Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Tuesday 2 April 2013

Titian Cinta 13 EV

Genggaman tangan Harris masih kejap melingkar di celah jari-jemari runcing ‘Aisy. Setiap inci wajah pucat yang sedang nyenyak terlena itu diperhatikan dengan penuh kasih. Rambut ikal isterinya diusap perlahan. Mengharapkan sentuhan itu dapat mengalirkan semangat sebagai kekuatan untuk menyembuhkan ‘Aisy. Rasa bersalah semakin menghimpit perasaan Harris tatkala melihatkan derita yang sarat ditanggung oleh sekujur tubuh lesu itu.
“Maafkan abang, sayang. Terlalu banyak dosa abang pada sayang...” Rintih Harris sambil mengucup lembut belakang tangan ‘Aisy. Setitik air mata lelakinya gugur. Tidak tergambar kekesalan yang bermukim di hati. Kenapa tubuh yang tidak berdosa ini yang terpaksa menanggung segala kesakitan kesilapannya? Dia yang sepatutnya dihukum, bukan ‘Aisy. Masih terngiang-ngiang di telinganya perkhabaran yang dibawa oleh Doktor Asyraff pagi tadi.
Adhesions. From pelvic ultrasound we’ve found your wife is suffering from pelvic adhesions.” Jelas Doktor Asyraff.
“Adhesions?” Harris mengerutkan wajah. Dia kurang arif dengan istilah perubatan yang digunakan Doktor Asyraff.
Yes, adhesions is an abnormal connection between two surfaces in the body. Kebiasaannya, ia merujuk kepada jalur tisu seperti parut yang berkumpul dan melekat pada organ dalaman.” Terang Doktor Asyraff satu persatu. Dia memandang wajah Harris sekilas untuk memastikan lelaki itu jelas dengan penerangannya.
“Ia berkemungkinan besar terjadi kesan daripada pembedahan yang pernah dijalani Puan ‘Aisy empat tahun yang lalu. Menurut rekod perubatan ini, isteri encik pernah melalui beberapa siri pembedahan yang melibatkan pelvic and ovary removal surgeries.” Sambung Doktor Asyraff dengan tenang sambil meneliti rekod perubatan ‘Aisy.
“Pembedahan?” Harris terpempan. Penerangan itu benar-benar menyentap tangkai hatinya. 
“Ya, isteri encik mengalami keretakan tulang pelvis dan pendarahan dalaman yang sangat serius akibat kemalangan itu. Ini menyebabkan ovari sebelah kirinya rosak dan terpaksa dibuang. Encik maklumkan dengan perkara ini?” Soal Doktor Asyraff sambil memandang tepat ke wajah Harris yang sedang kebingungan. Timbul tanda tanya di benaknya. Masakan Harris tidak tahu perkara segenting ini yang telah menimpa isterinya.
Harris hanya bungkam, tidak mengiakan atau menidakkan pertanyaan Doktor Asyraff. Dia masih terpinga-pinga untuk mencerna perkhabaran itu.
“Encik Harris, are you okay?” Doktor Asyraff bertanya lagi setelah melihat Harris tidak memberikan tindak balas terhadap persoalannya.
“Ya..ya..” Harris menganggukkan kepalanya lemah. Keresahan jelas terpancar di wajahnya. 
“Jadi, kesan sampingan daripada beberapa pembedahan itu telah membentuk parut tisu yang semakin membesar pada dinding abdomen dan menyebabkan saluran tiub fallopian tersumbat. We called it hidrosalpinx” Doktor Asyraff meneruskan penerangannya.
“My wife.. Is she going to be okay, doctor?” Ada getar dalam nada suara Harris.
“Encik Harris jangan bimbang. She needs to undergo a minor operation. Then she will be okay, insya-Allah.” Tutur Doktor Asyraff.
Harris mengeluh berat. Tidak menyangka sebegini hebat penderitaan yang terpaksa ditanggung ‘Aisy. Kepedihan bukan hanya kerana kehilangan cahaya mata yang dikandungi, malah terpaksa pula mengharungi hidup tanpa kesempurnaan diri sebagai seorang wanita.
Apa yang lebih dikesalkan dia tega membiarkan ‘Aisy menelan setiap kesakitan itu seorang diri. Semuanya angkara cemburu dan salah sangka yang membuatkan dirinya terus kejam menghukum tanpa sempat ‘Aisy membela diri. Malah, dia langsung tidak mengendahkan keadaan ‘Aisy. Tidak pernah sekalipun dia berada di sisi ‘Aisy untuk memberikan sokongan di waktu isterinya itu sedang hebat bertarung nyawa.
“Encik Harris, do you hear me?” Doktor Asyraff memerhatikan Harris yang sedang termenung keresahan.
“Err.. what should I do, doctor?” Mendengarkan soalan yang terpacul dari mulut Harris membuatkan Doktor Asyraff tersenyum nipis. Memang sah lelaki di depannya itu tidak menumpukan perhatian terhadap percakapannya sebentar tadi. Dia faham Harris risaukan keselamatan isterinya.
“Encik Harris janganlah terlalu bimbang. Insya-Allah, setiap penyakit pasti ada rawatan. Lagipun, keadaan yang dihadapi oleh Puan ‘Aisy tidak membahayakan nyawa, cuma jika keadaan berlarutan ia boleh menyebabkan kesakitan yang kronik pada bahagian abdomen dan pelvis.” Lembut tutur kata Doktor Asyraff cuba menenteramkan Harris.
“Apa rawatan terbaik untuk menyembuhkan isteri saya, doktor?” Jelas terbias riak kebimbangan yang tidak terbendung di raut wajah Harris. Seandainya dia diberi pilihan dia sanggup menjadi galang gantinya. Memikul beban penderitaan yang sedang sarat ditanggung ‘Aisy.
“Rawatan terbaik setakat ini adalah melalui pembedahan laparoscopic untuk memotong abnormal connection yang terbentuk. Cuma…” Bicara Doktor Asyraff terhenti seketika. Dia menghela nafasnya panjang.
“Cuma apa, doktor?” Harris memandang wajah Doktor Asyraff dengan tidak sabar. Hatinya tidak senang. Dia dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena.
“Keadaan ini mungkin menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil. Ini adalah salah satu risiko yang perlu kita sedar dan untuk sebarang kemungkinan encik perlu sentiasa bersedia dan terus memberikan sokongan kepadanya. Berkemungkinan besar keadaan ini akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada emosi Puan ‘Aisy.” Beritahu Doktor Asyraff. Etika profesionalisme sebagai seorang pengamal perubatan diaplikasikan dengan sebaik mungkin terutama apabila menuntutnya untuk berhadapan dengan keluarga pesakit.
“Tapi sekarang, kita ada teknologi rawatan dengan menggunakan kaedah IUI dan IVF. Rawatan ini boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan zuriat.” Tambah Doktor Asyraff.
Penerangan Doktor Asyraff selanjutnya sudah tidak mampu menerobos minda Harris. Perkhabaran yang diterima benar-benar membuatnya terhenyak. Jiwanya sarat dengan rasa bersalah. Ya ALLAH! Berat benar dugaan yang Engkau berikan kepada isteri ku. Rintih Harris di dalam hati. Matanya digenangi mutiara jernih.
“Awak…” Suara lemah ‘Aisy mencantas lamunan Harris. Dia memanggungkan kepala. Setitis air mata yang gugur membasahi pipinya dikesat perlahan.
“Sayang abang dah bangun?” Harris memaniskan wajahnya dengan senyuman. Dia cuba menyembunyikan kesedihan nya di hadapan ‘Aisy.
“Kenapa awak menangis ni? Saya belum mati lagi.” Tutur ‘Aisy perlahan apabila menyedari mata Harris memerah. Lelaki itu mengeluh perlahan, tidak gemar mendengar perkataan ‘mati’ yang kerap kali meniti di bibir mungil isterinya.
