Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Tuesday 2 April 2013

Titian Cinta 11 EV

Harris memimpin kejap tangan ‘Aisy seolah-olah tidak ingin melepaskannya. Langsung dia tidak mengendahkan rontaan ‘Aisy yang berusaha untuk meleraikan genggaman.
‘Aisy mengeluh. Jelas dia kurang selesa dengan kemesraan yang ditunjukkan Harris di tempat awam. Apatah lagi dia dapat merasakan ada beberapa pasang mata yang mencuri pandang ke arah mereka. Seolah-olah seperti dia sedang berdiri di sebelah artis popular. Hendak kata wajah Harris mirip seperti artis Malaysia pun tidak. Jauh sekali seperti pelakon Korea yang sering menjadi kegilaan remaja sekarang. Kalau sama pun mungkin dari segi ketinggian dan bentuk fizikal.
“Awak, kenapa saya rasa ramai orang pandang kita semacam? Muka saya comot ke?” ‘Aisy menyoal pelik. Bimbang juga jika ada sesuatu yang tidak kena dengan penampilan dirinya. Sudahlah tadi dia cuma bersiap ala kadar sahaja. Sangkanya Harris akan terus menghantarnya pulang ke rumah sewa. Namun, entah angin apa tiba-tiba Harris membelokkan keretanya ke pusat membeli belah The Mines.
“Hmm..let me see.” Langkah Harris terhenti. Seraut wajah bertudung di depannya ditenung lama. Jari-jemari Harris mula merayap di segenap wajah ‘Aisy.
“Comot sangat ke?”
Pertanyaan ‘Aisy membuahkan senyuman nakal di bibir Harris. Semakin galak tangannya mengelus pipi gebu milik ‘Aisy.
Nope, your face looks normal. Kulit sayang masih macam dahulu, lembut bagaikan sutera.” Bisik Harris sambil mengenyitkan matanya. Tangannya mendarat pula pada bibir merah ‘Aisy. Kehangatan saat bibir mereka bersentuhan semalam masih terasa.
“Ishh.. apa awak buat ni?”
‘Aisy menepis lembut tangan Harris apabila menyedari dirinya sedang dipermainkan. Wajahnya dimasamkan apabila Harris meledakkan tawa mengusik.
Perasaan geram membuatkan ‘Aisy menolak tubuh Harris dengan agak kuat sehingga dia berjaya melepaskan tangannya dari genggaman Harris. Dia mengorak langkah laju jauh meninggalkan Harris di belakang. Sebenarnya dia malu dengan perlakuan Harris tadi.
Mata ‘Aisy melilau ke arah deretan kedai. Namun sebaik melintasi kedai buku Popular, langkahnya terpaku. Pandangan matanya jatuh pada majalah Times yang sedang elok dipamerkan di atas rak majalah. Bukan kerana dia meminati majalah itu tetapi wajah yang menghiasi  kulit depan majalah itu yang menarik perhatiannya.
“Padanlah ramai orang asyik pandang-pandang tadi rupanya muka dia terpampang dekat sini.” Omel ‘Aisy pada dirinya sendiri.
Harris-The most eligible bachelor in town!” ‘Aisy mencebik tatkala membaca sebaris ayat yang terpapar di kulit majalah itu.
“Abang tak pernah mengaku pada press yang abang bujang. I never thought this will be the headline for my story.” Beritahu Harris apabila muncul di sebelah ‘Aisy.
Do I look like I care?” Balas ‘Aisy sambil melemparkan jelingan. Memang sepatutnya dia tidak perlu kisah tetapi kenapa hatinya saat itu terasa sakit dengan apa yang dibacanya.
“Mereka cuma interviews abang fasal business. I’m going to fix this, I promise.” Jelas Harris bersungguh-sungguh.
It’s okay. No big deal. Bagus juga kalau ramai tahu awak single, nanti lagi ramai awek cun yang line up untuk isi borang.”
