Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Thursday 11 April 2013

Temuduga Cinta Bab 3


Aku merenung lama tiga bungkusan di dalam plastik di hadapan ku. Tiga bungkusan dari tiga jenama, dari tiga warna yang berbeza dan mengandungi tiga saiz yang pelbagai. Tiga bungkusan yang merunsingkan kepala otak aku sekarang ini. Macam mana aku nak bayar duit lelaki yang baik hati membelikan aku tiga bungkusan ini?

Aku ambil dompet yang berada di dalam beg kain milik ku. Segala wang kertas dan syiling yang tersimpan di dalamnya aku keluarkan dan letak di atas tapak tangan ku. Semua sekali empat ringgit lapan puluh lima sen. Hanya lepas untuk membayar harga sebungkus benda ini saja. 

Tiba-tiba pandangan mata ku menghala pada jam tangan Swatch di pergelangan tangan. Aku beli jam ini setahun yang lepas dengan harga tiga puluh ringgit. Mungkin aku boleh tolak jam ini dengan nilai sepuluh ringgit pada lelaki itu. Agak-agaknya cukuplah untuk bayar harga tiga bungkusan itu. Bolehlah asalkan jangan tergadai diri sudah.

Imbasan tubuh ku yang dipantul cermin ku pandang. Kulit muka yang berminyak. Bibir yang pucat. Tudung yang senget sana sini. Berserabut!

Aku basahkan wajah dengan air paip. Tisu muka ku ambil dan lapkan ke wajah. Kenapalah aku tak bawa bedak nyonya di dalam beg ku. Kalau tidak boleh juga aku tenyehkan ke pipi yang tampak kusam ni? Ku ketap bibir dengan hujung gigi untuk berikan sedikit kesegaran dan membentuk warna merah semula jadi. Tudung yang menyenget ku betulkan seadanya. Aku silangkan beg kain ke tubuh ku.

Ketukan yang bertalu-talu di luar pintu mengejutkan aku. Aku melompat selangkah ke belakang.

“Qurratul ‘Ain. Awak okay tak kat dalam?” Jelas kedengaran suara lelaki itu di luar pintu tandas.

Aku mengurut dada ku perlahan. Kurus semangat aku!

“Dalam masa dua minit, kalau awak tak keluar, saya masuk!” Lelaki itu bersuara lagi.

Mata ku membulat. Kelam kabut aku menjinjit plastik yang mengandungi tiga bungkusan tuala wanita itu. Aku segera mencapai tombol pintu dan ku pulas sebelum lelaki itu buat kerja gila masuk ke dalam tandas. Nanti tak fasal-fasal jadi kes lain pula. Lagi haru.

“Oook..okay..Saya okay.” Balas ku kalut.

Thank God you’re okay. You’ve scared me!” Lelaki itu mengeluh lega sebaik aku tercegat di depannya. Buat seketika aku melihat sinar matanya yang begitu mengambil berat terhadap ku. Namun tidak lama bila anak matanya merenung aku tajam.

What took you so long?” Soalnya serius. Wajah itu kalau nak dibandingkan dengan peria rasanya lagi kelat muka dia ini.

“Err..sorry.” Ucap ku serba salah dengan menghantar pandangan mata yang membawa maksud faham-faham-sendirilah. Tak perlu aku jelaskan dengan terperinci apa aku buat kat dalam tandas tu. Aku ukirkan senyum biarpun terasa sumbing.

“Perempuan ni memang suka membuang masa dalam tandas kan? I’m wondering what kind of thing they always do in there..” Komennya sinis. 

“Buat benda yang sama macam lelaki buat juga. Mereka buang air kecil, buang air besar, betulkan mekap, baiki tudung yang senget, bersih tompok dar…err..pokoknya hal-hal yang berkaitan dengan kebersihan yang harus diselesaikan dalam tandas. Dah nama pun tandas, bukannya restoran. Cuma perempuan mungkin lebih teliti berbanding lelaki dalam bab menjaga kebersihan dan penampilan diri ni..” Lancar mulut ku menjawab.  

