Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Sunday 19 May 2013

Temu Duga Cinta Bab 13


“Awak berhenti je dekat depan tu.” Suruh ku sambil memanahkan jari telunjuk ke sebuah pondok kayu yang tampak sedikit usang. Pondok beratapkan anyaman daun nipah yang dibina hasil gotong-royong penduduk kampung sebagai tempat riadah itu berada lebih kurang dua puluh meter dari pagar rumah mak.
“Pondok ni rumah keluarga awak ke?” Uzair menyoal sinis.
Aku mengerling sekilas Uzair yang tenang memandu di sebelah. Dia ni kalau nak tanya soalan pun agak-agak lah. Takkanlah pondok yang tak berdinding ini jadi tempat tinggal aku dan mak pula.
“Rumah mak saya depan sana sikit lagi. Tapi awak hantar saya kat sini jelah. Saya boleh jalan kaki. Tak jauh dah.” Beritahu aku. Takkan aku nak benarkan Uzair hantar aku sampai depan-depan rumah. Nanti berbakul-bakul ceramah percuma daripada mak yang terpaksa aku tadah. Mak aku tu walaupun boleh dikategorikan seorang ibu yang sporting tapi kalau hal yang melibatkan pergaulan antara lelaki dan perempuan ni mak memang tak pandang ringan.
“Kalau kamu belum rasa nak berlaki, kamu jangan gatal-gatal nak bawa kawan lelaki balik ke rumah lagi lepas ni. Kalau kamu buat lagi, mak takkan teragak-agak kahwinkan kamu terus dengan lelaki yang kamu bawak balik tu. Dan dan tu jugak.”
Terngiang-ngiang jelas di telinga aku amaran keras yang pernah mak beri sebaik aku sampai ke kampung untuk menghabiskan cuti semester dua tahun lepas. Sebabnya masa itu aku terbawa balik sekali Shuib sotong, kawan sekuliah aku. Bukannya aku rancang pun nak bawa balik ke rumah kawan lelaki aku yang terlebih sikit hormon estrogen itu. Tapi aku tak sampai hati tengok Shuib sotong ini hampir meraung di hentian bas kerana dia tertinggal bas untuk balik ke rumahnya di Kuantan.
Niat aku cuma nak beri Shuib sotong menumpang tidur semalaman di rumah mak sebelum dia teruskan perjalanannya besok hari. Aku ingatkan mak pun tak kisah. Yalah, benda baik kan. Tapi aku tak sangka pula mak terlebih emosi sampai dengan Shuib sotong yang nampak lebih perempuan dari lelaki itu pun mak nak berkira. Sejak itu, tak pernah lagi aku jemput kawan-kawan lelaki datang ke rumah hatta untuk datang beraya sekalipun.
“Kenapa tak nak saya hantar awak depan rumah?” Soalan Uzair memangkas lamunan aku.
“Errr…jalan kat depan tu sempit. Kiri kanan semak. Saya takut nanti habis calar-balar kereta awak. Tak fasal-fasal nanti awak tuntut ganti rugi dengan saya beratus-ratus ringgit pulak.” Sela ku dalam sindiran. Terbias senyuman senget di bibir Uzair.
“Habis tu saya?”
“Kenapa dengan awak?” Aku menyoal tidak faham. Dahi ku berkerut.
“Habis tu saya ni macam mana?” Ulang Uzair lagi.
“Macam mana apa pulak? Lepas awak drop saya kat depan pondok tu, awak baliklah.” Balas ku mudah. Bukanlah aku ini nak jadi manusia yang tidak mengenang budi. Tapi takkanlah aku nak ajak Uzair singgah rumah mak dulu. Silap-silap ada yang kena kahwin free nanti. Mak aku kadang tu bukan boleh dijangka. Kalau dia kata sungguh dia akan kotakan.
“Saya nak solat maghrib kat rumah mak awak.” Ujar Uzair senada dan senafas.
Aku kalih kepala ke kanan sembilan puluh darjah. Wajah Uzair ku tenung. Cuba mentafsir kata-kata lelaki itu. Itu sebenarnya permintaan ke atau pemberitahuan?
“Tak boleh!” Cepat-cepat aku geleng kepala. Berubah wajah Uzair dengan penolakan aku.
