Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Saturday 20 April 2013

Temuduga Cinta Bab 5


Mulut ku terlopong luas sebaik kaki menapak masuk ke dalam bilik temu duga. Sungguh aku kagum dengan dekorasi dan susun atur perabot yang ada dalam bilik itu. Kerusi berwarna hitam yang disusun mengelilingi meja putih panjang yang berada di tengah-tengah menjadikan ruang itu tampak cukup elegan dan eksklusif dalam gaya moden yang tersendiri.

“Cik, sila duduk.” Pelawa Suraya sambil menarik salah satu kerusi. Sebuah senyuman manis diukirkan pada ku. Suraya merupakan staf yang bertanggungjawab menguruskan sesi temu duga terbuka itu.

“Terima kasih.” Aku mengangguk seraya membalas senyumannya. Teragak-agak aku nak melabuhkan duduk di atas kerusi itu. Kerusi berspring yang direka dengan lima roda itu nampak sungguh eksklusif. Rasa macam tak layak untuk punggung ini dilabuhkan di atas kerusi itu. Bimbang juga kalau aku meninggalkan kesan berdarah yang tak diingini di situ. Sudahlah aliran tenat sedang berlaku ni. Menderun laju macam air paip.

“Sama-sama.” Jawabnya lembut sebelum bergerak ke arah cermin kaca yang memisahkan bilik itu dengan ruang pejabat yang lain. Dia mencapai alat kawalan bidai dan menekan butang pada alat tersebut. Secara automatik bidai venetian itu bergerak perlahan menutupi cermin kaca tersebut. Sekali lagi mulut ku terlopong kagum. Canggihnya!

Kemudian wanita yang berusia pertengahan 20-an itu bergerak ke bahagian meja yang betul-betul berhadapan dengan ku dan meletakkan sekeping fail putih di situ. Dia mengangkat wajahnya apabila menyedari aku masih tegak berdiri.

“Kenapa tak duduk? Tak lenguh ke kaki tu asyik berdiri je..” Suraya menegur. Kedua belah keningnya sedikit terangkat.

Aku tersengih. Perlahan-lahan punggung ku labuhkan di atas kerusi empuk yang itu. Cukup berhati-hati. Aku manalah biasa duduk di atas kerusi yang mewah begitu. Fail dan beg plastik yang aku bimbit sejak tadi aku letakkan di atas meja.

“Cik Suraya..” Panggil ku. Suraya berpaling pada ku.

“Ya, saya..” Sahutnya mesra.

“Err..kat luar tu saya tengok ada beberapa orang yang tengah tunggu untuk interview. Tapi kenapa saya yang dipanggil dulu?” Aku menyoal ingin tahu. Pelik juga bila Suraya memanggil nama ku sedangkan aku antara pemohon yang mendaftar paling lambat. Mana tak lambat hampir dekat pukul 3.00 petang baru aku selesai mengisi borang permohonan.

“Kenapa?” Suraya menyoal ku balik. Dahinya yang licin berkerut memandang ku.

“Err…tak adalah. Saya cuma takut Cik Suraya tersilap.” Beritahu ku teragak-agak.

“Tersilap?” Lipatan di dahi Suraya semakin banyak. Aku mengangguk sebelum menyambung kata.

“Sepatutnya saya orang terakhir yang dipanggil sebab saya yang paling lambat mendaftar. Kesian pula dekat pemohon yang datang awal daripada saya. Dorang pun dah lama tunggu..” Jelas ku. Bab potong-memotong giliran ni memang kepantangan aku. Yalah, mana nak datangnya kepuasan kalau dapatkan sesuatu dengan cara yang tidak adil dan telus. Tak ada cabaran namanya tu.

“Ooo…sebenarnya yang di luar tu calon distribution manager.” Tutur Suraya lembut.

“Habis tu tak ramai ke yang apply untuk post store keeper ni?”

“Emm..kalau ikut senarai ni, rasanya Cik ‘Ain sorang je yang memohon.” Beritahu Suraya sambil menyelak helaian kertas dalam fail putih yang berada di hadapannya.