Lelaki itu merenung ku tajam. Tersungging senyuman sinis di bibirnya.

Your point makes me a bit confused. Hmmm…” Dia mengurut dagunya bagai sedang berfikir.

“Cuba bandingkan penampilan awak dan saya. Dengan tudung yang dah bertukar warna, baju yang lusuh dan kasut yang tunggu masa je nak kena humban dalam tong sampah. And not to mention..tragedi bulan terlebih mengambang tadi tu..” Dia ketawa sinis sambil matanya tak lepas memandang ku atas bawah. Dia sedang menilai penampilan aku.

“Saya rasa sometimes lelaki lebih menjaga kebersihan dan penampilan daripada perempuan. Inside and outside.” Sindirnya menyambung kata.

Aku kematian kata. Dari segi gaya dan penampilan, memang benar aku kalah. Tapi itu tidak bermakna aku tak tahu nak menjaga kebersihan diri. Cuma aku kurang keupayaan sekarang ini. Kurang upaya dari segi kewangan! Dunia sekarang semuanya perlukan duit. Nak bersih, nak cantik, nak wangi semuanya melibatkan duit. Ada duit semua benda boleh beli. Nak masuk tandas awam pun kalau tak ada duit kirim salam sajalah.

“Uzair!”

Aku menoleh ke arah satu suara yang menyapa. Seorang lelaki menghampiri kami. Matanya memandang kami berdua silih berganti. Bila pandangan kami beradu, dia menganggukkan kepalanya sedikit tanda hormat. Dan aku membalas dengan segaris senyuman.

What are you doing here, Uzair?” Soal lelaki itu tenang.

Oh, lelaki ini namanya Uzair. Aku lihat wajah Uzair sedikit berubah dengan kehadiran lelaki itu.

“Err..nothing, Ik..err..Encik Ikram. Cik ni minta I tunjukkan tempat temu duga Store Keeper tu.” Beritahu Uzair.

Nyaris-nyaris aku terlupa pembohongan aku fasal temu duga tu. Masalah...masalah.

“Oh, I see. Inilah salah seorang calonnya ya. The interview will start any minute.” Lelaki itu memandang jam di pergelangan tangan sebelum matanya berkalih pada ku.

Aku terkesima dengan renungan lelaki yang dipanggil Ikram ini. Dia sungguh segak dalam kemeja putih dan kot hitam Giorgio Armani. Dua butang teratas kemeja putihnya dibiarkan terbuka menampakkan gayanya yang santai. Rambutnya yang dipotong pendek dan dibiarkan tegak menyerlahkan ketampanan lelaki ini. Dia punya gaya yang tersendiri. He’s a sexy guy!

“Ehemm.." Deheman Uzair membuatkan aku tersentak. Matanya merenung ku tajam sebelum menyambung kata.

“Dah dekat 2.30 ni. Mari saya tunjukkan awak tempat temu duga tu.” Dia mula berpusing untuk melangkah.

Good luck, young lady.” Ucap Ikram seraya mengenyitkan matanya.

Wajah ku membahang panas. Boleh tahan nakal Ikram ni. Tidak menunggu lama, aku mengikut langkah Uzair. Hal temu duga ini masih belum selesai. Aku perlu beritahu Uzair hal yang sebenarnya.

“Err..awak..errr..Uzair...err..Encik Uzair....” Aku tergagap-gagap mengejar Uzair yang sudah jauh ke depan.

Langkahnya terhenti. Sebelah keningnya terangkat tinggi. “Kenapa? Ada masalah lagi ke?”

Uzair merenung ku tajam. Wajah itu kelat tanpa senyuman buat aku jadi semakin tidak keruan.

“Errr.. Ada sesuatu yang awak perlu tahu pasal temu duga ni..” Tutur ku senafas.

“Kenapa?” Keningnya berkerut.

“Err…sebenarnya saya tak pernah apply pun kerja tu. Saya minta maaf sebab tak berterus terang dengan awak. The truth is….” Kata-kataku tersekat. Air liur ku telan pahit.

