Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Monday 15 April 2013

Temuduga Cinta Bab 4


Langkah kaki ku besarkan untuk menyaingi Uzair yang sudah jauh ke depan. Menonong je berjalan tak tengok kiri kanan. Mentang-mentanglah dia punya kaki yang panjang. Sekali dia melangkah sama dengan dua kali langkah aku. Mengah aku nak mengejar langkahnya.

Kain baju kurung ku yang sedikit sempit membataskan pergerakan ku. Maklum sajalah kain tak cukup meter yang ku beli ketika jualan penghabisan stok di Nagoya. Gaya aku berjalan dah rupa macam pelumba jalan kaki yang terkedek-kedek melangkah sambil menggelekkan punggung ala-ala itik sekati.

Uzair membawa aku masuk ke Jabatan Logistik. Sempat mata ku melilau memerhatikan sekeliling ruang pejabat itu. Boleh tahan luas jabatan itu. Tiba-tiba mata ku menangkap satu kelibat yang sedang melambaikan tangan pada ku dari dalam bilik yang dipisahkan  dinding kaca. Ikram sedang tersenyum manis dan sempat dia mengangkat ibu jari kanannya pada ku. Berjumpa lagi aku dengannya di sini. Macam kuat je jodoh kami. Ahaks...Aku ketawa gatal dalam hati.

Aku membalas senyuman manisnya yang umpama gula itu. Hai..gula pun tak semanis itu. Kalau hari-hari pandang boleh kena kencing manis aku nanti.

Terteleng-teleng kepala ku memandang Ikram sehingga tak sedar aku telah melanggar tubuh Uzair yang berada di hadapan ku. Aku hilang kawalan dan akhirnya.gedebuk! Aku terjelepok di atas lantai yang dilapis karpet hitam. Mujur ketebalan karpet itu dapat menyerap bunyi punggung ku yang jatuh terhentak macam nangka buruk.

Aduh.. Aku mengetap bibir menahan pedih di tulang salbi. Mak ooi..keras sungguh tubuh lelaki ini. Spesies urat dawai tulang besi agaknya. Sempat mata ku melilau kiri kanan. Nasib baik tak ada orang yang perasan. Kalau tidak malu tujuh keturunan!

Yang awak langgar saya tu kenapa?"

Aku memanggungkan kepala. Uzair bercekak pinggang di depan ku.

Err..sorry... Balas ku tersengih macam kerang busuk.

Itulah jadinya kalau mata tu gatal duk tenung anak teruna orang... Sinis Uzair tajam.

"Oh.. Encik Ikram tu single lagi? Opss..Aku menutup mulut ku. Macam mana boleh terkeluar pula soalan yang sepatutnya aku tanya dalam hati aku saja.

"Tak kahwin tak semestinya single." Gumam Uzair menjeling ku tajam. 

Aku cepat-cepat menundukkan wajah. Pura-pura sibuk mengutip beg plastik dan fail yang bertaburan di atas lantai. Mujurlah tidak terburai keluar isi dalam beg plastik itu.

Bukannya bermaksud aku berminat pada Ikram bila aku tanya soalan begitu walaupun memang tidak dapat dinafikan ketampanan lelaki itu bisa membuat aku menoleh dua tiga kali. Manusia sentiasa terpegun dengan kecantikan dan keindahan. Jadi, apa salahnya aku mengagumi keindahan ciptaan Tuhan.

"Cepat sikit boleh tak?" Gesa Uzair sambil memandang jam di tangan. Dia mempamerkan wajah bosan. Tercegat macam patung melihat aku terbongkok-bongkok mengutip barang. Bukannya nak tolong pun. Huh!

Aku bingkas bangkit. "Auchh.."

"Apa lagi ni?"

"Tulang pinggul saya terkehel agaknya.. Saya rasa peranakan saya dah jatuhlah.." Aku mengetap bibir menahan rasa sakit yang mula mencucuk-cucuk di pinggul ku.

Haaa..biar betul awak ni. Apa kaitannya? Soal Uzair pelik.

Perempuan kalau jatuh terhentak punggung ni bahaya. Rahim boleh jatuh tau. Terang ku sambil menahan rasa sakit. Makin lama makin kuat pula denyutan sehingga ke bahagian pinggang. Hampir aku terjelepok sekali lagi ke lantai kalau Uzair tidak memegang lengan ku.

"Macam-macamlah awak ni. Teori manalah yang awak ambil tu.." Keluhnya sambil menggelengkan kepala.

Betul. Mak saya yang beritahu. Mak saya tu tukang urut profesional merangkap bidan kampung.. Pertahan ku beria-ia. Berdecit mulut ku menahan sakit. Nampaknya balik kampung nanti kenalah aku minta tolong mak aku urut untuk betulkan balik peranakan aku ni.

Boleh jalan tak ni? Tangannya masih kejap di lengan ku yang berlapik. Mujur berlapik. Kalau tidak dapat dosa kering percuma je.

 Kejap..Kejap.. Pinta ku mengangkat sebelah tangan.

Rasanya boleh jalan tapi sebelum tu boleh tak awak tolong pegang ni? Pinta ku seraya menghulurkan beg plastik dan fail yang berada di tangan ku kepadanya. Urat di pinggang ku terasa menegang.

Mungkin kerana simpati dengan keadaan aku yang tampak dalam kesakitan, tanpa banyak soal dia mengambil beg plastik dan fail dari tangan ku.

Aku menarik nafas dalam. Kedua belah tangan ku letakkan pada pinggang. Aku menolak tubuh ku ke belakang, ke depan, ke kiri dan ke kanan untuk merenggangkan urat yang bersimpul. Terasa lega sedikit bila dapat mengendurkan urat di bahagian pinggang.

"Kalau rasa tak boleh jalan, kita duduk kat sana sekejap.." Beritahu Uzair sambil menunjukkan jarinya ke arah sofa yang disediakan di ruang menunggu.

Boleh juga.. Terhincut-hincut aku melangkah ke arah sofa.

Nikmat sungguh bila dapat melabuhkan punggung di sofa empuk. Kalau lah sofa ini boleh berfungsi macam kerusi urut Ogawa tu mesti lagi syok.

Uzair turut melabuhkan duduk di sebelah ku.

Kalau rasa tak okay, kita ke klinik. Cadang Uzair mengambil berat. Alahai lelaki ini. Dalam sinis, dia masih punya hati yang cukup baik.

“Err..okay..saya okay.. Lagipun kalau ke klinik nanti temu duga tu macam mana pula..” Aku menolak. Jam di pergelangan tangan ku kerling sekilas. Sudah pukul 2.45 petang.

“Alamak!!!” Aku separuh menjerit.

“Kenapa? Sakit sangat ke?” Soal Uzair terpinga-pinga.

“Temu duga tu.. awak kata tadi pukul 2.30 kan? Sekarang dah pukul 2.45. Macam mana ni?” Ujar ku risau. Inilah satu-satunya peluang yang aku ada untuk dapatkan pekerjaan. Takkan aku nak sia-siakan peluang untuk hadir temu duga terbuka ini. Selama ini aku nak dapat peluang dipanggil temu duga pun payah. Permohonan asyik ditolak je memanjang.

“Nak temu duga macam mana dengan keadaan awak macam ni.”

“Boleh..saya boleh tahan lagi..” Tekan ku laju. Aku bingkas bangkit biarpun rasa sakit masih bersisa.

“Biar betul awak ni? Tadi sakit bukan main lagi. Gaya macam dah patah riuk je saya tengok tadi. Awak ni sakit betul ke berlakon je?” Sindir Uzair membuatkan aku menjelingnya geram. Mulut dia ni kadang-kadang sangat menyakitkan hati.

“Memanglah saya sakit betul-betul. Bukannya awak tak nampak macam mana saya jatuh tadi kan? Lagipun buat apa saya nak pura-pura depan awak? Bukannya dapat apa pun.” Aku mencebik.

“Manalah tahu kot-kot awak nak tarik perhatian saya ke. Entah-entah awak sengaja nak ambil kesempatan nak merasa tangan sasa saya ni papah awak..” Duga Uzair membuatkan wajah aku membahang merah. Malu dan geram bercampur menjadi satu.

“Huh! Tak ada maknanya. Awak ingat saya hadap sangat ke? Kalau tak kerana pinggang saya yang tergeliat ni, dah lama saya karate awak. Suka-suka hati je pegang lengan saya tadi. Mujur berlapik.. Entah-entah awak tu sebenarnya yang nak ambil kesempatan..” Hambur ku memulangkan paku buah keras. Dia ingat aku ini bermurah hati sangat nak sewenang-wenangnya benarkan lelaki bukan muhrim menyentuh aku. Telah ku khaskan diri ini hanya untuk ditatap dan disentuh oleh imam ku nanti.

“Saya tolong awak pun dah kira mujur. Bukannya nak berterima kasih. Kalau saya tak pegang awak tadi, mahunya awak terjelepok macam nangka buruk lagi sekali. Paling tak saya dah berjaya halang rahim awak daripada jatuh buat kali kedua. Entah-entah kalau terjatuh lagi mahunya terkeluar terus usus perut awak nanti..” Perli Uzair sinis. Bibirnya herot menyembunyikan senyum.

Aku tahu dia sedang bahankan aku tentang teori peranakan jatuh tu. Sungguh aku tak bohong fasal teori tu! Itu ilmu yang mak aku belajar dan warisi dari zaman nenek moyangnya. Kadang-kadang ilmu orang lama ni lagi hebat dari teori moden orang-orang baru.

Hanya jelingan tajam yang mampu aku hadiahkan pada lelaki di depan ku ini. Malas aku nak berbahas dengan orang yang terlebih pandai ni. Geramnya!   

 “Terima kasih banyaklah atas semua pertolongan awak.” Gumam ku menahan perasaan.

“Bak saya punya fail dan benda tu..” Pinta ku menghulurkan tangan.

Setelah fail dan beg plastik berpindah tangan, aku terus mengorak langkah biarpun perlahan. Tak kuasa aku nak berlama di situ menghadap muka lelaki ini. Mata ku melilau mencari arah tempat temu duga. Tak ada pula kaunter pertanyaan untuk aku rujuk dan bertanya arah.

“Awak nak ke mana tu?” Tegur Uzair.

“Cari tempat temu duga tulah.” Balas ku dengan wajah masam. Biarlah aku cari arah sendiri daripada bertanya pada Uzair. Silap-silap telinga ini makin merah menahan sindiran pedas lelaki ini.

“Mari saya tunjukkan awak” Pelawa Uzair.

“Tak apalah. Awak dah banyak tolong saya. Saya rasa saya boleh cari sendiri. Saya tak nak ganggu kerja awak lagi. Terima kasih..” Aku menolak. Menolak kerana aku ingin buktikan yang aku juga punya harga diri. Sudahnya aku membawa langkah mengikut gerak hati. Meninggalkan Uzair yang terkebil-kebil memandang ku.

Aku melangkah masuk ke dalam ruang pejabat yang menempatkan beberapa buah kubikel. Semua pekerja aku lihat begitu sibuk melakukan kerja di meja masing-masing. Khusyuk menunduk dan serius mengadap kerja masing-masing. Mereka ni robot ke manusia?

“Minta maaf, kak..” Sapa ku menghampiri seorang wanita bertudung yang sedang tekun menghadap komputer. Wanita itu memalingkan wajah memandang ku sekilas sebelum kembali menyambung kerjanya. Aku perhatikan laju tangannya menekan butang papan kekunci.

