia bangkit menerpa ke arah isterinya.
“Kan abang dah
pesan tadi suruh sayang hati-hati,” gumam Affan. Tangan Arianna dipegang
lembut.
“Tak apa. Sikit
je ni.” Arianna menarik tangannya. Dia tak suka dengan getaran yang bermain di
jiwanya setiap kali dia bersentuhan kulit dengan Affan.
“Biar abang
tengok,” tekan Affan. Dia mengemaskan pegangan.
“Banyak darah
ni.” Affan mengambil beberapa helai tisu lalu ditekapkan pada bahagian jari
Arianna yang terluka itu.
“Ssssss..” Arianna
berdecit menahan sakit. Pedih.
“Tekan tempat
luka ni. Abang nak ambil first aid,” suruh
Affan sebelum susuk tubuh lampai itu hilang ke dalam bilik air. Beberapa ketika
dia muncul semula dengan membimbit kotak putih berpalang merah.
“Mari abang
letak ubat.” Affan menarik lengan Arianna.
“Tak apa..tak
apa..I..boleh buat sendiri,” tolak
Arianna. Layanan Affan buat dia rasa tak selesa. Apatah lagi untuk berada dalam
jarak yang cukup dekat begitu.
“No…no. Biar abang
yang tengok. Sayang duduk sini,” arah Affan sambil memimpin Arianna ke arah
bangku.
“Luka sikit je
ni. I boleh letak ubat sendiri.” Arianna tetap menolak.
“Jangan degil
boleh tak? Let me handle this. Now you
just sit here.” Nada suara Affan naik satu oktaf. Dia menarik bangku berbentuk
bulat itu untuk memberi ruang kepada Arianna melabuhkan duduk.
“I’ll be your good doctor. I promise,” sambung
Affan.
Arianna terpaksa
akur. Darah yang tidak henti keluar dari tempat luka membuatkan dia tidak kuasa
lagi untuk menolak. Jarinya juga semakin kuat berdenyut. Akhirnya dia
melabuhkan duduk di atas bangku berwarna merah itu.
“Good girl,” puji Affan persis memujuk anak
kecil. Dia duduk melutut di depan Arianna. Kotak bantuan kecemasan yang diletakkan
di atas lantai dibuka.
“Abang nak tengok
luka dekat jari sayang ni,” beritahu Affan seolah-olah meminta kebenaran. Berhati-hati
dia membuka tisu lembap yang hampir keseluruhannya sudah dibasahi darah. Begitu teliti dia membelek luka di jari
Arianna.
“Dalam juga luka ni,” Affan mengambil kapas
untuk mengelap sisa darah. Ditekapkan beberapa saat di tempat luka untuk mengurangkan
pendarahan.
“Abang nak sapu
iodin ni,” ujar Affan. Dia mengambil larutan Flavin dari kotak bantuan
kecemasan.
Arianna angguk
perlahan. Tiada sepatah kata yang mampu meniti di bibirnya. Hanya bebola mata
yang berbicara memerhati gerak-geri Affan yang begitu tekun merawat luka di
jarinya.
“Tahan sikit.”
Kapas yang sudah dibasahkan dengan cecair berwarna kuning itu disapukan di
tempat luka.
Arianna
mengetap bibir menahan pedih.
“Sakit?” soal
Affan. Wajah Arianna yang sedikit berkerut direnung dalam.
“Sikit je.” Arianna
ukir senyum tawar. Cuba menyembunyikan rasa sakit. Dia tak mahu nampak cengeng
di depan Affan. Jauh sekali untuk meraih simpati lelaki itu.
“Fuuhhh…” Affan
meniup lembut jari Arianna yang terluka itu.
Arianna tergamam.
Nafas hangat Affan yang menghembus lembut di jarinya mengundang satu perasaan yang
cukup asing di hatinya. Sungguh dia bagaikan terpukau dengan keikhlasan yang
terpancar di raut wajah tampan itu. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh juga dengan
layanan Affan biarpun berkali-kali dia cuba menidakkan rasa itu.
“Sekarang abang
nak balut jari ni.” Affan mengangkat wajah. Untuk beberapa saat, matanya beradu
dengan anak mata coklat milik Arianna yang sedang tunak merenungnya.
“Errr..okey.”
Bagaikan baru tersedar, Arianna kalut melarikan pandangan ke arah lain. Apa
yang berlaku pada dirinya ini? Dia tak boleh terus hanyut dengan kebaikan
Affan. Ada kesetiaan yang harus dipertahankan. Kesetiaan yang pastinya bukan
milik Affan.
Affan
menyembunyikan senyum sambil membalut jari Arianna dengan kain kasa. Dia sedar
dengan kegelisahan Arianna. Jari-jemari Arianna yang sejuk cukup menggambarkan
gelodak yang sedang bermain di jiwa isterinya itu.