“Err…maksud saya lebih baik awak solat kat masjid. Rumah saya tu sempit. Nanti awak tak selesa. Lagipun masjid tu tak jauh pun. Awak keluar dari simpang besar nanti, lepas awak belok kanan dalam tiga puluh meter ada masjid warna kuning sebelah kiri.” Ujar ku mencipta dalih. Serba salah juga. Terasa macam kejam bila terpaksa menolak permintaan Uzair yang nak tumpang beribadat.
“Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa? Dah nak pukul lapan. Sekejap lagi dah nak masuk waktu isyak. Berdosa melengah-lengahkan solat. Awak nak tanggung dosa ke?” Sinis Uzair membuatkan aku terkedu.
“Dosa melengahkan solat itu satu. Kata kalau saya tak sempat nak solat Maghrib, dosa yang saya kena tanggung macam dosa berzina dengan ibu sendiri.” Kata-kata Uzair semakin menokok rasa bersalah dalam sarang hati ku.
“Yalah..yalah. Awak solat kat rumah mak saya.” Putus ku mendengus perlahan.
Tahan sajalah bebelan mak. Entah bagaimana penerimaan mak bila nampak Uzair nanti. Kalau dengan Shuib sotong pun mak boleh naik angin sampai berpatah arang berkerat rotan dengan aku apatah lagi Uzair yang memang lurus tak bengkok-bengkok ni.
“Ikhlas ke ni? Kebaikan yang dibuat dalam keluhan adalah kerja yang sia-sia.”
Aku mengetap bibir. Tiba-tiba pula lelaki sarkastik ini bertukar personaliti jadi imam muda. Silalah cermin dulu muka tampan tu sebelum nak bercakap soal ikhlas dengan aku.
“Habis tu awak ikhlas sangatlah hantar saya ni? Saya tahu awak buat semua ni pun sebab terpaksa ikut arahan encik Ikram kan?” Bidas ku geram. Yalah. Kalau dia sungguh ikhlas nak menolong aku, takkan dia dengan muka seposen minta aku taja duit minyak kereta dia.
“Ikhlas tu datang dari hati. Apa yang saya rasa dekat sini, awak boleh scan ke?” Tangan kirinya ditekapkan ke dada.
Aku mencebikkan bibir. “Tak payah nak scan bagai. Mulut belacan awak yang duk sinis sana sinis sini dah cukup untuk saya nilai sejauh mana keikhlasan awak tu.” Bidas ku.
“Mulut kadang-kadang mampu menyembunyikan apa yang ada dalam hati.” Uzair bersuara perlahan. Cukup perlahan. Tetapi telinga aku ini kan telinga lintah. Masih mampu aku tangkap setiap patah kata yang meluncur keluar dari bibirnya.
“Maksud awak?”
Uzair tampak terkejut dengan pertanyaan aku. Pertama kali aku tengok dia menggelabah.
“Err…mana satu rumah awak?” Soalnya mengalih topik. Pertanyaan aku turut hilang melayang. Aku kalih wajah ke depan. Mata aku melingas memandang kiri kanan. Tak banyak yang berubah pun sepanjang ketiadaan aku di kampung. Cuma bila malam ni pandangan akan jadi sedikit terbatas.
“Depan sana sikit. Dalam pagar putih tu.” Aku menjuihkan sedikit mulut. Di bawah sinar lampu jalan, pagar kayu bercat putih yang sudah pudar warnanya semakin jelas kelihatan. Pagar yang telah dibina oleh arwah ayah lama dulu. Biarpun pagar itu tampak sudah usang benar tapi itulah satu-satunya kenangan yang ditinggalkan oleh arwah ayah.
Uzair membelok keretanya memasuki halaman rumah mak. Sebuah kereta Honda Accord berwarna biru metalik tersadai di depan rumah mak. Siapa pula yang datang bertandang malam-malam begini. Desis ku di dalam hati.
Takkan mak buka rumah urut pulak? Maju sungguh perniagaan mak kalau sampai tengah-tengah malam pun masih ada pelanggan. Tetapi setahu aku mak cuma mengurut perempuan yang baru lepas bersalin dan biasanya mak hanya mengurut di rumah pelanggan saja.
“Meriah rumah mak awak malam ni. Ada kenduri ke?” Pertanyaan Uzair menyedarkan aku dari bermonolog seorang diri. Dia mematikan enjin kereta.
Aku bungkam. Pertanyaan Uzair aku biarkan berlalu tanpa jawapan. Pandangan mata aku masih pada rumah mak yang terang benderang. Semua lampu di dalam dan di luar rumah dinyalakan. Ceria lain macam sungguh ni.
Entah-entah apa yang aku teka tempoh hari semasa berbual dengan mak betul tak? Ada orang datang nak meminang aku. Patutlah mak beria-ia sungguh suruh aku balik. Apa aku nak buat kalau mak paksa aku terima pinangan tu? Aku tak nak kahwin paksa. Kisah hidup aku bukan tipikal macam dalam drama Melayu swasta! Hish..apa yang aku merepek ni? Malam-malam mana orang datang meminang. Tak mungkinlah. Aku geleng kepala ku laju.
“Cik puan muda, tak nak turun ke? Dah berbahagia sangat ke duduk dalam kereta ni?” Sinis Uzair dari luar kereta. Kepalanya dijengahkan sedikit. Bila masa lelaki ni menapak keluar dari perut kereta?
Aku mengetap bibir menahan kata-kata sinis Uzair. Agaknya memang hobi dan gaya si Uzair ni bertutur sarkastik macam tu. Simpati aku pada nasib bini dia nanti terpaksa hadap suami macam ni.
Cepat-cepat tangan aku capai pemegang kereta. Pintu kereta ku tolak sedikit kasar lalu aku melangkah keluar. Fikiran aku masih sarat dengan pelbagai andaian yang berlegar-legar. Tanpa sedar aku menutup pintu kereta dengan kuat. Opsss..memang sengaja pun sebenarnya. Aku gelak jahat di dalam hati.
Wajah tak bersalah aku pamerkan bila Uzair menjeling aku tajam. Berkira sungguh mamat ni. Bukannya haus pun pintu kereta tu. Pintu belakang aku buka untuk mengambil beg pakaian ku.
“Tutup pintu tu perlahan sikit. Kereta saya ni ada perasaan.” Tegur Uzair.
Aku mencebekkan bibir. Mungkin sebab terhasut dengan bisikan syaitan yang banyak berkeliaran waktu senja-senja begini, aku langsung tidak menghiraukan teguran Uzair. Sengaja aku menghempas kuat pintu kereta. Lalu laju-laju aku melangkah ke muka pintu rumah sebelum telinga aku ini menadah kata-kata sarkastik lelaki itu.  
“Assalamualaikum.” Laung ku memberi salam sebaik kaki berada di hujung anak tangga. Sayup kedengaran gabungan beberapa suara menyambut salam aku. Meriah sungguh suasana di dalam rumah mak saat ini.
Pintu kayu rumah yang sedikit terbuka itu ku tolak perlahan. Mengeluarkan bunyi keriuk. Dari muka pintu aku dapat dengar suara orang sedang berbual-bual dari arah ruang tamu.
“Masuklah.” Aku mempelawa Uzair sebelum mengatur langkah ke dalam rumah. Senyuman di bibir aku melebar bila terpandangkan wajah mak yang sedang menghampiri aku.
“Budak bertuah! Mak ingatkan kamu balik besok pagi. Kenapa tak cakap sepatah kamu nak balik petang ni?” Riuh mulut mak mengomel.
Surprise!!! Aku tersengih ala-ala gaya Eric Leong dalam Casa Impian.
Tangan mak ku capai dan ku cium hormat. Jelas wajah mak nampak terkejut dengan kemunculan aku. Sengaja aku tak beritahu mak yang aku akan bertolak ke kampung petang Jumaat. Konon nak buat kejutan.
“Banyaklah kamu punya surprise. Tu haa..lelaki yang kat belakang kamu tu yang betul-betul mak surprise. Calon suami kamu ke tu?” Mak menyoal serius.
Terus padam sengihan di wajah aku. Tajam sorotan mata mak merenung Uzair atas bawah. Aku telan liur kelat.
“Bukanlah, mak. Tadi..err..dia..” Aku tergagap langsung kehilangan kata. Wajah serius mak tidak berani ku tentang. Kan aku dah kata. Mak memang pantang bila aku bawa kawan lelaki ke rumah.
“Saya Uzair, makcik. Kawan sekerja ‘Ain. Makcik sihat?” Tutur Uzair memperkenalkan diri. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan mak. Pandai juga lelaki sarkastik ni menghormati orang tua.  
“Baik..baik. Oh..kawan sekerja ‘Ain rupanya. Kamu hantar ‘Ain balik ya?” Mak menyambut huluran tangan Uzair. Sopan Uzair menunduk dan mencium tangan mak.