‘Aisy gelak kecil dengan gurauannya walaupun dia sendiri tidak tahu di mana lucunya. Dia cuma tidak mahu Harris dapat membaca gelodak rasa yang sedang bermain di dalam hatinya.
I know you are hurting inside. Sayang jealous kan?” Tebakan Harris membuatkan tawa ‘Aisy terhenti.
Nonsense.” Nafi ‘Aisy seraya mengorak langkah meninggalkan Harris. Pantas Harris mengejar dan menyaingi langkahnya.
“Sayang cemburu kan? Abang tak kisah kalau itu yang sayang rasa. In fact, abang gembira sebab cemburu itu tandanya sayangkan? It means that you love me, right?” Telah Harris tidak berputus asa.
Pertanyaan Harris hanya dibiarkan sepi. Dia rimas dengan tebakan demi tebakan yang dilemparkan Harris.
I know you love me so much.” Sambung Harris yakin. Senyuman manis terukir di wajahnya. 
“Awak jangan nak perasan sangatlah, Harris.” Bentak ‘Aisy menidakkan telahan Harris. Atau sebenarnya dia cuba untuk menidakkan perasaannya sendiri yang semakin hari semakin goyah.
Don’t worry. I’ll make a call to the editor tomorrow and fix everything. Abang janji.” Ujar Harris serius dan bersungguh-sungguh.
Harris cukup pasti ‘Aisy masih mencintainya. Sinar yang terpancar dalam anak mata ‘Aisy jelas membuktikan cinta ‘Aisy masih miliknya. Memang mulut boleh menipu tetapi pandangan mata tidak sekali-kali dapat membohonginya.
Whatever, Harris.” Tukas ‘Aisy acuh tidak acuh. Berlagak tidak kisah sedangkan gelora di hatinya hanya Tuhan yang tahu.
“Kita nak buat apa sebenarnya kat sini? Kalau tak ada benda penting nak beli, saya nak balik.” Desak ‘Aisy mengalih topik. Dia sudah tidak betah apabila Harris mula dapat menebak perasaannya.
“Mestilah ada benda penting yang abang nak selesaikan. Jom, kita singgah kedai telefon bimbit sekejap.” Harris menggenggam jari-jemari ‘Aisy, mula mengatur langkah ke arah deretan kedai telekomunikasi.
“Nak buat apa?” Soal ‘Aisy polos. Namun kakinya dibiarkan melangkah menuruti Harris.
“Dah namanya pun kedai telefon, mestilah nak pergi beli telefon sayang ooi..” Balas Harris sambil memicit hidung ‘Aisy. Pantas ‘Aisy menepis. Semakin dibiarkan semakin tidak silu Harris menunjukkan kemesraannya di khalayak ramai.
“Beli telefon? Membazir betul awak ni. Handset awak kan baru lagi, dah nak tukar lain pula? Saya tahulah awak banyak duit. Kalau tak tahu nak belanjakan duit itu, lebih baik awak sedekahkan. Banyak misi-misi keamanan dan kebuluran yang awak boleh beri sumbangan. Boleh juga awak kumpul pahala percuma.” Leter ‘Aisy senafas. Dia cukup geram dengan perangai orang kaya seperti Harris yang sewenang-wenangnya berbelanja demi kepuasan nafsu.
“Sejak bila sayang dah pandai tazkirah abang berjela-jela ni?” Wajah ‘Aisy dikerling dengan senyuman meleret di bibir.
“Tapi, abang suka. Setiap kata yang keluar dari mulut comel sayang ni macam muzik je kat telinga abang ni.” ‘Aisy mendengus dengan usikan Harris.
“Awak kalau nak main-main macam ni lebih baik hantar saya balik. Saya tak ada masa nak layan rapikan awak ni.” Getus ‘Aisy sambil melemparkan jelingan tajam.