“Dah siap,” tutur
Affan sebaik menyudahkan lilitan yang terakhir. Sempat dia menghadiahkan sebuah
kucupan pada bahagian jari yang berbalut itu.
“Apa you buat
ni?” Cepat-cepat Arianna menarik tangannya. Dia mendengus dengan tindakan Affan.
“Hai..nak cium
jari isteri sendiri pun salah ke? Sayang tahu tak ciuman suami ni penawar. Mana
tahu dengan ciuman abang tu cepat sikit jari sayang ni sembuh.” Affan
berlelucon.
“Apa yang you
merepek ni? Dahlah..I nak sambung masak,” sela Arianna menahan getar suara. Dia
bangkit dari duduk untuk menyambung kembali kerjanya yang terhenti. Namun
langkahnya mati bila tiba-tiba Affan menarik lengannya.
“I’m
expecting something in return from my lovely wife. A kiss, perhaps?” Affan
pandang Arianna tajam.
Arianna telan
liur dengan permintaan Affan. Cepat-cepat dia melepaskan tangan Affan yang
melilit di lengannya. Dia berpaling membelakangi lelaki itu.
“Haihh…I guess the answer is no,” keluh Affan perlahan
pada dirinya sendiri.
“At least a thank you would be nice too.”
Affan menjeling Arianna. Ingin melihat reaksi si isteri.
Kata-kata Affan
berjaya membuatkan Arianna memusingkan kembali tubuhnya menghadap Affan.
Bibirnya bergerak-gerak untuk bersuara.
“Errr…terima
kasih sebab you tolong I tadi,” ucap Arianna perlahan sedikit teragak-agak.
Affan ukir
senyum. “My pleasure sayang. Abang sentiasa
akan sambut kasih daripada isteri abang ni. Always.”
Arianna tidak
membalas kata-kata Affan. Sebaliknya dia terus menyambung kerjanya yang
terhenti tadi.
“Tak payah
masak. Nanti abang beli je semua lauk tu,” tegah Affan bila dia melihat Arianna
yang sedang terkial-kial melakukan kerja dengan jari yang berbalut.
“Tak apa. I
boleh masak lagi ni.”
“Nak masak
macam mana dengan jari berbalut tu? Abang takut kalau luka tu melarat nanti.
Lagipun tempat yang luka tu tak boleh selalu kena air. Mudah kena infection.” Risau Affan mengalahkan
doktor.
Arianna
mendengus. Entah kenapa dia rasa cukup terganggu dengan sikap Affan yang
terlalu mengambil berat. Dia bukannya cedera parah pun. Cuma sebatang jarinya
saja yang terluka.
“I boleh masak.
Yang luka cuma ibu jari I. Bukannya sebelah tangan I ni patah pun,” bidas
Arianna.
“Abang kata tak
payah.” Affan sudah mengambil pisau yang berada di tangan Arianna.
Bersungguh-sungguh dia mahu Arianna menghentikan kerjanya.
“Tapi…”
“Tak ada
tapi-tapi. Sayang pergi je berehat dalam bilik. Semua ini biar abang yang kemaskan.”
Arianna
mengetap bibir. Melihat Affan yang sedang bersungguh mengemas dapur, hatinya
sekali lagi tersentuh. Seumur hidup dia tidak biasa dilayan begitu. Malah dia
tidak mahu Affan melayannya sebaik itu. Tidak ada apa yang mampu dibalasnya
untuk setiap kebaikan lelaki itu. Apa yang tinggal hanyalah sebuah kekecewaan.
“Tolonglah
jangan layan I macam ni.” Tanpa sedar dia mengungkapkan kata-kata yang separuh
merayu itu. Matanya dah bertakung dengan mutiara jernih.
“Apa maksud
sayang? Abang tak faham.” Affan angkat kepala. Berkerut dahinya memandang
Arianna.
“Tolonglah
jangan terlalu baik dengan I. I tak mampu….I takut…” Bicara Arianna mati tanpa
noktah. Setitis air matanya jatuh membasahi pipi.
“Sayang, kenapa
menangis ni?” Affan mampir ke arah Arianna. Bahu isterinya disentuh lembut lalu
dihadapkan tubuh itu agar berhadapan dengannya.
Dengan mata
yang basah, Arianna memandang wajah Affan yang penuh berharap itu. Bagaimana
untuk dia meluahkan apa yang terbuku di hatinya? Andai dia menceritakan tentang
cinta dan kesetiaannya yang terlebih dulu dimiliki lelaki lain, mampu kah Affan
menerimanya?
“I sakit hati
sebab you tak bagi I memasak. Bukan you tak tahu tok wan tak suka makan lauk
kedai. I takut tok wan marah I nanti.” Lain yang bermain di fikiran, lain yang
dimuntahkan di bibir.
Tajam anak mata
Affan singgah di wajah Arianna. Dia tahu Arianna sekadar berdalih. Ada sesuatu
yang sedang disembunyikan Arianna. Tok wan hanyalah sekadar alasan sang isteri
untuk menutup tangis.