“Iya, makcik. Kebetulan saya nak ke Temerloh, jadi saya tumpangkan ‘Ain ni sekali. Satu jalan.” Balas Uzair lembut sambil tersenyum manis. Pandai dia berlakon dan mereka alasan. Boleh dah jadi pelapis Adi Putra ni.
“Baik sungguh kamu ni Uzair. Dengan semua anak dara ke kamu layan macam ni? Ke dengan ‘Ain sorang je?” Puji mak. Dalam memuji tu sempat lagi dia memerli Uzair satu das.
Aku sembunyi senyum melihat yang Uzair sedang terkulat-kulat nak menjawab. Wajah dia pun dah berona merah. Padan muka. Baru bertemu buku dengan ruas. Ejek aku di dalam hati.
“Tak adalah, makcik. Saya baik dengan semua orang. Tak kira siapa pun. Apatah lagi dengan orang yang saya ambil berat.” Jawab Uzair tenang.
Aku buat muka meluat. Boleh tak aku rasa nak muntah hijau dengar jawapan Uzair? Entah kenapa aku rasa lelaki ini sedang berhipokrit depan mak aku.
“Bagus..bagus. I like. Mak suka..eh mak pulak. Makcik suka jawapan kamu tu..” Suara mak berubah ceria. Melebar senyuman di wajah mak.
Aku bulatkan mata memandang mak. Mak membalas pandangan aku dengan senyum simpul. Kedua belah keningnya diangkat.
“Kacak betul bakal menantu mak ni. Sopan pulak tu. Pandai kamu pancing, ‘Ain.” Kata-kata mak yang berbisik di telinga hampir buat aku tersedak. Mak mengenyitkan matanya sebelah pada aku. Amboi mak. Aku ingatkan Ikram saja yang pakar mengenyit, mak pun dah berjangkit sekali?
 “Bukanlah mak. Dia kawan sekerja orang je.” Gumam aku perlahan. Menafikan sekeras-kerasnya.
“Yalah tu.” Mak hanya tersenyum meleret. Sempat lagi dia mengangkat ibu jarinya membuatkan aku terkedu seribu bahasa.
Aku berdeham. “Uzair ni nak tumpang solat Maghrib, mak.”
Aku kerling Uzair yang sedang menahan senyum. Janganlah dia dengar apa yang mak bisikkan di telinga aku.
“Oohh..boleh sangat. Kecil tapak tangan, nyiru mak…eh..mak lagi..makcik tadahkan. Mari..jemput masuk, nak.” Pelawa mak ramah. Risau aku dengan perubahan mak yang drastik ni.
“Maaflah, makcik. Terpaksa susahkan makcik.” Ucap Uzair berbasa-basi. Semakin tebal cebikan di bibir aku. Kalau dengan aku jangan harap dia nak cakap selembut dan sesopan ini.
“Tak ada hal. Mari masuk makcik tunjukkan biliknya.” Mak mula melangkah ke ruang tamu meninggalkan aku dan Uzair sedikit ke belakang.
“Saya suka mak awak.” Komen Uzair berbisik pada aku. Dia tersenyum.
“Suka? Awak nak jadi bapa tiri saya ke?” Soal aku sengaja mengenakannya. Senyumannya mati diganti dengan jelingan maut.
“Bapa tiri tak berminat. Kalau jadi calon suami boleh jugak saya pertimbangkan…” Bicara Uzair meleret.   
Gulp! Langkah kaki aku terhenti. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Kuat menghentak dinding dada. Aku kena heart attack ke?
“Itu pun kalau tinggal awak sorang je perempuan dalam dunia ni.” Sambung Uzair. Ada tawa di hujung kata-katanya.
Aku mengetap bibir. Terus denyutan jantung aku kembali normal. Fuhh… Tapi entah kenapa ada rasa sedikit kecewa di hati dengan kata-kata Uzair itu. Hishh..kenapa dengan aku ni?
“Mak..kereta siapa kat luar tu?” Aku menyoal mak sebaik teringatkan kereta mewah di depan rumah mak.
Belum sempat mak menjawab pertanyaan, langkah kaki aku terkaku. Lidah ku kelu. Otak ku kosong bagaikan tidak terisi. Tanpa sedar beg pakaian yang ku jinjing melurut jatuh ke lantai. Hanya bebola mata ku yang bergerak silih berganti dari satu wajah ke satu wajah yang turut kaku membalas pandangan ku. Biarpun wajah-wajah itu tampak sedikit berubah dek dimamah usia tetapi seumur hidup tidak mungkin aku dapat melupakan dua wajah ini.
