Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Tuesday 2 April 2013

Titian Cinta 27 EV

“Sayang, are you okay?” Sapaan Harris hanya dibiarkan sepi. Enjin kereta dihidupkan. Dia mengerling sekilas ke arah ‘Aisy yang sedang mendiamkan diri di kerusi penumpang. Sejak mereka selesai makan tengah hari di Lemon Grass Café sehinggalah mereka berdua berada di dalam kereta, isterinya kelihatan seperti hilang dalam dunianya sendiri.
“Sayang…” Sekali lagi Harris memanggil ‘Aisy. Tangan isterinya disentuh lembut. Jauh mengelamun.
“Hah..” Sentuhan Harris mengejutkan ‘Aisy. Matanya dihalakan ke wajah suami yang sedang tunak merenungnya dengan riak risau.
Are you okay?” Soalan yang sama diulang. Pantas ‘Aisy melemparkan senyuman tawar dan menganggukkan kepala perlahan. Perlakuan yang nyata membuatkan Harris semakin tertanya-tanya.
“Kenapa ni? Abang tengok lepas lunch tadi sayang senyap saja. What’s wrong, hemm?” Soal Harris dengan lembut. Wajah ‘Aisy yang sedikit pucat dipandang dengan penuh rasa kasih. Pelik dengan perubahan mood isterinya yang agak drastik itu.
“Err..mana ada. ‘Aisy okay. Tak..tak..ada apa-apa” Balas ‘Aisy tergagap-gagap. Sebuah senyuman terpaksa dimaniskan demi menutup rasa kurang senang yang sedang mengusik tangkai hatinya.
Terbayang-bayang di ruang mata kelibat Sofia yang sedang memasuki kafe ketika dia dan Harris baru selesai menikmati makan tengah hari. Dan pandangannya semakin tergamam tatkala bertembung dengan sepasang mata lelaki yang sedang berjalan mengiringi wanita itu. Sempat lelaki itu menghadiahkan senyuman sinis kepadanya. Dia cukup kenal dengan senyuman beku dan tidak berperasaan itu. Daniel Haiqal! Nama itu bergema di dalam benaknya.
You are not good at lying. I know something is distracting you.” Teguran Harris menyentakkan ‘Aisy.
“Tak ada apa-apa. Betul.” ‘Aisy menegaskan tutur bicara. Biarlah rasa ini dia pendam sendiri di dalam hati. Tidak mungkin dia mampu untuk berkongsi perkara yang sedang mengganggu fikirannya saat itu dengan Harris. Apatah lagi perkara itu bersangkut paut dengan seorang lelaki!
Is it because of Sofia?” Buntang mata ‘Aisy tatkala mendengarkan pertanyaan Harris. Dia tidak terus membalas tebakan Harris yang separuh mengena itu. Sebaliknya, dia menebarkan pandangan ke luar tingkap.
“Abang nampak?” Soalan yang hanya dibalas dengan soalan. Dia tidak menyangka Harris turut menyedari kehadiran Sofia kerana riak lelaki itu cukup bersahaja tadi.
“Yup.” Harris menganggukkan kepalanya.
“Jadi betullah wajah ini moyok disebabkan Sofia? Can’t get rid of her, emm?” Tangan Harris menjalar menyentuh pipi kanan ‘Aisy. Senyuman nipis dihadiahkan buat si isteri. Nampak Sofia seperti nampak hantu! Bisik hatinya.
Sebaik mereka ingin melangkah keluar dari kafe, matanya sempat menangkap kelibat Sofia yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki di sudut yang agak tersorok dalam kafe tersebut. Dia juga perasan Sofia sengaja berpura-pura tidak menyedari kehadiran mereka. Dah buat salah, tahu pula takut.
“Tak adalah. Cuma terkejut…” Kata-kata ‘Aisy mati di situ. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Daniel. Lelaki yang telah banyak melakarkan sejarah hitam dalam hidupnya dan Sofia ketika di universiti dulu. Dan sejak bila Sofia berbaik dengan Daniel? Sedangkan sebelum ini dua orang itu bagaikan seperti musuh tradisi. Dia sendiri menjadi pelik dan musykil.
“Muka ini pucat macam nampak hantu. Jangan bimbanglah, sayang. Abang kan ada. Selagi abang di sisi sayang, abang takkan benarkan dia apa-apakan sayang. Kalau dia berani jentik sayang walaupun sekali, siaplah. Tahulah abang nak ajar macam mana.”
Harris mengetap bibirnya geram. Wajahnya berubah serius. Jelas lelaki itu benar-benar memaknakan kata-katanya. Jika tidak kerana terikat dengan janji yang telah dipaterikan terhadap ‘Aisy, pasti dia tidak akan mudah melepaskan Sofia.
“Abang, hari itu kan abang dah janji. Jangan biarkan rasa marah tu menguasai diri.” Ujar ‘Aisy mengingatkan. Bimbang dia mendengarkan kata-kata Harris. Baran suaminya itu kadang-kadang memang sukar diduga.