“Sorry, mungkin abang terlalu memaksa
sayang.” Affan mengeluh perlahan. Mungkin juga Arianna terlalu terkejut dengan
perubahan sikapnya. Langsung mengundang rasa takut di hati isterinya itu.
“Kalau sayang
nak terus memasak, abang izinkan. Tapi tolong hati-hati guna pisau tu. Jaga
jari yang luka tu jangan bagi kena air. Nanti lambat baik luka tu,” pesan
Affan.
“Terima kasih.”
Arianna mengesat air mata yang mengalir. Dia mengangguk perlahan.
Affan senyum
nipis.
“Boleh I minta
sesuatu dengan you?” Arianna bersuara.
“Sure. Anything, sayang.”
Arianna tarik
nafas dalam.
“Boleh tak
lepas ni you jangan panggil I sayang,” pinta Arianna. Sepanjang hari
ini, entah berapa ratus kali dia terpaksa menadah telinga dengan perkataan
sayang yang diungkapkan Affan.
“Habis tu abang
nak panggil apa?”
“Apa-apa je asal
bukan sayang, darling, baby, manja atau
apa-apa panggilan yang cheesy.”
Arianna buat muka.
“Kalau macam tu
abang panggil sweetheart, boleh?” Affan
angkat kening.
“Tak boleh!”
Laju Arianna memangkah. Matanya dibulatkan.
“Panggil je I Anna.
Semua orang panggil I macam tu,” sambung Arianna.
Affan
menggelengkan kepala. “Rie…I’ll call you
Rie.”
“Rie?” Arianna
buat muka pelik. Selama dua puluh enam tahun dia hidup di muka bumi ini, belum
ada sesiapa lagi yang pernah memanggilnya dengan panggilan itu.
“I want to have the privilege of calling you something
different yet special,” beritahu Affan penuh makna.
“Okey.” Arianna
terdiam beberapa saat sebelum akhirnya dia mengangkat bahu. Sekurang-kurangnya
ganti nama itu berkali-kali lebih baik daripada panggilan sayang.
“Tapi dengan satu syarat.” Affan mengangkat
jari telunjuknya separas dada sebelum dia kembali menyambung bicara.
“Selepas ini
jangan guna you dan I bila bercakap dengan abang.”
“Nanti bila
papa, mama dan tok wan sampai I tukar lah. Kan I dah janji tadi.” Arianna
menggumam.
“Abang tak nak
hanya depan papa, mama dan tok wan je Rie tukar panggilan tu. I want you to call me abang forever,”
pinta Affan.
“Kenapa
tiba-tiba nak tukar pula?” soal Arianna tak puas hati.
“Abang rasa
macam dekat pejabat je kalau ber’I’ dan ber’you dengan sayang. You’re my soul mate not my officemate.
You’re my life partner not my share partner.” Sinar mata Affan memandang
tepat ke dalam anak mata Arianna.
Arianna
terkedu.
“Boleh?” soal
Affan meminta kepastian.
Arianna
mengangguk juga akhirnya.
“Okey, starting from now, I’ll call you Rie. And you must call me abang. Promise?”
Affan mengangkat sebelah tangannya tinggi.
“Promise,”
balas Arianna.
Affan ukir senyum puas hati.
“Remember, that
call only belong to me. Just me.
Jangan sesekali benarkan orang lain panggil Rie. Abang tak suka berkongsi hak
abang dengan orang lain.” Pandangan Affan berubah serius. Di sebalik
kata-katanya itu dia mengharapkan Arianna mengerti. Sememangnya dia serius
menerima Arianna sebagai isteri.P/S
Buai laju-laju sampai pohon dara
Komen laju-laju kasi semangat penulis siap AMS segera
best..nk lg..hihi
ReplyDeletesedap benor lagu buai laju-2 tu haa. hehe! chaiyokkk, cepat-2 tulis. moga idea dtg berkoyan-2.
ReplyDeleteall de best
ReplyDeleteyeay...all the best kak iman
ReplyDelete:) looking forward next chapter RI
ReplyDeletelagi lagi tak puas bace ni...
ReplyDeleteBuai laju laju sampai cucur atap
ReplyDeleteKomen laju laju nnti kak iman upload cepat
Hihihi...makin mnarik lps edit
Best!!! Harap dapat sambungannye soon.. tq
ReplyDeletealah xpuas baca. nk lagi... hee
ReplyDeleteSis cercita mcmane affan nk ngorat arianna ea...
ReplyDeleteHeeeheeni baca balik
ReplyDeleteSweet nyelah Affan ni..... #^_^
ReplyDeleteNk.lagi best. Two thumbs up
ReplyDeleteMenarik Dan Inspiratif sekali cerita ini, untuk para pencinta sepakbola bisa Gabung Disini untuk dapat update serta informasi terbaru mengenai Sepakbola >_<
ReplyDelete