Dua batang tubuh yang sedang duduk di atas kerusi rotan itu ku renung tajam.  Dua orang manusia yang bertanggungjawab memalitkan kenangan hitam ke dalam hidup ku. Mereka yang aku dendami sampai mati!
“’Ain, ini ‘Ain ke Lijah? Dah besar ya..” Suara wanita itu lembut menerjah cuping telinga aku. Tetapi kelembutan itu bagaikan membakar hati dan perasaan aku. Dia bingkas bangun untuk menghampiri ku.
“Tolong jangan dekat!” Aku angkat tangan menghalang. Langkah wanita itu terhenti.
“’Ain..kenapa cakap macam tu? Tak baik.” Tegur mak perlahan. Aku kalih wajah pada mak.
“Buat apa mereka datang sini, mak?” Soal ku. Entah kenapa aku rasa ada air yang mula bertakung di birai mata. Ada hentakan yang sedang memalu pilu tangkai hati ini.
“Mereka datang nak jumpa kamu, ‘Ain.” Beritahu mak lembut tetapi langsung tidak mampu melembutkan hati aku.
“Orang masuk bilik dulu.” Balas ku senada. Beg yang tersadai di atas lantai ku capai.
“’Ain, salam dulu dengan dia orang.” Arah mak. Tetapi entah kenapa arahan mak kali ini langsung tidak berbekas di hati aku.
“Dah lewat ni, mak. Orang nak solat Maghrib.” Ujar ku beralasan. Aku mula mengorak langkah.
“’Ain, mak tak pernah ajar anak mak jadi kurang ajar macam ni dengan orang tua. Salam dulu.” Nada suara mak mula meninggi. Memang mak tidak pernah mengajar aku jadi begini. Tetapi aku tidak mampu mengikis kecewa yang terpahat kukuh di dalam hati ini. Aku tetap meneruskan langkah.
“Kamu tahu tak berdosa kamu macam ni. Tolonglah, ‘Ain. Sekurang-kurangnya demi mak.” Rayu mak. Langkah kaki aku mati. Keluhan berat terhambur keluar dari mulut ku. Demi mak aku akur. Ya..semua yang aku buat hanya demi mak. Mak yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku.
Dengan langkah yang lemah, aku menghampiri dua batang tubuh yang sedang tegak berdiri di ruang tamu. Memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk aku mengerti.
Tangan wanita itu ku gapai dan ku kucup ala kadar. Bila terasa ada jari-jemari yang mula nak menyentuh ubun-ubun kepala, aku segera mengangkat tubuh ku. Terbias senyuman kelat di wajah itu.
“’Ain sihat?” Ada getar dalam suara itu. Aku angguk perlahan tanpa sedikit pun membalas renungan lembut itu.
Kemudian aku beralih pula pada lelaki yang berada di sisi wanita itu. Perkara yang sama aku lakukan. Menyalami tangan kusam itu dan tunduk mengucup sepintas lalu. Bibir itu bergerak-gerak bagaikan ingin mengungkapkan sesuatu.
“Mak, orang masuk bilik dulu.” Aku pandang mak sekejap sebelum mengayun langkah ke bilik tidur ku. Tidak lagi aku kalih ke belakang untuk melihat wajah-wajah itu. Doa ku semoga ini kali terakhir aku menatap wajah mereka. Wajah-wajah yang paling ku benci!
Pintu bilik sengaja ku hempas kuat. Bergegar dinding rumah kayu yang separuhnya sudah dimakan anai-anai. Biar mereka faham yang kehadiran mereka di sini langsung tidak diundang!
Aku hempas tubuh ku kasar di atas katil. Bibir ku ketap kuat. Cuba menahan bahang yang sedang bergelora hebat di dalam jiwa. Terasa ingin menjerit untuk ku suarakan segala ketidakpuasan yang terbuku di dasar hati.
Arghhh! Aku bangkit menuju ke rak ampaian. Sehelai tuala ku capai rakus. Mengenangkan ada tanggungjawab yang belum tertunai, langkah ku susun ke bilik air. Lagipun aku perlu tenangkan hati yang tengah panas ini.
 p/s Konflik dh mula. Hehehe..harap2 terhibur n do drop ur comments. Thank you...