“Kenapa serius sangat ni? Abang cuma nak bergurau dengan isteri abang, takkan tak boleh?” Pertanyaan lembut Harris membuatkan ‘Aisy terdiam.
“Okay lah, abang sebenarnya bukan nak belikan telefon untuk diri sendiri. Tapi, abang nak belikan untuk isteri abang ni. Dapat pahala juga kan.” Terang Harris apabila ‘Aisy masih membatukan diri.
“Tak perlu susah-susah belikan saya telefon. Saya dah ada.” Tolak ‘Aisy.
“Mana boleh. Abang memang dah berniat nak belikan sayang telefon bimbit. Nanti sayang boleh pakai nombor yang didaftarkan bawah line abang. Mudah bila dah dalam satu bil. Sayang tak perlu risau fasal bil. Everything’s on me. Lagipun..” Harris menghentikan bicaranya seketika untuk melihat reaksi ‘Aisy.
“Mudah untuk awak trace every single calls or SMS yang saya buat atau terima kan?” Sampuk ‘Aisy menebak.
Exactly, itu salah satu sebabnya juga. Dan yang paling penting, lepas ini sayang tak ada alasan lagi nak mengelak daripada abang. Manalah tahu kot-kot lepas ni sayang berdalih tak ada kredit pula nak balas call abang atau mesej abang.” Sindir Harris.
‘Aisy mengetap bibir. Panas telinganya mendengar bicara Harris yang terang-terang memerlinya.
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi. Abang tak nak dengar apa-apa lagi alasan keluar dari mulut sayang. This is my final decision. T.I.T.I.K.” Potong Harris tegas sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir ‘Aisy.
Mendengar perkataan “T.I.T.I.K” yang dieja Harris, ‘Aisy tahu dia tidak mempunyai pilihan. Tidak guna dia berdegil kerana sudah pasti dia tidak akan menang. Akhirnya, dia hanya membiarkan Harris memilih dan membelikan sebuah iPhone kepadanya.
“Habis, handset saya yang ada tu nak buat apa? Takkan saya nak pakai dua nombor. Membazir betullah awak ni.” ‘Aisy menyuarakan ketidakpuasan hatinya sebaik Harris menyuakan telefon bimbit yang baru dibelinya.
“Sayang sedekahlah pada siapa-siapa pun. Sayang kan suka buat amal jariah ni.” Perli Harris memulangkan paku buah keras.
“Okay, kalau macam tu, saya sedekahkan iPhone ni jelah.” Ugut ‘Aisy geram. Sengaja ingin membalas kata-kata Harris.
“Jangan nak mengada-ngada. Kalau abang tahu sayang buat macam tu, siap. Bak sini abang nak tengok handset sayang tu. Nak tahu juga secanggih mana handset tu sampaikan iPhone yang abang beli ni sayang langsung tak pandang.” Pinta Harris sedikit bengang. Terkilan juga hatinya melihat ‘Aisy seolah-olah tidak menghargai langsung pemberiannya.
“Bukan fasal canggih ke tak canggih. Tapi ini semua membazir. Membazir kan amalan syaitan.” Balas ‘Aisy sambil tangannya ligat mencapai telefon bimbit yang diletakkan dalam tas tangannya. Sebaik telefon bimbitnya bertukar tangan, Harris tergelak kuat.
“Sayang..Sayang.. kalau setakat Nokia 1280 ni, tak membazir pun sayang.. Zaman sekarang ni maklumat semua di hujung jari. Zaman touch screen. Orang dah tak pakai handphone yang outdated macam ni.” Ejek Harris sambil tangannya membelek-belek telefon bimbit Nokia itu berulang kali.
Outdated pun tetap telefon juga kan. Asal boleh call dan hantar mesej cukuplah.” Tingkah ‘Aisy tidak berpuas hati. Geram apabila ditertawakan Harris.
“Harris, what are you doing here, darling?
Perbualan Harris dan ‘Aisy terhenti apabila disapa satu suara manja. Mata ‘Aisy jatuh pada jari-jemari runcing gadis cantik itu yang selamba merangkul lengan Harris. Mesra.
Shopping barang sikit.” Balas Harris berbasa-basi sambil melepaskan rangkulan gadis tinggi lampai itu. Cepat-cepat tangannya dilingkarkan di pinggang ‘Aisy.
Kali ini sengaja ‘Aisy tidak menghalang perbuatan suaminya. Malah tangannya turut jatuh di pinggang Harris.
“Kenapa tak ajak I temankan you shopping? You know I always available for you.” Rengek gadis itu lagi dengan lenggok yang cukup menggoda.
Oh really? I tak tahu pula you banyak masa untuk I. Next time maybe.” Ujar Harris sengaja bermesra. Sempat dia mengerling sekilas ke arah ‘Aisy untuk melihat reaksi isterinya. Masam! Memang sah cemburu.
 “I take it as a promise. By the way, who’s this girl?” Gadis itu bertanya. Sempat juga dihadiahkan satu jelingan tajam pada ‘Aisy.
“Ini insan yang paling istimewa dalam hidup I. My wife, Rahadatul ‘Aisy.” Harris memperkenalkan. Jelas terpancar sinar kebanggaan di matanya. Kali pertama dia mempunyai peluang untuk memperkenalkan isterinya kepada kenalannya. 
“Ohh..” Wajah gadis itu sedikit berubah. Ada riak kecewa di situ.
“Sayang, kenalkan. This is Nasha Ilyana Dato’ Johan, salah seorang client penting syarikat kita.” Harris memandang ‘Aisy di sebelahnya.
Nice meeting you, Nasha.”  
‘Aisy menghulurkan tangan. Senyuman manis diukirkan di bibir biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu bagaimana dia sedang berperang rasa dengan kehadiran Nasha yang cukup menggoda dan manja. Wajah bujur sirih Nasha dipandang. Dia seperti pernah melihat wajah itu sebelum ini. Oh, gadis inilah yang dilihatnya berkepit dengan Harris semasa di KLIA tempoh hari.
Nice meeting you too.” Lambat-lambat salam ‘Aisy disambut. Wajah ‘Aisy direnung lama. Entah apa yang istimewanya perempuan ini sehingga mampu menarik perhatian dan kasih sayang Harris. Kalau nak dibandingkan rupa dan harta, memang dia menang tanpa bertanding. Desis Nasha di dalam hati.
Sorry, I didn’t know this lady is your wife. I ingatkan you dah divorce.” Kata-kata Nasha yang tidak bertapis itu membuatkan wajah Harris sedikit berubah.
You know, banyak sangat rumors yang I dengar dari mulut orang. Lagipun, selama ini I perhati you selalu sorang diri je dekat mana-mana majlis.” Luah Nasha menyambung kata. Hatinya sedikit terkilan bila mengetahui lelaki pujaan di depannya masih mempunyai isteri.  
“Mengarutlah. Buat apa percaya cakap orang. You should’ve asked me instead. I love my wife very much. Selama ini, dia di London, sambung belajar.” Tutur Harris mengemaskan rangkulannya.
“Oh, that’s good. I can see that. Bertuah isteri you.” Nasha tersenyum kelat. Harris benar-benar memaksudkan kata-katanya. Layanan dan sinar mata Harris jelas membuktikan cinta lelaki itu. Dia cemburu.
“By the way, I’ve got to go. I kejar masa ni.” Cepat-cepat Nadia mempermisikan diri. Wajahnya dimaniskan untuk menyembunyikan rasa kecewa. Tidak sanggup berlama menyaksikan kemesraan Harris terhadap ‘Aisy. Pahit apabila terpaksa menerima hakikat yang dia kalah dengan wanita biasa seperti ‘Aisy.
“Cantik kan cik Nasha tu. Saya rasa awak dengan dia memang padan. Dia pun nampak berminat dengan awak.” Ujar ‘Aisy sejurus tubuh tinggi lampai Nasha hilang dari pandangan mereka. Hatinya sakit apabila melihat mata Harris leka memerhatikan kelibat Nasha. Orang cantik dan menawan pasti takkan jemu dipandang.
“Cantik, lawa tapi bukan taste abang.”
“Amboi, kalau bukan taste takkan tenung sampai nak tembus.” Sindir ‘Aisy.
“Lain macam je bunyi ni. Sayang cemburu ke?” Tebak Harris membuatkan wajah ‘Aisy berubah warna.
“Saya nak cemburu buat apa. Saya ni kalau dibandingkan dengan cik Nasha tu macam langit dengan bumi. Segala seginya saya kurang.” Tingkah ‘Aisy merendah diri. Sekurang-kurangnya dia ada sesuatu yang saya telah hilang. Sesuatu yang melengkapkan dirinya sebagai seorang wanita. Gumam ‘Aisy di dalam hati.
“Tapi, sayang ada apa yang Nasha tak ada. Sayang ada cinta dan rindu abang. Itulah magnet yang sentiasa menarik abang untuk melekat dengan sayang.” Bicara Harris berubah romantis.
‘Aisy memalingkan wajahnya ke arah lain. Menyembunyikan rasa bahagia dengan bicara yang diungkapkan Harris. Rasa yang tetap menjengah biarpun sekuat mana dia cuba menghalang. Sedar yang dia tidak boleh terus leka dibuai rasa indah itu. Dia perlu menghalang Harris daripada terus berharap. Tetapi, bagaimana? Dia tidak mampu membenci lelaki itu walaupun empat tahun dia cuba menanam dendam di hati. Sehari sahaja Harris sudah berjaya memadamkan api kemarahannya. Lelaki itu punya magis untuk melembutkan hatinya. Bukannya dia tidak cuba menjauhkan diri daripada Harris, tetapi dengan mudah lelaki itu berjaya menjejakinya.
Sebelum benteng hatinya semakin goyah, cuma tinggal satu jalan terakhir. Dia harus berterus terang dengan Harris. Mungkin dengan cara itu, Harris akan berhenti berharap. Berhenti mengejar dan menagih kasihnya. Namun, adakah dirinya mempunyai kekuatan untuk mencanangkan ketidaksempurnaan diri?
“Kenapa diam ni, sayang?” Tegur Harris apabila melihat ‘Aisy bungkam dalam kegelisahan.
“Err..tak ada apa-apa. Saya hendak balik. Tiba-tiba kepala saya rasa pening. Mungkin migrain.” Dalih ‘Aisy sambil tangannya memicit kepala.
“Selalu sangat sayang kena migrain ni. Kita pergi check up doktor lah.” Nada suara Harris bertukar bimbang.
“Tak apalah. Saya cuma nak balik, berehat dekat rumah. Lagipun ubat saya tertinggal di rumah. Lepas makan ubat, baiklah nanti. Awak tolong hantar saya balik.” ‘Aisy beralasan. Terbit rasa bersalah kerana terpaksa berbohong. Tetapi, dia juga tidak sanggup berterusan membiarkan Harris meluahkan kata-kata yang bisa menjentik rasa bahagia di ruang hatinya. 
“Baiklah. Kita balik.” Putus Harris termakan dengan dalih isterinya. Dia memaut bahu ‘Aisy kemas menuju ke ruang meletak kenderaan. Terpancar riak kerisauan di wajahnya. Hatinya tidak tenang untuk membiarkan ‘Aisy tinggal berasingan dengannya. Sekurang-kurangnya jika ‘Aisy sakit, dia ada untuk menjaga. Nampaknya dia harus melakukan sesuatu.

3 comments:

  1. eh diorg ni umur brapa yer..sy terlepas pandang ke..nk kena selak balik bab2 awal ni..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..