“Apa awak cakap?” Dahi Uzair semakin berkerut sehingga kedua belah keningnya hampir bertaut.

“Sebenarnya nama saya tak ada dalam senarai temu duga tu. Saya cuma masuk ke dalam bangunan ni sebab saya nak hilangkan rasa panas dan dahaga. Saya cuma nak berehat sekejap sebelum saya teruskan perjalanan saya.” Terang ku serba salah. Aku menundukkan wajah. Mengakui kesalahan adalah penyelesaian yang terbaik biarpun ia bukan mudah untuk dilafazkan.

Dari ekor mata, aku tahu Uzair sedang memandang ku pelik. Ekspresi wajahnya sukar aku tebak. Marah ke dia? Bengang ke dia dengan pengakuan aku tu? Dapat ke dia terima alasan aku itu? Habislah aku. Mungkin dia akan heret aku ke pengawal keselamatan dan tuduh aku penceroboh. Kemudian aku akan ditangkap dan dihumbankan ke lokap. Terpaksalah aku bermalam kat sana. Dan siapa yang akan jamin aku keluar? Adakah aku akan didakwa di mahkamah?

Qurratul ‘Ain, hentikan rapikan mengarut ni! Marah ku sambil menepuk pipi ku. Aku tahu aku terlalu terbawa-bawa. Nampaknya aku perlu berhenti menonton sinetron-drama-swasta setiap petang di televisyen.

Biar apa pun hukuman yang perlu aku terima selepas ini, aku pasrah. Salah ku juga kerana gagal mengawal mulut sendiri. Aku berdosa kerana menipu Uzair. Apatah lagi mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan Uzair.

“Cik Qurratul ‘Ain. Saya tak faham apa yang awak mengarut ni. Temu duga yang awak akan hadir ni is a walk-in interview. So, anybody are welcome to apply for the job.

“Huh?” Aku memanggung wajah. Bulat mata ku memandang Uzair tidak percaya. Again, I’m saved by the luck!

So, are you interested in the post or not?” Soal Uzair sedikit bosan.

“Ya..ya. Saya nak kerja tu!” Balas ku mengangguk laju. Penuh semangat. Siapa sangka mungkin ini peluang kerja yang aku cari selama ini.

Good.” Balasnya sepatah sebelum kembali menyambung langkah.

“Err..encik Uzair..” Panggilan aku sekali lagi menghentikan langkahnya.

Now what?” Uzair merengus. Dia memandang ku malas.

“Err..pasal tadi..err…terima kasih ya tolong saya.” Ucap mulut ku lancar. Memaknakan penghargaan buat lelaki yang telah menjadi penyelamat. Penyelamat maruah wanita ku. Dalam dia menolak, tak sangka akhirnya dia sanggup juga membantu aku. Sungguh aku berterima kasih padanya.

 “Oh..no problem.” Uzair mengangguk sekali.

“Itu menunjukkan saya seorang lelaki yang ambil peduli dengan masalah perempuan. And I care about your dignity..” Sambungnya dengan suara yang lembut. Pandangannya berubah redup.

Aku tergamam dengan kata-katanya yang mampu mencairkan hati aku. Sepotong ayat yang berjaya membuatkan jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Buat kali pertama aku membalas pandangan matanya. Dan aku biarkan sinar mata helang itu memanah sampai ke dasar hati ku.

“Ehem…” Dia berdeham.

So, boleh kita ke tempat temu duga tu sekarang?” Soalnya.

“Err…tak boleh lagi!” Balas ku kalut bila aku teringatkan sesuatu.

“Huh?”

“Err..maksud saya…saya nak tanya awak fasal duit awak..” Ujar ku membetulkan kata.

“Duit saya?” Dia menyoal pelik.

“Ya..duit yang awak guna untuk beli benda ni..” Bungkusan yang berada di tangan kiri ku angkat tinggi.

“Ohh..kenapa?”

“Berapa yang saya hutang awak?”

