Ikram memandang ku dengan wajah yang serius.
Tajam anak matanya memanah diriku yang sedang tercegat di depannya. Kemudian
dia mengalihkan pandangan pada Uzair yang turut berdiri di sebelah aku. Sudahlah
tadi mamat ni main aci redah je masuk ke dalam bilik Ikram. Bukan ke kalau nak
jumpa bos kena buat temu janji dengan setiausaha Ikram terlebih dulu?
Yalah. Menurut Uzair, Ikram ni bos
besar di Jabatan Logistik. Sebab itulah dia bawa aku berjumpa terus dengan Ikram. Kononnya untuk mendapatkan budi bicara Ikram atas kegagalan aku untuk melaporkan diri mengikut masa yang ditetapkan bahagian
Sumber Manusia.
“Kenapa ni, Uzair?” Ikram menyoal dengan
dahi yang sedikit berkerut. Pen yang sedang dikepit dua jarinya diletakkan di
atas meja. Tubuhnya disandarkan ke belakang kerusi.
Uzair melabuhkan duduk. Selamba mak
inang sungguh lelaki ini duduk tanpa disuruh. Siap menyilang kaki lagi tu.
Berlagak macam bos besar. Bos besar pun tak berlagak macam dia ni. Tengok Ikram
tu, relaks dan tenang saja.
“Have
a seat.” Ikram menjemput ku duduk dengan sopan.
Aku mengangguk lalu menarik kerusi bersebelahan
Uzair sebelum berhati-hati melabuhkan punggung di situ. Bimbang juga kalau
tragedi jatuh tersungkur dalam bilik temu duga tempoh hari bakal berulang.
“You
ingat this girl?” Tanya Uzair. Gaya dia macam dah kenal
lama dengan Ikram.
“Mestilah I ingat. The one yang I interview tempoh hari kan?” Ikram
merenung wajah ku.
“Hmmm..dialah..” Uzair mengangguk mengiakan
pertanyaan Ikram.
“How
could I forget Cik Qurratul ‘Ain. The
one yang ada mak bekerja sebagai…ermmm..nurse
village, right?” Giat Ikram menyembunyikan senyum.
Wajah ku membahang bila mengingatkan susunan
ayat-ayat Inggeris yang aku main belasah semasa temu duga beberapa hari yang
lepas. Muka ni macam kena rendam dalam sebesen cili boh. Pijar dan panas! Terasa peluh
mula merenek di dahi. Bilik yang dingin membeku itu ternyata tidak mampu
menyejukkan rasa malu yang sedang bertapak di taman hati.
“Err…saya nak buat sikit
pembetulan fasal temu duga tempoh hari.” Ujar ku menelan liur pahit. Aku cuba
menarik bibir untuk mengukirkan senyum biarpun aku rasa senyuman aku kala itu
plastik habis. Urat-urat di pipi habis menegang. Macam selepas kena suntik
Collagen.
“My
mother job is traditional midwife..not nurse village.” Aku menyambung
bicara untuk membetulkan kesilapan. Pulang saja ke rumah dari temu duga tempoh
hari, aku terus menerkam kamus dwibahasa untuk mencari terjemahan bidan kampung
dalam bahasa Inggeris.
Uzair tergelak kuat. Bila menyedari
aku menjelingnya tajam, tawanya mengendur diganti senyuman sinis. Memerli aku
lah tu. Seronok sungguh dia ketawakan aku. Tak apa. Naik lori, naik bas. Lain
hari, aku balas. Huh!
“Oh..Macam mana you tahu yang you tersilap?”
Ikram menyoal ku lembut. Sejuk sikit hati aku yang tengah panas membara dengan sikap Uzair. Beria-ia gelakkan aku sedangkan Ikram sendiri relaks saja.
“Saya belek kamus Dwibahasa Oxford
Fajar.” Jawab ku penuh.
“Really?
That’s good. At least you did learn something. Semangat macam inilah yang
bagus. Sentiasa belajar untuk memperbaiki kesilapan. I like it!” Puji Ikram bersungguh-sungguh.
Aku senyum nipis. Sedikit sebanyak
terasa juga kembang kempis lubang hidung ku ini bila dihargai begitu. Mahunya
tak bangga bila yang memuji itu bakal bos aku. Bakal boslah sebab aku masih tak
tahu status kerja sebagai penyimpan stor yang ditawarkan pada aku. Takut juga
kalau dah dibatalkan secara automatik sebab kelewatan aku hampir tiga jam untuk
melaporkan diri.
“Err..encik Ikram..” Aku berdeham beberapa
kali cuba menyusun kata. Sebenarnya aku ingin bertanya pada Ikram berkenaan
tawaran kerja itu.
“Err..err…” Suara ku bagaikan
tersekat. Berat pula mulut aku ini.
Aku menjeling Uzair untuk mendapatkan
sokongan lelaki itu. Tadi dia juga yang beria tawarkan diri kononnya nak
membela aku di depan Ikram. Sekarang boleh pula dia senyap sambil buat muka
tidak berperasaan tu.
“’Ain nak cakap sesuatu ke dengan I?”
Suara Ikram prihatin. Hampir tersedak aku bila Ikram mula memanggil nama
panggilan ku. Macam dah kenal lama pula.
“Boleh kan I panggil you ‘Ain?
Terasa dekat je kalau panggil macam tu.” Soal Ikram bagaikan dapat membaca kata
hatiku. Lenggok suara dia manja semacam je. Ke aku yang terlebih perasan?
“Boleh..boleh..” Aku mengangguk laju.
Takkan nak jawab tak boleh pula. Permintaan bakal bos mana boleh ingkar.
“So,
‘Ain nak cakap fasal apa?”
“Errr…” Aku menggaru kepala. Sekali
lagi aku menjeling Uzair yang senyap membisu di tempat duduknya. Manalah tahu
kalau dia nak memulakan cerita. Tapi menunggu Uzair membuka mulut ibarat
seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
“Err..pasal tawaran kerja untuk saya
tu..” Akhirnya aku terpaksa bersuara sendiri.
“Kenapa?”
“Err…saya minta maaf sebab lambat lapor
diri, Encik Ikram. Sebenarnya saya bukan sengaja lambat. Tadi saya kemalangan
masa dalam perjalanan nak ke sini.” Beritahu ku sedikit teragak-agak.
“Kemalangan?” Soal Ikram terperanjat.
Dia bingkas bangun dan menerpa ke arah aku.
“’Ain tak apa-apa?” Nada suara Ikram berbaur risau. Dia duduk bertinggung
di depan ku membuatkan aku menggerakkan sedikit kerusi ke belakang. Meremang bulu roma aku. Buang tabiat ke apa Ikram ni.
“Err..kemalangan kecil je tadi. Saya
tak apa-apa.” Balas ku serba salah. Pelik aku dengan Ikram yang tiba-tiba
prihatin semacam pada aku. Tak ke dia ni macam terlalu berlebih-lebihan
menunjukkan ekspresi? Kalau orang putih cakap over-reacting.
“Ada luka tak kat mana-mana? Mari
sini I tengok.” Matanya tunak
mengimbas tubuh ku atas bawah. Canggung aku bila ditenung begitu oleh seorang lelaki
ajnabi. Serba tak kena aku rasa.
“Tak apa, Encik Ikram. Saya okay.
Saya tak ada apa-apa..” Elak ku dengan berhemah bila Ikram ingin memegang
tangan ku. Dia ni mengambil berat ke mengambil kesempatan? Nak berkeras kan bos
besar. Nanti terus aku tak dapat kerja langsung.
“Nak abang bawa ke hospital ke?”
Erk! Aku tersentak bila Ikram mula
membahasakan diri dia abang. Lain macam sungguh lelaki ini. Seram sejuk
pula aku berada dalam bilik ni.
‘Ehem…” Uzair berdeham kuat tiba-tiba.
Mungkin dia nak beritahu Ikram yang dia masih wujud dalam bilik itu. Agaknya
telinga dia pun berbulu mendengar ayat-ayat romeo si Ikram ni.
“She’s
okay, Encik Ikram. Tak ada calar sikit pun kat tubuh Cik ‘Ain ni.” Uzair bersuara
senada.
“Are
you sure, ‘Ain?” Ikram memandang ku inginkan kepastian.
“Betul tu. Saya okay.” Aku mengangguk
mengiakan kata-kata Uzair.
“Syukurlah..” Ikram mengeluh lega. Dia
berdiri dan kembali mengambil tempatnya semula.
“Cuma…saya nak minta maaf sebab
kemalangan itu saya terlewat sampai. Saya harap Encik Ikram boleh berikan saya
peluang kedua.” Tutur ku.
Jauh di dasar hati aku mengharapkan jawatan penyimpan
stor itu masih menjadi milik aku. Sungguh aku sangat memerlukan kerja ini untuk
membayar segala hutang piutang aku yang dah keliling pinggang ni.
“Terlewat? Siapa yang lewat?” Ikram
menyoal ku dengan dahi yang berkerut.
“Errr..bukan ke saya sepatutnya lapor
diri pukul lapan pagi tadi di bahagian Sumber Manusia?” Soalan dijawab dengan
soalan.
“Lapan pagi? Betul ke ‘Ain kena lapor
diri pukul lapan pagi? Siapalah yang ada kat pejabat seawal tu. ‘Ain tahu tak waktu
kerja di Gemilang Holdings ni bermula jam sembilan pagi.”
Rahang ku jatuh mendengar penjelasan
Ikram. Sempat aku mengerling sekilas ke arah Uzair yang sedang berpeluk tubuh.
Muka dia langsung tak tersimpan riak bersalah.
“Tapi Uzair yang..”
“Agaknya Cik ‘Ain ni salah dengar
kot. Mesti Cik ‘Ain ni excited sangat
sampai tak sabar nak mulakan kerja.” Cepat Uzair mencantas ayat ku. Dia
pamerkan riak wajah bangga. Bangga dapat kenakan aku. Aku pasti telinga aku ini
tak salah dengar kata-kata Uzair tempoh hari. Aku menahan rasa geram yang
membuak-buak dalam hati aku ni.
Apalah dosa aku pada lelaki bernama
Uzair ni. Dia tak tahu pagi tadi kalut aku bersiap macam lipas kudung gara-gara
terbabas tidur sebab jam loceng aku kehabisan bateri. Tak sempat tekak ini nak
bersarapan hatta menelan seteguk air kosong sekalipun sebab bimbang terlewat
sampai sebelum pukul lapan pagi.
“Emmm..kalau ikut jadual I ni, our appointment should be on 11 am, right after ‘Ain lapor diri di bahagian HR. So, ‘Ain dah ke HR belum?” Pertanyaan Ikram hanya mampu ku balas
dengan gelengan. Dalam hati ini menahan rasa geram yang meluap-luap pada Uzair.
“Kalau macam tu I bawak ‘Ain ke HR dulu.” Sambung Ikram.
“Err..tak apa Encik Ikram. Saya boleh
pergi sendiri.” Aku menolak. Takkan bos besar nak mengiring aku semata-mata
untuk melaporkan diri.
“It’s
okay. Kebetulan I pun tengah free sekarang ni.” Ikram mendesak.
Tiba-tiba perbualan kami diganggu
dengan deringan interkom. Ikram menekan butang.
“Yes
Suraya dear...” Sahut Ikram mesra.
“Encik Ikram, maaf mengganggu. Dato’
Rashid nak jumpa Encik Ikram di biliknya sekarang.” Suara Suraya, setiausaha
Ikram jelas kedengaran di hujung talian.
“Kenapa?”
“Dato’ nak bincang fasal tender Alpha
Beta.”
“Bukan ke sepatutnya tender tu
diuruskan Encik..err..never mind. Okay,
I’ll be there in a minute. You dapatkan file
berkaitan projek Alpha Beta tu. Thanks.”
Balas Ikram memberi arahan sebelum memutuskan talian interkom.
“Uzair, you tolong bawak ‘Ain ke bahagian HR dan tolong ‘Ain selesaikan
urusan dia apa yang patut.” Suruh Ikram. Dia berpusing ke belakang untuk
mencapai beberapa dokumen yang tersusun.
Uzair hanya diam tidak membalas.
Mengangguk tidak mengiakan pun tidak. Wajah itu kelat semacam. Macam tak reda
je dengan suruhan Ikram.
“Sorry,
‘Ain. I ada urgent meeting pula.”
Ikram berpaling padaku sebelum dia bingkas berdiri. Aku dan Uzair turut
bangkit.
“Tak apa, Encik Ikram.” Senyuman ku
ukirkan.
“Anyway, selamat
datang ke Syarikat Gemilang Holdings. I’m
sure you’ll enjoy working here.” Ikram mengangkat tangan menghulurkan salam.
Aku serba salah nak menyambut huluran
tangan Ikram. Dia ni tak tahu ke yang bersalaman dengan perempuan bukan muhrim
hukumnya haram.
“Ehem…” Sekali lagi Uzair berdeham.
Kali ini dengan nada yang lebih kuat.
“Opps..sorry. Errr.. hope we’ll have a better chance to know each other after
this.” Sempat Ikram mengenyitkan matanya pada ku. Tangannya dijatuhkan.
“Jadi saya betul-betul diterima
bekerja kat sini ke, Encik Ikram?” Soal ku inginkan kepastian.
“Yes.
Uzair akan bawa ‘Ain ke bahagian HR untuk report
duty. Then, you’ll be officially Gemilang Holding staff.”
“Alhamdulillah. Terima kasih banyak,
Encik Ikram.” Ucap ku teruja. Senyuman di bibir ku mekar.
“Sama-sama kasih.” Balas Ikram. Dia mengiringi langkah aku dan Uzair sehingga ke
muka pintu. Baik sungguh layanan bos aku ini.
“By the
way..cantik baju ‘Ain. One of my
favorite color. Dan makin manis bila ‘Ain yang memakainya.” Tegur Ikram bermulut
manis sambil mengukirkan senyuman manis. Kesimpulannya semua yang manis-manis
sajalah tentang lelaki ini.
“Ohh…errr..terima kasih.” Balas ku malu-malu
seraya melangkah keluar dari bilik Ikram. Mahunya tak malu bila kali pertama dipuji
begitu. Biarpun dia hanya sekadar puji baju yang ku pakai. Kalau dia puji aku
yang cantik, harus tiga hari tiga malam aku tidur dalam senyuman.
Ikram membalas senyum ku sebelum
menggamit Suraya masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sempat aku berbalas senyum
dengan Suraya bila kami berselisih bahu.
Di luar pintu bilik Ikram, aku menilik
baju kurung yang tersarung di tubuh ku. Baju kurung yang terpaksa aku beli
setelah didesak dan dipaksa Uzair. Sudahnya terpaksa aku berhutang dengan Uzair
beberapa belas ringgit untuk menampung harga baju kurung RM 99.00 ini. Timbus
hutang lama, hutang baru muncul pula. Itu pun sebab aku tak tahan dengan
desakan Uzair yang berkali-kali merungut fasal kot mahal dia yang berada di
pinggang aku. Ditambah pula dengan pandangan kakak jurujual yang tengok aku
semacam saja tadi. Salah aku juga pergi ringan mulut buat tawar menawar dalam
butik eksklusif. Harus tak pernah dibuat orang.
“Sudahlah tenung baju baru awak tu.
Ingat sikit awak berhutang dengan saya sebelas ringgit lima puluh sen.” Suara
sinis Uzair memangkas lamunan pendek aku.
Aku mengetap bibir. Ada perhitungan
yang masih belum aku selesaikan dengan lelaki sarkastik ini.
“Kenapa awak tipu saya?” Aku menyoal
geram.
“Bila saya tipu awak?” Uzair menyoal
ku balik.
“Yang awak suruh saya datang lapor
diri pukul lapan pagi tu padahal pejabat pukul sembilan pagi baru buka. Awak memang
sengaja nak saya tercongok macam orang bodoh depan bangunan ni kan?” Tuduh ku
dalam nafas yang turun naik.
“Ooo..biasalah. Junior kenalah datang awal jumpa senior dulu. Sesi suai kenal.” Balas Uzair selamba.
Amboi! Sesuka hati saja dia ni cipta
undang-undang sendiri. Kan aku dah cakap. Aku tak silap dengar. Memang dia ni
sengaja salah bagi waktu kepada aku.
“Awak ingat ini sekolah ke? Perlu minggu
suai kenal bagai.” Aku mencebikkan bibir.
“Perlulah. Ini prosedur biasa untuk
pekerja baru di Gemilang Holding. Tugas saya sebagai pegawai khas adalah untuk
mengenali awak atas kapasiti pekerja baru, untuk menilai sejauh mana kesetiaan
dan integriti awak pada syarikat.” Beritahu Uzair membuatkan aku terkedu. Dia
tampak yakin dalam penerangannya tetapi entah kenapa hati ini rasa cukup ragu. Sungguh
ada ke prosedur begitu di sesebuah syarikat? Lelaki ini boleh percaya ke?
“Awak jangan ingat saya buat semua
ini sebab nak mengurat awak pula. Saya profesional dengan kerja saya.” Bidas
Uzair menambah.
“Kalau ada prosedur begitu, kenapa
Encik Ikram tak tahu?” Pertanyaan ku membuatkan wajah Uzair sedikit berubah.
Namun tak lama bila dia kembali bersuara dengan yakin.
“Cik ‘Ain, bidang kerja pegawai khas tidak
ada kaitan dengan pengurus besar macam Encik Ikram. Saya menerima arahan terus
daripada Dato’ Rashid, CEO Gemilang Holdings. Sebab itulah kadang-kadang ada perkara
yang berlaku dalam syarikat ini di luar pengetahuan pekerja lain.” Terang
Uzair. Aku mengangguk kecil. Masuk akal juga dengan kata-kata lelaki ini.
“Maksud awak Dato’ Rashid yang
arahkan awak untuk menyiasat saya?” Aku
telan liur. Terdetik rasa gerun di dalam hati. Terasa macam bertugas di PULAPOL
pula. Padahal jawatan aku cuma penyimpan stor saja.
“Bukan menyiasat tapi melakukan
penilaian awal. Jangan salah faham tu.” Uzair membetulkan kata-kata ku.
“Pendekatan Dato’ dalam mentadbir
syarikat adalah berkonsepkan mesra kakitangan. So, Dato’ nak kenal setiap pekerjanya luar dan dalam melalui saya
sebagai pegawai khasnya.” Sambung Uzair.
“Kenapa Dato’ tak buat sendiri?
Yalah, awak ni boleh dipercayai ke? Maksud saya, manalah tahu kalau-kalau awak
sampaikan maklumat salah pada Dato’, kesianlah kakitangan tu.”
Aku mengetap bibir. Pertanyaan aku
yang tidak berlapik mengundang jelingan tajam Uzair. Kenapalah mulut ini tak
pandai nak tapis ayat dulu sebelum bercakap.
“Untuk pengetahuan Cik ‘Ain, Dato’
Rashid is the busiest person in
Gemilang Holdings. Dan untuk mentadbir sebuah syarikat yang besar dengan
beribu-ribu kakitangan bukan kerja yang mudah. Jadi tugas saya adalah untuk
membantu Dato’ dalam urusan ini. Jangan bimbang, saya profesional dengan kerja
saya.” Balas Uzair serius. Dia menundukkan sedikit wajahnya dan mendekatkan
mulutnya ke telinga ku sebelum menyambung kata.
“Boleh dikatakan saya adalah
mata-mata Dato’ di Gemilang Holdings. So,
be nice to me and I’ll be nice to you.” Bisik Uzair dengan senyuman sinis.
Bulat mata ku memandangnya. Adakah
dia sedang memberikan amaran pada ku secara halus? Chit! Profesional tahi
kucing kalau macam tu!
“One
more thing..bahagian HR di tingkat lima. Arahan Encik Ikram di luar skop kerja
saya. So, sila cari sendiri tempat tu
ya. Bye!”
Uzair mengangkat tangan tanda
pamitan. Dia berjalan meninggalkan ku dengan mulut yang sedikit terlopong.
P/S: Saya perlukan positif kritik.. Kalau sudi tinggalkan komen ya. Thanks.
P/S: Saya perlukan positif kritik.. Kalau sudi tinggalkan komen ya. Thanks.
Eee.. Gatal sungguh si ikram tu.. Cam jeles je si uzair tu pd ikram..
ReplyDeleteSelamat lapor diri ain!
Mesti byk adegan lucu lps ni.. Nak part 10..
Overall best!!
Mmg gatai...cer garu dgn garfu sikit si ikram tu. uzair pun sama jugak! I smelll something fishy here... Uzair...
ReplyDeleteSuka...smbg pnjg skit nati...
ReplyDeleteAmboiiii ikram mulut manis tak bertapis....siap bahasakan diri abg tu..terkejut si ain tau..jgn wat ain terperasan lebih2 udahla...hehehe...
ReplyDeleteAin ni ank dato" ke?
ReplyDeleteMana lah tahu...uzair tu tgglkn mesyuarat smata2 nk usha ain
Uzair tu adik Ikram ke? rasanya Uzair tak mahu ke HR takut orang kenal tak? Si Ikram kena uruskan tender Uzair yg sepatutnya buat...hehehe
ReplyDeleteHahahaha..tungguuu...jawapannya akan ditemui dlm next2 chapter..hehehehe
ReplyDeletehmmmmm makin best criter nie..
ReplyDeleteUzair jelous dgn ikram ke sebab "mesra" dgn ain
Ain nie kelakarlahhhh hehehhe
cepat222 sambung... jod job :)
best nak lg.......
ReplyDeletebest citer nie..kelakar la... keep it up writer!
ReplyDeletesangat suka cerita ni...cepat2 sambung dan bg diorg lagi hot...sweet plak kan
ReplyDeleteikram gatai.. tetiba bahasa diri tuu abg kat ain... uzair mcm jeles.. apakah... hehehe.. jahat uzair ni buli ain... eee
ReplyDeletebest!! something wrong with uzair....hehe
ReplyDeleteei...rs nk buat guali je uzair ni
ReplyDeletebaru bace smp bab ni..rase cite ni cm ada byk misteri..x sabo nk tau
ReplyDeleteNak lagi! Best..
ReplyDeleteHazalina burahan
ikram mcm nak menggatal je...uzair ni sapa sebenarnya? aduhhh...tak sabar nak tau..
ReplyDeleteBest je jln cerita dia
ReplyDeleteYg bukan muhrim tu salah , sptutnya bukan mahram... muhrim maksud org yg sdg mlakukan ihram haji @ umrah
ReplyDelete