Of course I’ll keep my promise. Abang lepaskan Sofia kerana sayang. Tapi itu tak bermakna abang akan lepaskan lelaki yang cuba nak merampas sayang daripada abang.”
Harris mengepalkan penumbuk. Siapakah lelaki yang berkonspirasi dengan Sofia untuk memusnahkan rumah tangga mereka berdua? Pertanyaan yang tidak ditemui jawapannya sehingga kini. Jika tidak kerana janjinya, sudah pasti dia akan bersemuka dengan Sofia. Jika diikutkan barannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menggertak wanita itu supaya membuka mulut.
“Abang, biarlah. Sooner or later ‘Aisy yakin kebenaran akan terbongkar. ALLAH bersama dengan orang yang sabar kan.” Tutur ‘Aisy lembut menyapa pelupuk telinga Harris. Sedikit sebanyak kata-kata itu mampu menyejukkan bahang yang mula terasa.
“Abang tak fahamlah kenapa sayang boleh bersabar dengan Sofia setelah apa yang dia lakukan pada sayang. Kalau abang lah…”
“Sebab suami ‘Aisy ni cepat melenting, sebab itulah ‘Aisy kena jadi penyabar. Kalau dua-dua baran, habis semua orang kena bom nanti.” Pantas ‘Aisy memangkas kata-kata Harris sambil tersengih mengusik. Sebenarnya, kesabarannya pun ada batasnya. Dia juga manusia biasa. Tetapi, apabila mengenangkan persahabatan yang pernah terjalin di antaranya dan Sofia, mudah benar dia berlembut hati. Masih ada sisa-sisa kebaikan yang pernah ditaburkan oleh Sofia padanya yang membuatkan dia berfikir berkali-kali untuk mendendami dan memusuhi wanita itu.
“Sempat lagi sayang mengata abang, ya. Sebaran-baran abang ini belum lagi sampai tahap nak buat jenayah tau.” Dia memicit hidung ‘Aisy.
“Hishh.. abang ini. ’Aisy tahulah hidung ‘Aisy ni tak mancung macam hidung abang.” ‘Aisy menepis tangan Harris. Dia menggosok-gosok hidungnya yang terasa sedikit perit.
Harris hanya tergelak kecil melihat kesan merah yang sudah berbekas di hidung isterinya. Sekelip mata tingkah ‘Aisy berjaya membuatkan dia lupa pada rasa amarah nya.
“Jom lah abang. ‘Aisy ada temu janji dengan student pula pukul 3 nanti. Kesian kalau dia orang terpaksa tunggu lama.” Beritahu ‘Aisy apabila menyedari sedari tadi mereka hanya berada di dalam kereta yang tidak bergerak. Jam di dashboard dipandang. Sudah menghampiri pukul 2 petang.
“Lelaki ke perempuan?” Soalan Harris membuatkan ‘Aisy mengerutkan dahi tidak mengerti.
“Siapa?”
Student yang hendak jumpa sayang tu lah.” Intonasi suara Harris mendatar.
“Lelaki. Ahmad Muslim namanya. Dah beberapa kali dia tak datang kelas termasuklah gagal hadir ujian. Pelik kenapa dia boleh jadi begitu. Sedangkan kalau tengok rekod akademik, dia seorang pelajar yang cemerlang sebelum ini.” Lancar bibirnya menjawab dan bercerita tanpa menyedari perubahan di wajah Harris.
“Oh..” Pendek balasan Harris membuatkan ‘Aisy mengerling ke arahnya sekilas. Wajah kelat Harris membuatkan ‘Aisy tersenyum nipis. Takkanlah dengan pelajar pun hendak cemburu!
“Abang jangan bimbang. ‘Aisy ini belum hilang akal lagi nak mengurat pelajar sendiri.” Selamba ‘Aisy mengusik suaminya yang sedang mengundurkan kereta keluar dari kotak parking.
“Abang takut pelajar tu yang mengurat sayang.” Kata-kata Harris itu membuatkan ‘Aisy tergelak kecil. Tidak menyangka suaminya boleh berfikir sejauh itu.
“Abang ini mulalah tu nak melalut.” Tegur ‘Aisy sambil menggelengkan kepalanya.
“Kebimbangan abang ini berasas sebab memang pernah berlaku kan pensyarah berkahwin dengan pelajar sendiri.” Tingkah Harris mempertahankan hujahnya. Keretanya dipandu laju membelah lebuh raya menuju ke Bandar Baru Bangi.
“Memanglah pernah berlaku. Tapi kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan.”
“Jadi, memang adalah pelajar lelaki yang mengurat sayang sebelum ini?” Tebakan Harris membuatkan ‘Aisy hampir tersedak. Cemburu suaminya ini memang tidak pernah berkurang.