Untuk beberapa saat, Uzair terdiam sebelum dia membuka mulutnya. “Semua sekali RM 12.50. Upah kudrat saya berlari ke kedai tadi percuma.”

“Ddd..dua belas ringgit lima puluh sen??” Aku menggaru kepala.

“Errr..saya..saya sebenarnya tak cukup duit. Dekat tangan saya cuma ada RM 4.85..” Gumam ku teragak-agak. Wajah aku sudah bertukar warna. Malu bila lelaki di depan ku ini tahu yang aku sekarang ini tengah pokai.

“Tapi kalau awak ambil jam saya ni….saya tolak RM 10.00 je..” Jam di pergelangan tangan kiri ku buka. Lalu aku hulur kepada Uzair.

“Saya nak buat apa dengan jam buruk ni?” Cebik Uzair sinis.

“Err..awak boleh hadiahkan pada girlfriend awak ke..” Cadang ku.

Excuse me! Kalau saya bagi free pada makcik cleaner tu pun belum tentu lagi dia nak.” Cemuh Uzair sambil jarinya menghala ke arah seorang makcik yang sedang tekun mencuci lantai.

 “Jadi awak tak nak lah ni?” Tangan ku jatuh ke bawah. Aku tahan geram di hati dengan lagak Uzair. Jam ku ini tak adalah buruk sangat. Biarpun jam ini jam tiruan tapi kualiti nya tak jauh kurang dari jam yang original.

Uzair menggelengkan kepala.

Next time je lah awak bayar duit saya tu. Bila awak dah ada duit.”

“Mana boleh macam tu..Kalau saya mati tak sempat nak bayar hutang awak, tak dapat masuk syurga saya ni. Terawang-awang roh saya..” Tegah ku. Mak aku pesan tak baik berhutang biar pun sesusah mana pun kita. Apatah lagi dengan orang yang kita tak kenal. Ligat kepala ku memikirkan jalan untuk aku membayar hutang pada Uzair.

“Kalau macam tu. Awak ambil baliklah semua ni.” Putus ku lalu menghulurkan plastik yang ku bimbit dari tadi pada Uzair.

“Hah?” Uzair tercengang membuatkan mulutnya sedikit terlopong.

“Saya tak mampu nak bayar harga semua ni. Jadi, saya pulangkan balik pada awak. Cuma saya ada terguna satu keping yang bungkusan warna biru tu. Harga sebungkus yang biru tu dalam RM 4.80. Kat dalam tu ada sepuluh keping. Jadi harga sekeping dalam 48 sen..” Congak ku membuat pengiraan.

Aku mencapai dompet kecil lalu duit syiling lima puluh sen ku keluarkan.

“Nah..” Sekali lagi aku hulurkan bungkusan itu. Kali ini bersama duit lima puluh sen.
“Ambillah.. baki 2 sen tu saya sedekah..” Aku mendesak.

Are you out of your mind? Saya nak buat apa dengan benda ni??” Uzair menyoal bengang.
“Err..hadiahkan lah pada kawan perempuan awak ke..” Usul ku kekeringan idea. Betul juga kata Uzair tu. Dia nak buat apa dengan barang perempuan ni.

“Awak ingat saya ni charity ke?” Sinisnya pedas.

“Errr…”

“Dah..mari ikut saya ke tempat temu duga tu. Fasal duit tu, awak bayar bila dah ada duit nanti. Kalau tak ada, saya halalkan..” Ujarnya tegas lalu kembali menyambung langkahnya yang terhenti. Meninggalkan ku jauh di belakang

7 comments:

  1. Haha... Kelakarlah part 3.. Haha.. Tetiba tergelak sorang2.. Guna sekeping bayar sekeping jelah!!! 48 sen jea...
    Bestlah.. Tak sabar nk tunggu next part..

    ReplyDelete
  2. hadoi la ain... wat la klakar ni... siap kira sekeping brapa rm lg tu... kikikiki

    ReplyDelete
  3. sweetla uzair ni...si ain pun tersgtla jujurnya....

    ReplyDelete
  4. Lawak sungguh la....siap pulang balik....ain2..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..