“Haa..saya sorang je?” Soal ku terkejut dan pelik. Syarikat bukan main gah macam ni, takkan tak ada seorang pun yang nak mohon kerja penyimpan stor tu kecuali aku. Kes aku ini pun sebab secara tak sengaja tersinggah masuk ke dalam bangunan ini.

“Ya” Suraya mengangguk. Aku terpinga-pinga memandang Suraya.

The interview will start any minute. So, get ready ya..” Pesan Suraya menyambung bicara sebelum melangkah keluar dari bilik temu duga. Meninggalkan aku melongo sendirian dalam ruang yang cukup besar itu.

Kalau aku seorang saja yang memohon jawatan ini, maknanya aku tidak ada pesaing. Maknanya hanya aku calon tunggal untuk jawatan ini. Maknanya memang jawatan ini sah-sah akan menjadi milik aku. Senyuman ku mekar di bibir. 

Yes! Alhamdulillah..” Ucap ku lega. Dengan rasa yang cukup teruja aku menyandarkan tubuh ke belakang kerusi. Badan kerusi yang berkeupayaan melentur sehingga 45 darjah menyebabkan aku hilang kawalan. Dan akhirnya..bump!

Tubuhku tersadai di atas lantai dengan kaki terangkat ke atas. Sebelum kain itu terselak jatuh sampai ke pangkal paha, aku cepat-cepat bangkit. Kain baju yang tersarung di tubuh ku betulkan agar terletak elok. Tudung yang senget turut ku baiki lipatannya.

Rasa sakit yang mencucuk ku tahan sekuat hati. Aduh..kesan jatuh tadi pun tak hilang lagi. Kali ini ditambah pula dengan rasa sakit dek hentakan kuat di lantai marmar. Patah riuk sungguh tubuh aku kalau macam ni. Memang hujung minggu ni aku harus balik kampung. Khidmat mengurut bidan Lijah sangat-sangat aku perlukan saat ini untuk betulkan peranakan aku yang dah dua kali jatuh ni.

Aku melilau pandangan ke sekeliling bilik.

“Fuh..” Aku mengeluh lega. Mujurlah hanya aku seorang saja yang berada di bilik itu. Kalau tidak mahunya aku bawa diri bertapa dalam gua tujuh purnama kalau ada yang melihat aksi aku jatuh gaya somersault tadi.

Kerusi yang terbalik segera ku dirikan semula. Belakang punggung ku libas dua tiga kali sebelum aku kembali melabuhkan punggung di atas kerusi itu. Berlagak selamba biarpun rasa sengal-sengal masih kuat terasa.

Tiba-tiba pintu bilik terkuak dari luar. Bunyi derap tapak kaki yang melangkah masuk membuatkan aku berpaling ke arah pintu. Mata ku bulat melihat lelaki yang sedang menghampiri meja di depan ku. 

Encik Ikram! Bibir ku berbicara dalam bahasa bisu. Tanpa sedar aku turut berdiri dengan mulut yang separuh terlopong.

"Hi! We meet again. Have a seat.." Arah Ikram sambil dia turut melabuhkan duduk di hadapan ku. Senyuman manis memang tidak lekang di bibirnya. How sweet.

Bagaikan dipukau aku hanya menurut katanya. Perlahan-lahan aku membetulkan duduk biarpun cukup canggung berada di atas kerusi empuk itu. Bimbang juga kalau tiba-tiba aku tersembam buat kali kedua.

Aku memandang Ikram yang sedang tekun meneliti kertas di dalam fail putih. Entah apa soalan yang bakal ditanya pada aku? Sudahlah aku langsung tak buat apa-apa persediaan untuk menghadiri temu duga formal begini. Sasaran aku sebaik melangkah keluar dari rumah tadi cuma nak cari apa-apa kerja di restoran segera. Sungguh aku tak sangka langkah aku akhirnya membawa aku untuk ditemu duga di syarikat Gemilang Holdings ini.

"So..” Kata-kata Ikram mengejutkan aku. Dia mendongak memandang aku. Renungan dia biarpun tidak setajam Uzair tapi dia punya sepasang mata yang cukup menggoda.

“You're Miss Qurratul 'Ain Ariffin, right?" Sambungnya menyoal ku lembut.

"Yes, I am." Balas aku mengangguk yakin. Aku mengangkat sedikit dagu. Keyakinan itu perlu biarpun dalam hati ini bergelojak seribu.

"Miss..emmm....can I call you miss ‘Ain?”

Boleh..err..yes..yes..you can.” Aku menekup mulut ku sambil mengangguk laju. Macam mana boleh tersasul jawab dalam Bahasa Melayu pula ni. Bukankah Madam Susan, pensyarah Bahasa Inggeris sewaktu aku belajar di universiti pernah berikan tips ketika menghadiri temu duga. Jika soalan ditanya dalam Bahasa Inggeris maka aku perlu menjawab menggunakan bahasa yang sama. Biarpun Bahasa Inggeris aku azabnya hanya aku saja yang tahu.

Ikram mengangkat keningnya sebelah. Pandangannya yang serius membuatkan aku mula terasa gugup. Tiba-tiba macam ada rama-rama yang sedang menggeletek usus perut aku.

Okay, miss ‘Ain. In a few words, please tell me about yourself.” Intonasi suara Ikram berubah serius. Gaya dia sungguh profesional. Berkarisma habis. Hilang terus gatal-gatal keladi masa pertama kali aku terserempak dengan lelaki ini tadi. 

Liur yang ku telan terasa tersekat di kerongkong. Aku berjeda beberapa detik memikirkan jawapan. Kalau dalam bahasa Melayu, secepat kilat bibir aku ini boleh memuntahkan jawapan. Tapi bila aku kena bertutur dalam Bahasa Inggeris, kelajuan aku terus merudum ke paras negatif.

“Err.. my name is Qurratul ‘Ain Ariffin…

Yes.. I know that..” Sampuk Ikram dengan senyum senget.

“Err..I’m twenty four years old. I’m from Pahang. My father name is Ariffin bin Ahmad. He dead already. My mother name is Halijah binti Sulong. She works..errr…” Aku kematian kata. Alamak..bidan kampung tu apa dalam bahasa Inggeris?

“My mother..she works..err..village nurse..” Bolehlah. Bidan tu kan skop kerja dia lebih kurang sama macam jururawat juga kan. Cuma tak pakai uniform putih tu je.

Village nurse?” Ikram mengerutkan dahi.

Yes..yes..you know when a woman want to born a baby from her stomach..then my mother will greet the baby..and.. my mother also works to massage people body. But for woman only..My mother said haram if she massage a man.” Terang ku panjang lebar. Sehabis kosa kata yang ada dalam kepala otak aku keluarkan.

Bulat mata Ikram memandang aku. Mulutnya sedikit terlopong. Hebat sangat ke bahasa Inggeris aku sampai dia terpegun begitu sekali. Itulah jangan sangka budak kampung macam aku tak pandai cakap orang putih.

“Haaa...one more thing. I have no brother and I also have no sister. Err..that all about myself.” Sambung ku sambil tersengih. Kembang juga tangkai hati aku bila dapat bertutur dalam bahasa mat salleh ni.

Mata Ikram masih meratah wajah aku tidak berkelip. Takkanlah kagum sangat dia dengan aku sampai macam tu sekali.

“Mr. Ikram…” Aku melambaikan tangan.

You have any more question?” Soalan aku membuatkan Ikram menundukkan wajahnya. Aku perasan bahunya sedikit bergerak, macam menahan senyum pun ada. Kelakar sangat ke soalan aku tu?

“Ehem..” Ikram berdeham. Dia kembali memanggungkan wajah. Merenung aku dengan serius.

Aku menunggu soalan dalam penuh debar. Tak dapat aku nak menebak soalan yang bakal ditanya lelaki ini. Janganlah dia tanya aku fasal syarikat Gemilang Holdings ini sudahlah. Dahlah pengetahuan aku fasal syarikat ini berada pada tahap zero. Masak aku nak menjawab kalau ditanya fasal latar belakang syarikat ini. Bukan kata latar belakang, senarai ahli lembaga pengarah syarikat ini pun aku tak tahu. Nak menjawab dalam bahasa Inggeris lagi satu hal. Rentung aku!

Pernahlah aku dengar nama syarikat ini sekali. Itu pun melalui cerita kawan sekampung aku Rogayah. Waktu itu aku cuma acuh tak acuh saja mendengar si Rogayah tu bercerita. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sebab aku tahu Rogayah ni kaki propa. Sepuluh yang dia beritahu, satu pun belum tentu lagi betul. Ada ke patut dia gebang dengan aku yang dia bekerja di Gemilang Holdings sebagai pengurus pemasaran. Dengan bangga dia canang yang kononnya jawatan dia tu bergaji lebih dari lima ribu ringgit. Kelulusan setakat sijil ada hati nak gaji ribu-ribu.

Miss ‘Ain, why did you apply for this position?” Pertanyaan Ikram memangkas lamunan aku. Tapi aku tak berjaya nak menangkap kata-katanya.

Errr…I beg your pardon, sir.” Mujurlah aku masih ingat apa yang pernah diajar Madam Susan. Ayat sopan yang perlu digunakan bila kita mahu pertanyaan itu diulang lagi sekali. Tak sia-sia aku duduk di barisan hadapan kelas.

Why did you apply for this position since you have no qualification in this area?” Ikram mengulang soalannya.

Aku menggaru kening. Macam mana aku nak menjawab soalan ini sedangkan skop kerja penyimpan stor pun aku tak tahu. Biasanya sesebuah syarikat menyimpan stok barang yang dibeli di dalam stor sebelum stok ini dibekalkan kepada syarikat-syarikat lain.

“Errr..because I want to be Gemilang Holdings workers. I want to take care the store. You know, I’m good in clean. Before this, I work as housekeeper. So, to keep the store clean and organize.. I have no problem with that.” Balas ku separuh yakin.

Very well, then.” Ikram tersenyum senget sebelum menganggukkan kepalanya. Dia mencatatkan sesuatu di atas kertas.

How much are you expecting for the salary?” Ikram menyoal lagi.

One thousand ringgit.” Lancar mulut ku meletakkan nilai. Cukuplah setakat seribu ringgit. Aku tak minta lebih. Yang penting lepas aku nak bayar sewa rumah, makan dan hulurkan sedikit pada mak aku di kampung. Aku mencongak dalam diam.

“Cukup ke? I mean is it reasonable for a degree holder to earn only a thousand ringgit as the monthly income?

“Cukup..errr…saya jawab dalam bahasa Melayu jelah ya.” Pinta aku. Ikram hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

“Seribu ringgit itu sangat besar nilainya bagi saya. Apatah lagi saya datang ke sini tanpa pengalaman. Dan saya mempunyai kelulusan dalam bidang yang berbeza. Tapi, saya janji. Kalau saya diberi peluang bekerja di sini, saya tidak akan jemu belajar. Saya akan buktikan yang saya mampu menggalas tugas sebagai penyimpan stor setanding dengan mereka yang berpengalaman.” Ucap aku dengan penuh semangat. Dah gaya macam nak masuk pencalonan pilihan raya pula.

Well said, Miss ‘Ain. Bagus..bagus..” Puji Ikram.

“Okay, saya rasa saya tak ada soalan lagi. Terima kasih kerana berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja Gemilang Holdings.” Beritahu Ikram formal sambil menutup fail.

“Saya dapat tak kerja ni?” Soal ku terdesak ingin tahu.

“Dalam masa beberapa hari lagi, pihak kami akan hubungi Cik ‘Ain untuk maklumkan keputusan temu duga.” Balas Ikram. Dia bingkas bangkit dan mula melangkah ke pintu bilik.
“Kenapa tak boleh beritahu sekarang?” Aku mengekori langkah Ikram. Sebaik kami berdua berada di luar bilik itu, Ikram segera memusingkan tubuhnya mengadap aku.

Unofficially.. I tak ada masalah nak approve permohonan you ni. But I have to consult with big boss first.” Dia tersenyum manis. Kali ini senyuman dia bukan setakat manis, tapi berubah sedikit nakal. Tiada lagi gaya profesional dan formal seperti di dalam bilik tadi.

“Oohh..” Aku mengangguk. Malu pula bila tunjuk gelojoh begitu di depan Ikram.

Tapi, jangan risau. I akan yakinkan big boss untuk ambil you. I’m looking forward to work with a beautiful and young lady like you.” Giat Ikram sambil mengenyitkan matanya pada aku.

Aku melarikan wajah. Semakin membahang lah pipi aku bila dipuji begitu. Cantik ke aku ni? Tanpa sedar aku memegang pipi ku.

Errr..by the way. Sorry ya sebab kat dalam tadi I tanya you soalan-soalan formal macam tu. You know, I have to follow a normal procedure in the interviews. Lagipun kat dalam tu ada CCTV and everything in there was recorded.” Gumam Ikram perlahan di telinga ku.

“CCTV???”


Aku mengangkat wajah. Bulat mata ku memandang Ikram. Semua yang berlaku kat dalam bilik tadi dirakamkan CCTV? Termasuk aksi somersault aku yang tersembam dari kerusi tadi? Pitam aku! Saat itu aku hanya mampu berdoa, janganlah ada sesiapa yang menonton tayangan secara langsung dari aku tadi!

p/s: Hope enjoy the new entry. Drop some comment if you will. Thank you..

20 comments:

  1. hahahahhaha.... ainnnn...slunberr jaa dia nie...suka sgt... very slumber..

    ReplyDelete
  2. xleh blah jatuh kusi.. sekali ade CCTV haru biru jd nye.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Nak pecah perut ni ketawa.... #^_^

    ReplyDelete
  4. Kelakar la ridhya... Jawapan dia dlm bahasa inggeris tu tal bleh belah...village nurse... He..he...

    ReplyDelete
  5. X bole blah tul ngan ain ni. Very clumsy hahaha apa lg la nk jd lps niha.

    ReplyDelete
  6. poyo sungguh si ain ni... hahaha.. nak part 6.. apelah yg akn ain buat lps ni plk.. adooi.. kelakarnya si ain ni...

    ReplyDelete
  7. selamba giler Ain tu..ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha..lawak si ain nie..

    ReplyDelete
  9. hai...marathon baca tc ni...kelakar r...cctv...fuhhh....lawak...going to read next chap...bravo...

    ReplyDelete
  10. mmg klakar giler2 la ain nih... hambik siap ada cctv lg.. habis la ain... best la RI ;)

    ReplyDelete
  11. somersault? kah3...well done...enjoy dgn cerita nih...dh mngalir air mata nih duk tgelak...hahah

    ReplyDelete
  12. hahaha...adoi la ko ain...ada CCTV okey...abis..ilang kesopanan..

    ReplyDelete
  13. Hahaha.... tak de apa nak komen dah, semua komen di atas meliputi semua komen sy. Ain yg kelakar giler...

    ReplyDelete
  14. Hahaha...ain..ain...
    Best...
    ..hazalina burahan..

    ReplyDelete
  15. hadoiiii...nak pecah perut gelak yg ain jatuh kerusi tu...pastu dgn selamba badak jgb dlm BI yg grammar tunggang langgang....sempoi giler si ain ni....paling tak blh tahan, CCTV tu..hahahaha......malu wehhhh.....

    ReplyDelete
  16. Hahaha adoi cik eriter niy sampai pedih tekak dek gelak.. hamboi qurratup ain belum ape2 dah launching action lawak eh ... hihihi,,,

    ReplyDelete
  17. Ya Allah.. sakik oerut gelakkkkkkk... bila ni nak jd novel... mmg wajib ada dlm koleksi..ahahah

    ReplyDelete
  18. sakit perut baca entri ne..hahaha..adoi cctv ..

    ReplyDelete
  19. Ya Allah....apa la kelakar sangat ain ni...dalam satu hari macam2 hal....

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..