30 comments:

  1. Uzair pandai je simpan rasa hati.Ain,jgn buat tetamu mcmtu

    ReplyDelete
  2. Whats wrong dgn tetamu tu Ridhya? Nape ain marah sgt sedangkan makcik mcm okay aja... Ni mmg betul2 surprise !!!! ( stail eric leong) he..he..

    ReplyDelete
  3. Siapakah pasangan tu? Cepat2 cik writer update n3...

    ReplyDelete
  4. sp pulak pasanga tu kan..ingt kan,org dtg nk minang Ain td..hehehe..tp kan,sis ni pndai je nk mdera jiwa n raga kita org kan..stop takat tu je..waaa..xsbr nk tgu next n3 ni..herm..
    Hrp2 uzair bmlm rumah Ain kan..agar meriah skt suasana yg dh suram td kan.. hihi,
    sis,nk REQUEST ni,(xsah klau xda prmtaAn ni) ahaha,nk minta,klau blh,smbg cpt2 ya sis,xmau lh nk tgu lama2 ni..merana jiwaa..kekekekeke
    #Schariedah Schalus

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat sikit kot. maklumlah weekdays..bizi kerja plak..

      Delete
  5. kenape ain jadi bergitu dengan orang tu... huhuhu.. suprise betoi ni.. tak sabar nak tunggu bab 14 ni..
    cepatlah ridya sambung...

    ReplyDelete
  6. tu mak n ayah kandung 'ain kan?

    -nor..

    ReplyDelete
  7. siapa pulak pasangan tu erk.. kak,next n3 please.. ;-)

    ReplyDelete
  8. mak ni nakal gak ek.. dok tersasul je.. kehkeh..

    konflik dh pun bermula..chaiyokk sis.. sambung2 :D :D (Y)

    ReplyDelete
  9. aduhai...bestlah cerpen nie sis...:)..nie buat sya tersenyum..

    ReplyDelete
  10. Alamak!!! adakah mereka ibu bapa kandung ain??? tak sabar nak tunggu sambungannya..

    ReplyDelete
  11. uzair simpan dlm diam eaa rasa hati pd ain... sy suka mak awak... wah wah... uzair... eerrmm siapakah tetamu yg ain marahkan sgt tu??

    ReplyDelete
  12. org tu org tua kandg ain ke

    ReplyDelete
  13. hmmm..mula ingat ada org nak meminang ain..tp bila ain mcm marah, sure org tu parents kandung ain kot..mak yg ada skarang ni mungkin mak yg menjaga ain je...

    ReplyDelete
  14. Dah jd novel ke?? Xsabar nak baca de whole story.. klakau ain n uzair yg sgt2 sarkastik... dr bab 1 till 3 mmg dah ulang berkali2... suweeeettttt...

    ReplyDelete
  15. msti mrka tu parents Ain.. aaa.. jgn Ikram tu abg Ain..

    ReplyDelete
  16. Suka sangat cerita ni. Please please ke versi cetak secepat mungkin.

    ReplyDelete
  17. Br pas marathon ni... mmg best cite ni... aduyai uzair... tapi rs cam ikram ni ada kena mengena ngan ain la... ntah2 ikram ni abg kndung ain

    ReplyDelete
  18. 1st time baca blog che writer..(gara2 iklan kat idea kreatif) bestnya citer ni..pasni harus jadi follower

    ReplyDelete
  19. salam kak..sye sronok dpt bce novel ni..tpi knape ye,slpas bab 13 je,sye trus tk dpt bukak bab yg seterusnyer?? stiap kali sye bukak bab2 yg lain slpas bab 13 mesti ade tulis "sorry,the page you are looking for in this blog does not exist"knape ye kak??hope dpt reply scepat mungkin. sbb sye tk sbar nk smbung bace ceriteni,seronok sgt..lgi2 dh nkmule konflink dlmbab ni,jadi sye rse curious nk tahuu ape akan trjadi seterusnyer.thankyou kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temu Duga Cinta dah keluar sebagai novel. Bab-bab seterusnya adik boleh dapatkan dalam novel TDC, terbitan Idea Kreatif Publisher. Terima kasih kerana follow karya akak :)

      Delete
  20. Slm..mcmna sy boleh dptkn novel ini

    ReplyDelete
  21. Best nye tapi kene beli novel lah ye untuk sambung😍

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..