“Saya datang nak temu duga…”

Sorry.. I bukan kaunter pertanyaan.” Balas wanita itu angkuh. Satu das jelingan tajam dihadiahkan pada aku.

Aku mengetap bibir. Berlagak tak ingat!

“Excuse me..we’re very busy right now. Tengah closing..” Sambung wanita itu lalu bangkit untuk menyambut panggilan telefon yang berdering nyaring di belakangnya. Meninggalkan aku terkial-kial di situ.

Aku melangkah pula ke arah seorang lelaki yang berada selang dua meja daripada wanita berlagak itu tadi. Namun, belum sempat aku bersuara untuk bertanya lelaki itu terlebih dahulu bangun dan tergesa-gesa melangkah ke ruang fotostat.

Sebuah keluhan terlepas di mulut ku. Aku pandang ruang pejabat yang cukup luas itu. Mana satu arah yang harus ku tuju? Melihat detik jam yang semakin laju bergerak ke depan membuatkan hatiku semakin gusar. Bimbang peluang yang datang terlepas begitu saja. Akhirnya kerana terdesak aku melangkah tanpa tujuan.

 “Awak salah jalan tu..”

Teguran Uzair menghentikan langkah ku yang hendak membelok ke lorong di sebelah kanan ruang pejabat itu. Aku memusingkan tubuh ke belakang. Mati-mati aku ingatkan Uzair dah beredar dari situ.

“Lain kali kalau tak tahu jalan, jangan sombong berlagak macam tahu. Orang tua selalu kata orang sombong bertanya sesat jalan.” Sindir Uzair pedas.

Aku diam tidak membalas. Tahan sajalah telinga dengan sinis Uzair ni. Bukan aku yang sombong nak bertanya tetapi tak ada seorang pun dalam pejabat ini yang sedar dengan kehadiran aku di sini. Masing-masing sibuk mengalahkan menteri.

“Mari saya bawak awak jumpa the in charged person.

Uzair bergerak ke depan mendahului aku dan melangkah ke lorong di sebelah kiri.

“Cepatlah..nak attend temu duga tu ke tak nak?” Gesa Uzair bila aku masih tidak berganjak.

Aku mengetap bibir. Bengang sungguh aku dengan perangai Uzair. Biarpun baru mengenali lelaki ini tapi entah kenapa aku rasa macam nak cili-cili saja mulut dia ni. Dalam banyak-banyak spesies manusia di dunia ni, spesies yang sarkastik nilah yang paling aku alergi sekali.

Kalau ikutkan rasa sakit di hati, aku blah saja dari bangunan itu. Tetapi mengenangkan peluang kerja yang ditawarkan, aku gagahkan juga kaki ini mengikut langkahnya. Siapa tahu mungkin rezeki aku ada di situ.

p/s silalah drop sepatah dua kata kalau sudi ya!

13 comments:

  1. dok tggu jaaa citer niee... tq kak ridhya >__<

    ReplyDelete
  2. Lawak tul minah ni. Bole plak dia ckp psl peranakan jth bagai. Menarik jln citernya. Sila sbg lg ye hihihi

    ReplyDelete
  3. Haha... Kelakor giler.. Sempoinye minah tu! Sukalah pd kata2 uzair tu "kalu saya tak pegang utk kali ke-2 mungkin boleh keluar usus awak tu".. Apelah yg akn berlaku utk next episode.. Tak sabarnye..

    ReplyDelete
  4. Semakin menarik jln citernya ridhya.. Keep up the good work... Look forward sambungannya..

    ReplyDelete
  5. suka lah citer ni..menarik...tahniah kak ridhya iman.... :)..cepat2 sambung eh??

    ReplyDelete
  6. klakar, kelam kabut la si ain ni... semakin best... ;)

    ReplyDelete
  7. tak menahan baca pasal peranakan jatuh tu...sapa uzair ni? salah sorang anak owner ke? aduhai..tak sabar nak tau..

    ReplyDelete
  8. Memang lurus macam pembaris si ain ni...:)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..