“Shhh.. jangan cakap macam tu, sayang. Sayang tak boleh tinggalkan abang. Sayang nyawa abang.” Pujuk Harris dengan sabar. Tangan sejuk milik ‘Aisy dibawa ke bibirnya dan dikucup lama.
Redup pandangan mata ‘Aisy memerhatikan setiap perbuatan Harris. Terusik hatinya dengan kesayuan yang terpancar di wajah Harris. Ingin sekali disentuh dan dipujuk wajah itu namun dia tidak berdaya. Dia tidak berdaya untuk menunjukkan cinta dan kasihnya yang semakin mekar kerana dia sudah tiada apa-apa untuk disandarkan pada Harris.
“Saya dekat hospital ke?” Soal ‘Aisy sebaik menyedari kelainan suasana bilik yang didiaminya. Tidak berminat untuk membalas luahan Harris.
“Ya, sayang. Sayang pengsan semalam. Hafeeza yang jumpa dan bawa sayang ke sini.” Harris menjelaskan sambil menganggukkan kepalanya. Wajah pucat ‘Aisy direnung dengan penuh kasih.
Ingatan ‘Aisy kembali pada kenangan semalam. Masih terasa hentakan kuat pada tubuhnya saat dia terjatuh dari tangga. Akibatnya dia terpaksa menahan rasa sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian perut dan tulang pinggulnya. Celah pahanya terasa basah dan melekit dengan darah yang mengalir tidak henti-henti. Keadaan itu menyebabkan tubuhnya lemah dan akhirnya dia separuh tidak sedarkan diri.
“Kenapa dengan saya, Harris? Macam mana saya boleh bleeding?” Soal ‘Aisy ingin tahu.
Masakan kerana terjatuh tangga boleh menyebabkannya mengalami pendarahan. Apakah kesakitan yang datang mengujinya berkait dengan perkara yang disembunyikan kemas selama ini? Perkara yang pasti membuatkan hatinya sakit setiap kali diingatkan. Dan kerana perkara itulah dia nekad untuk pergi dari hidup Harris. Jika benar telahannya, pasti saat ini Harris sudah mengetahui segalanya.
“Doktor cakap ada jalur tisu yang tak normal melekat kat bahagian abdomen sayang. Jadi, sayang kena jalani laparoscopic surgery. But don’t worry. Nothing serious and everything will be okay.” Beritahu Harris cuba melemparkan senyuman. Berat hatinya ingin mengkhabarkan semuanya. Sekurang-kurangnya bukan sekarang terutama dalam keadaan fizikal dan emosi ‘Aisy yang masih tidak stabil.
‘Aisy merenung Harris lama. Hatinya dapat membaca riak serba salah yang terpeta di wajah itu.
“Awak dah tahu semuanya kan? Beritahu saya, Harris. There is something wrong with me, right?” Tebak ‘Aisy. Matanya mula digenangi air mata.
“Sayang, jangan fikir yang bukan-bukan. Doktor cakap you have to undergo a minor surgery and that’s it. Everything will be okay..
‘Aisy mengetap bibir. Harris tidak bijak menipunya.
Tell me, Harris. Just tell me the truth! Don’t hide it from me!” Nada suara ‘Aisy ditinggikan walaupun ternyata kedengaran lemah. Dengan sehabis kudrat dia cuba bangkit dari perbaringannya.
“Sayang, kenapa bergerak ni? Tubuh sayang lemah lagi ni.” Tegah Harris sambil tangannya pantas membantu isterinya bangun. Disandarkan tubuh isterinya di birai katil.
“Saya tak boleh mengandung lagi kan?” ‘Aisy menyoal sayu. Gugur air matanya satu persatu membasahi pipi pucatnya. Saat itu dia tidak mampu lagi menyembunyikan rasa pilu yang mencucuk-cucuk pintu hatinya.
“Sayang, jangan macam ni. Itu semua tak penting. Yang penting kesihatan sayang.” Pujuk Harris tidak terus menjawab pertanyaan ‘Aisy. Tubuh ‘Aisy didakap erat. Hatinya sebak melihat ‘Aisy yang sedang teresak-esak menahan tangis.
Benarlah Harris sudah mengetahui kekurangannya. Kekurangan yang membuatkan dia hilang keyakinan diri untuk terus menjadi srikandi dalam hidup Harris. Betapa kerdil dirasakan dirinya kini di hadapan Harris.
“Saya tak boleh mengandung lagi.” Kata-kata itu meniti lagi di bibir ‘Aisy seolah-olah dibisikkan pada diri sendiri. Di bahu Harris, dia menghamburkan segala kepedihannya.
Kemungkinan risiko yang sudah dimaklumkan kepadanya sewaktu dia mendapat rawatan ketika berada di London lagi. Hari ini kemungkinan itu sudah menjadi kenyataan. Kenyataan yang membuatkan hati dan perasaannya remuk redam.
“Sayang, ia masih boleh dirawat. Kita buat pembedahan laparoscopic, ya.” Lembut suara Harris sambil mengusap-usap belakang tubuh ‘Aisy. Air mata lelakinya turut gugur melihat kesengsaraan ‘Aisy.
It won’t help much, Harris.” ‘Aisy menggelengkan kepalanya. Dia meleraikan pelukan. Jika tidak, dia pasti sudah melakukan pembedahan itu ketika di London.
“Sekurang-kurangnya kita cuba, sayang. Lagipun pembedahan itu dapat hilangkan rasa sakit di bahagian pinggul dan abdomen sayang. Kalau tak berjaya di sini, kita dapatkan khidmat pakar dari luar negara. Selebihnya kita serahkan kepada ALLAH.” Rayu Harris mengharapkan persetujuan daripada ‘Aisy.
“Buat apa semua itu, Harris? Semuanya dah tak ada gunanya. Saya dah tak sempurna macam wanita lain.” Luah ‘Aisy berputus asa. Rasa rendah diri semakin menebal.
“Sayang, dengar sini. Dengar cakap abang ni…” Harris memegang kedua belah pipi ‘Aisy.
“Kehadiran sayang dah cukup menyempurnakan hidup abang. Abang tak minta lebih daripada sayang. Yang penting kesihatan sayang. Abang tak nak sayang terus menanggung kesakitan ini. Kesakitan sayang penderitaan buat abang.” Bicara Harris sambil merenung tunak sepasang mata coklat milik ‘Aisy.  
“Saya malu, Harris. Saya malu dengan kekurangan saya ini. Saya rasa macam saya ni tak berguna lagi...” Sendu ‘Aisy memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia memejamkan kedua belah matanya. Cuba menghalau kepedihan yang semakin meraja di hati. Di mana lagi dia harus mencari kekuatan untuk melalui semua dugaan ini sedangkan kekuatan diri yang dikumpulkan selama ini sudah makin terhakis? Penderitaan yang bertimpa-timpa membuatkan dia semakin lemah dan goyah. Masih adakah esok yang bahagia buat dirinya? Entahlah, yang pasti esok yang ada bukan lagi miliknya bersama Harris.
“Sayang, jangan…”
“Sudahlah, Harris. Saya penat. Saya nak tidur. Awak baliklah.” Potong ‘Aisy kembali membaringkan tubuhnya membelakangi Harris. Ditarik selimut sehingga menutupi paras dada.
Harris mengeluh lemah.
“Sayang rehatlah. Kalau sayang perlukan apa-apa, panggil abang. Abang sentiasa ada di sini menemani sayang.” Akur Harris sambil membetulkan kain selimut di tubuh isterinya.

Ubun-ubun ‘Aisy dikucup dengan penuh kasih. Harris tahu emosi isterinya itu sedang terganggu. Jadi, biarlah dia berikan sedikit ruang dan waktu buat ‘Aisy untuk menenangkan diri. Jauh di sudut hati dia berazam untuk menebus kesilapannya yang lalu. Biarpun kesilapan itu telah meninggalkan parut yang tidak mungkin hilang.

4 comments:

  1. yaallah.. kesiannyer aisy... akibat perbuatan harris, dia yg tanggung sengsara... :(

    ReplyDelete
  2. harris deserve that..hope aisy tabah..maybe ada hikmah..lagipon ovari ada lg satu..kalau Allah nk beri, Dia ttp beri

    ReplyDelete
  3. Today is august 28.19 i m still watched this series and trying read this novel..n still love it..more

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..