“Mana ada. Dalam dunia ini, abang seorang saja yang cinta dan sayangkan ‘Aisy. Itu pun dah cukup buat ‘Aisy.” Pujuk ‘Aisy lembut sambil telapak tangannya menyentuh belakang tangan kiri Harris yang sedang memegang gear. Dia tidak mahu rasa cemburu Harris memusnahkan tunas-tunas bahagia dalam hubungan mereka yang baru berputik.
“Habis tu..Jason dan R..”
“Abang, don’t start it.” Gumam ‘Aisy mencantas kata-kata Harris. Dia mengangkat jari jemarinya daripada terus menggenggam tangan Harris.
Tindakannya itu membuatkan Harris mengeluh berat sambil meraup rambutnya ke belakang. Lelaki itu mengetap bibir dengan rasa bersalah. Nafasnya dihela lemah. Sedar yang dia hampir terlanjur kata. Sedar yang dia hampir-hampir membuatkan hati isterinya tercalar sekali lagi.
I’m sorry. My bad. I shouldn’t say that.” Dia segera mendapatkan tangan ‘Aisy dan mengusapnya lembut.
“Tahu pun. Cemburu abang tu melangit sangat tau. Kalau abang tu Yusry yang ada isteri comel macam Lisa Surihani tu patutlah juga hendak cemburu.” Kata-kata ‘Aisy berjaya menggariskan senyuman di wajah Harris.
“Masalahnya, di mata abang ini, sayang lebih comel dari Lisa Surihani. Itu yang buat abang lagi bimbang.” Tingkah Harris.
“Ha ha ha.. Sangat lawak. Mata abang ini dah rabun agaknya? Nanti ‘Aisy belikan abang kanta pembesar.” Ujar ‘Aisy sambil gelak buat-buat.
“Betul, sayang. Walaupun dihadirkan dengan seribu bidadari, belum mampu dapat menandingi kecantikan sayang di mata abang. Walau dilonggokkan dengan intan dan permata, tidak akan sama nilainya dengan cinta yang sayang berikan pada abang. Keindahan peribadi sayang menjadikan sayang sangat istimewa di hati abang. I’m madly deeply in love with you, sayang.” Bicara puitis Harris membuatkan ‘Aisy terpempan. Jari-jemari ‘Aisy yang berada di dalam genggaman di bawa ke bibir dan dikucup lembut. Pandangan mata mereka berdua bertaut buat seketika.
“Abang, pandang depan lah. ‘Aisy dah serik masuk wad tau.” Genggaman tangannya dilepaskan dan dia menolak pipi Harris lembut supaya memandang ke arah depan. Akhirnya Harris tergelak kecil dengan gelagat kalut ‘Aisy. Tumpuannya kembali difokuskan pada jalan raya.
‘Aisy melarikan pandangannya ke luar tingkap. Bait-bait ayat yang dilagukan Harris mengundang getar di dada. Membungakan rasa yang cukup indah di jiwa. Sudah lama dia tidak merasai perasaan seperti ini. Perasaan yang pernah menjengah ruang hatinya sewaktu pertama kali dia jatuh cinta suatu waktu dahulu.
Dia mencuri pandang ke arah Harris yang sedang tenang meneruskan pemanduannya. Lelaki itu seakan hilang dalam keasyikannya yang tersendiri. Mengundang suasana sepi di antara mereka berdua. Janggal dengan kesepian yang bertandang membuatkan tangannya pantas menekan punat pemain CD.
Berkumandang lagu nyanyian Ukays menyapa gegendang telinga. Kau satu-satunya. Dia tahu lagu ini. Lagu yang sering dilagukan oleh seorang lelaki yang bernama Daniel Haiqal. Kerana lelaki itulah dia menjadi benci untuk mendengar lagu ini.
“Abang suka lagu ini. Lagu ini abang tujukan khas buat sayang, just for you sayang” Bicara Harris membuatkan pergerakan tangannya terhenti. Dia tidak jadi menekan butang off pada pemain CD. Harris yang sedang ikut sama menyanyikan bait-bait lirik lagu itu dipandangnya sekilas.
Oh..Siapalah diri aku ini
Tanpa mu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi
Kau bagi ku satu-satunya
Padamu lah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui ku kasihi
Di hatiku kau abadi
Dengan sinaran kasih mu
Kian terancang hidup ku
Tiada lagi keraguan
Kau bagi ku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta
Sejak diri mu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua
Di cermin kaca ku memandang
Diriku serba kekurangan
Namun bagi mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa
Kau bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hariku kau abadi

Daniel Haiqal. Nama itu kembali bergema dalam kotak fikirannya. Dia tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan lelaki itu. Sangkanya lelaki itu akan lenyap terus dari hidupnya setelah apa yang telah terjadi. Fikirannya menerawang pada satu peristiwa yang telah melakarkan nama lelaki itu kemas dalam kotak ingatannya. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda..