Arianna
tersenyum bangga melihat lauk-pauk yang dihidangkan di atas meja makan. Puas
hatinya bila berjaya menyiapkan hidangan berbuka puasa untuk dijamu pada
keluarga mertuanya.
Aroma ikan
merah masak lemak cili padi dan kari ikan ala-ala mamak semerbak memenuhi ruang
makan. Kecur air liurnya. Perutnya yang kosong tiba-tiba berdondang sayang
minta diisi. Seharian dia tidak menjamah sebarang makanan. Hanya sempat dialas
dengan air kosong. Padahal dia tak boleh berpuasa kerana uzur syarie.
“Sakit pula
perut ni,” omel Arianna sendirian.
Dia menggosok
perutnya yang terasa pedih. Terasa pedih sampai ke hulu hati. Sebelum penyakit
gastriknya teruk menyerang, lebih baik dia jamah sesuatu untuk mengalas
perutnya.
Arianna kerling
jam yang dipaku di dinding. Masih ada lebih kurang sejam lagi sebelum waktu
berbuka. Sudahlah sahur tadi dia hanya menjamah sebiji kurma saja. Itu pun
sekadar nak mengaburi mata Affan. Segan kalau Affan tahu yang dia tak berpuasa.
“Susu semalam
ada lagi,” bisik Arianna perlahan. Dia berjingkit-jingkit melangkah ke dapur.
Sekotak susu
segar yang dah luak separuh dikeluarkan dari peti ais. Perlahan-lahan dia
menutup pintu peti ais. Kemudian dia berjingkit lagi untuk mencapai mug yang tersusun
di atas rak keluli tahan karat. Matanya meliar ke kiri kanan.
“Hisshhh...kenapa
gaya aku dah macam pencuri pula ni?” Arianna senyum lucu sambil menuangkan susu
ke dalam mug.
Bukannya ada
sesiapa di dapur waktu itu. Affan pun baru saja masuk ke dalam bilik solat.
Usai membantunya memasak, bergegas suaminya itu menunaikan solat Asar yang
sudah berada di penghujung waktu.
“Bismillahirrahmanirrahim.”
Arianna teguk susu sejuk sedikit demi sedikit. Setiap kali diserang gastrik,
minuman itulah yang menjadi penawar untuk meredakan sakitnya itu. Sempatlah
perutnya bertahan sebelum tiba waktu berbuka nanti.
“Sayang…” sapa
Affan yang tiba-tiba muncul di belakang.
Spontan susu
yang berada di dalam mulut Arianna tersembur keluar. Dia terbahak-bahak kuat.
Susu yang masih banyak berbaki di dalam mug segera dituang ke dalam singki. Dia
tak mahu Affan tahu yang dia tak puasa.
“What’s wrong with you?” soal Affan. Dia
bergegas mendapatkan Arianna yang sedang membelakangi dirinya.
“Uhuk…nothing.” Suara Arianna tenggelam
timbul dalam batuk yang ditahan. Salur kerongkongnya terasa perit. Cepat-cepat
dia mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangan.
“Kenapa buang
susu tu?” Affan sudah berada di sebelah Arianna. Bulat matanya melihat singki
yang penuh dengan air susu.
“Ooo…Rie tak
puasa ya? Bibirnya menyungging senyum senget kemudiannya.
“Errr…” Arianna
terpempan. Merah padam wajahnya.
“You’re blushing, honey.” Senyuman di
bibir Affan semakin melebar. Ada tawa kecil yang meletus.
“Biasalah orang
perempuan kalau tak boleh puasa.” Arianna memberanikan diri menentang anak mata
Affan. Cuba menutup rasa malu yang beraja di hati.
“Abang suka
tengok Rie malu-malu macam ni. Rie nampak...”
Suara Affan
meleret. Sengaja dia biarkan ayat itu tergantung. Dia rapatkan bibirnya ke
telinga Arianna sebelum menyambung bicara seterusnya.
“…menggoda
sangat.”
Gulp. Arianna
telan liur yang terasa kelat tiba-tiba. Kata-kata Affan hampir saja membuatnya
tersedak buat kali kedua. Bahunya yang bersentuh dengan dada Affan biarpun
dalam keadaan berlapik mengundang rasa yang tidak keruan di jiwa. Dia tahu
Affan sengaja mencipta sentuhan itu. Sengaja merapatkan kedudukan mereka.
“Abang tak tahu
pula pipi dan hidung pun minum susu juga.” Serentak ibu jari Affan menyapu
lembut kesan susu yang melekat di pipi Arianna.
“Comotnya
isteri abang ni.” Tangannya merayap ke hidung Arianna pula. Dia merenung dalam ke
dalam anak mata si isteri.
Bagaikan orang
bodoh, Arianna hanya mampu diam terkaku. Dia tenggelam dalam panahan mata helang
Affan. Oksigen bagaikan tersekat dalam salur darah. Sesak nafasnya kalau terus
berlama begini.
Ting Tong!
Deringan loceng
yang berbunyi nyaring menyedarkan Arianna dari terus larut dalam renungan tajam
itu. Spontan dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya keadaan itu dapat meredakan
sedikit degupan jantungnya yang berlari laju sedari tadi.
“Errr…papa,
mama, tok wan dah sampai agaknya. Biar Rie bukakan pintu.” Arianna mencari
peluang untuk melepaskan diri.
“Tak apa. Abang
bukakan. Rie minum susu tu dulu. Abang tahu perut Rie kosong tak jamah apa-apa
pun sejak semalam. Dahlah sahur tadi Rie cuma alas dengan kurma je,” tegah
Affan seraya memuncungkan mulutnya pada kotak susu segar di atas kabinet dapur.
“Lain kali
kalau terkantoi minum depan abang, janganlah sampai nak buang susu tu dalam
singki pula. Susu tu tak bersalah tau, sayang.” Affan kenyit mata sebelum tubuh
itu menghilang ke ruang tamu.
“Malunyaa…” Arianna
mengetap bibir. Dia menepuk kedua belah pipinya untuk mengurangkan rasa kebas
di wajah.
Kedengaran
suara papa, mama dan tok wan riuh di ruang tamu. Cepat-cepat Arianna
menghabiskan baki susu di dalam kotak. Usai membersihkan mug, dia bergegas ke
ruang tamu.
“Anna…cucu tok
wan. Anna apa khabar?” Ceria suara Hajah Habsah menyapa Arianna.
“Alhamdulillah.
Tok wan sihat?” Arianna tunduk menyalami wanita yang dipanggilnya tok wan itu.
Dengan penuh hormat dia mengucup tangan tua itu.
“Tok wan macam inilah.
Dah nama pun orang tua. Lagilah bila berjalan jauh macam ni. Tubuh mudah
penat,” balas Hajah Habsah.
Kalau tak kerana
aduan menantunya si Rose yang risaukan rumah tangga Affan dan Arianna yang baru
setahun jagung itu, tak adanya dia sanggup meredah perjalanan jauh dari Kota Bharu
ke Kuala Lumpur. Biarpun menaiki kapal terbang tapi kepenatan itu tetap terasa.
“Kesian tok
wan. Tak apa, malam nanti Anna urut tok wan ya.”
“Tok wan memang
suka sangat kalau Anna boleh urutkan tubuh tok wan ni.” Hajah Habsah ketawa
senang dengan tawaran Arianna. Cucu menantunya itu memang pandai mengurut.
Kadang-kadang sampai terlena dibuatnya dengan penangan urutan lembut Arianna.
“Okey! Sebagai
balasan Anna nak tidur dengan tok wan malam ni. Nanti bolehlah tok wan bacakan bedtime story untuk Anna, boleh?”
Arianna angkat kening. Dia suka mendengar kisah dulu-dulu yang sering
diceritakan Hajah Habsah. Lagipun bolehlah dia jadikan alasan mengurut tok wan
untuk mengelak daripada tidur sebilik dengan Affan malam ini.
“Tok wan boleh je
tapi suami Anna tu tak kisah ke? Boleh ke dia tidur kalau bantal peluk dia ni tak
ada?” usik Hajah Habsah. Mata tuanya melirik ke arah Affan. Sengaja ingin menduga
reaksi si cucu.
“Mana boleh, tok wan.” Cepat Affan memangkah. Bukan
senang dia nak dapat peluang tidur sebilik dengan Arianna. Lagipun dia dah
rancang sesuatu untuk berbaik-baik dengan isterinya itu.
Arianna bulat
mata dengan jawapan selamba Affan. Melihat papa, mama dan tok wan yang dah
senyum lain macam membuatkan dia malu sendiri.
“Kedekut betul
cucu tok wan ni. Tapi tak apa. Tok wan faham perasaan pengantin baru macam kamu
tu.” Hajah Habsah berterusan menyakat.
Affan sengih
selamba.
Arianna ketap bibir.
Dia bangkit menyalami Encik Ridhwan dan Puan Rose untuk menutup rasa malunya.
Tangan mama dan papa mertuanya itu dikucup lembut.
“Macam mana
kehidupan Anna dengan Affan? Okey?”
Arianna panggung
wajah dengan pertanyaan Puan Rose.
“Errr…okey,” jawab
Arianna perlahan. Sempat dia mengerling sekilas ke arah Affan yang sedang menyandarkan
tubuh pada dinding. Suaminya itu nampak kacak dengan tangan yang dimasukkan ke
dalam kedua-dua belah poket seluar jeans.
“Affan layan
Anna dengan baik tak? Dia ada memaksa Anna lagi? Atau ada dia buat tak senonoh
pada Anna?” soal Puan Rose bertubi-tubi.
Arianna
terkedu. Tidak tahu mana satu soalan yang harus dijawabnya dulu.
“Mama, kenapa
tanya macam tu?” Affan membantah tak puas hati dengan wajah yang serius. Namun tak
lama bila senyuman senget tersungging di pinggir bibir kemudiannya.
“Kalau buat tak
senonoh pun apa salahnya. Dah halal,” gumam Affan perlahan.
Cukup perlahan
namun masih mampu didengar Arianna. Bulat matanya memandang Affan dengan wajah
yang merah padam. Malu dan bengang bercampur-baur menjadi satu.
“Awak ni, Rose.
Kenapa tanya macam tu pada Anna? Macam awak tak kenal Affan tu. Takkanlah dia
nak buat bukan-bukan pada isteri sendiri,” sampuk Encik Ridhwan.
“Saya kenalah
tanya, abang. Anna ni bukan sekadar menantu kita, tapi anak perempuan tunggal
kawan baik saya. Kalau apa-apa jadi pada Anna, apa saya nak jawab dengan Nab?” ujar
Puan Rose menyatakan kebimbangannya.
Dia jeling
Affan tajam. Matanya menyaksikan sendiri telapak tangan Affan yang hampir
mencecah ke pipi Arianna. Kalau bukan disebabkan dia menjerit masuk campur, mahunya
berbirat merah pipi putih Arianna.
“Awak ni
berlebih sangat risaunya,” sela Encik Ridhwan tenang.
“Tu haa...jari
Anna tu, kenapa berbalut pula?” Puan Rose bersuara kuat. Semua mata dihalakan
ke arah Arianna yang sedang terpisat-pisat.
“Errr…tadi masa
kupas bawang, terkena pisau.” Arianna menjelaskan.
“Kenapa boleh
cuai sangat ni? Mari sini tok wan tengok.” Hajah Habsah menggamit Arianna melabuhkan
duduk di sebelahnya.
“Sikit je ni,
tok wan. Abang Affan dah tolong letak ubat tadi,” beritahu Arianna serba-salah.
“See, ma. I do care for my wife.” Affan
tenang mempertahankan diri.
Dia tahu sejak
mama melihat pertelingkahannya dan Arianna tempoh hari, mama bagaikan hilang
kepercayaan padanya. Silapnya kerana gagal mengawal baran. Tapi barannya takkan
terusik kalau Arianna tak mencabar keegoannya. Sudahnya hampir sepanjang malam
dia dan Arianna terpaksa menadah telinga mendengar khutbah Puan Rose.
“You better do.” Puan Rose memberi
amaran.
Affan hanya mampu
ukir sengih dengan peringatan keras daripada Puan Rose.
“You know, ma? Balutan dekat jari Anna tu
Affan yang buatkan. Pakej lengkap dengan extra
tender loving kiss lagi.”
Kata-kata Affan
yang terakhir itu membuatkan Arianna hampir tercekik air liur sendiri. Bulat
matanya memandang Affan yang sedang tenang berpeluk tubuh. Sempat lagi lelaki
itu mengenyitkan mata kepadanya.
“Astagfirullahalazim.
Apa kamu cakap, Affan? Kiss?” Puan
Rose beristighfar panjang sambil mengurut dada.
Hajah Habsah
dan Encik Ridhwan sudah tersenyum simpul. Arianna pula sudah merah padam
wajahnya.
“Kamu jangan
pandai-pandai nak buat yang bukan-bukan dengan isteri kamu siang-siang hari
dalam bulan puasa ni.” Intonasi suara Puan Rose naik satu oktaf.
“Mana ada.
Affan cuma cium je,” balas Affan lambat-lambat. Sengaja.
“Kamu tahu tak cium
isteri siang-siang hari di bulan puasa ni makruh hukumnya. Dari ciuman tu
macam-macam boleh jadi,” pangkah Puan Rose laju.
“Affan tak tahu
pula yang cium ja…”
“Astagfirullahalazim.”
Sekali lagi Puan Rose memotong kata-kata Affan.
“Takkan ustaz
tak pernah ajar kamu apa yang boleh dan tak boleh buat dalam bulan puasa?” Puan
Rose mengurut dahi. Semput dadanya mengenangkan kedangkalan Affan.
“Anna pun tak
tahu juga ke?” Puan Rose pandang pula Arianna yang terkedu.
“Anna…bukan..errr..Anna
tahu tapi...” Tersekat-sekat suara Arianna menjawab pertanyaan Puan Rose. Tidak
tahu bagaimana untuk menyusun ayat.
“Mama tahulah kamu berdua ni baru kahwin. Rasa
teruja tu tengah hangat membara lagi. Tapi sebagai orang Islam kita hidup
berlandaskan hukum. Dalam bulan puasa ni, nafsu tu kenalah control sikit. Siang hari je pun. Malam kamu berdua nak summersault atas katil pun tak apa,” tegur
Puan Rose telus tanpa berselindung. Dia menarik nafas dalam.
Arianna
menundukkan wajah. Perasaan malunya sudah bertingkat-tingkat menguasai diri.
“Lain kali Anna
jangan biarkan je Affan buat yang bukan-bukan pada Anna. Runsing betul mama,” pesan
Puan Rose. Dia pandang Arianna dengan riak risau.
“Err...”
Arianna kehilangan kata. Dia mahu bersuara tapi entah kenapa akhirnya dia hanya
mampu mengangguk seperti seorang pesalah. Dalam hati dia menahan geram pada
Affan. Dia tahu Affan sengaja membuatkan mama mertuanya salah sangka. Bergurau
tak kena tempat.
Affan
meledakkan tawa kuat tiba-tiba. Semua mata memandangnya pelik.
“Mama ni janganlah
overacting sangat. Affan cuma cium
jari Anna je. Takkan itu pun salah?”
“Hah?” Kata-kata
Affan membuatkan Puan Rose tercengang.
“Affan cuma
letakkan bibir ni dekat tempat yang berbalut tu je. Bukannya cium dekat tempat
lain,” terang Affan dalam tawa yang masih bersisa.
Encik Ridhwan
yang menjadi pemerhati turut ketawa kecil. Hajah Habsah pun sama. Cuma Arianna
yang masih merah wajahnya menahan malu dan geram yang bercampur-baur.
“Kenapa kamu
tak cakap awal-awal?” Wajah Puan Rose berubah cemberut.
“Dah mama tak
tanya,” jawab Affan mudah.
“Budak bertuah!
Kamu sengaja nak kenakan mama kan? Abang tengoklah anak kita ni,” adu Puan Rose
pada suami yang duduk di sisinya.
“Dah awak juga yang cepat melatah. Yang awak terus
potong cakap Affan tadi tu kenapa?” tegur Encik Ridhwan lembut.
“Kamu pun
Affan, dah tahu mama kamu ni cepat melatah, lagi nak cakap macam tu. Mujur mama
kamu ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, ada peluang kamu nak dapat mak tiri
baru nanti.” Lelucon Encik Ridhwan. Dia tidak berpihak pada sesiapa.
“Apa, abang?”
“Tak ada apa.
Esok abang teringin nak makan ikan tenggiri.” Encik Ridhwan memesongkan kata.
Puan Rose
menjeling separuh percaya. Kemudian jelingannya itu berpindah ke wajah Affan.
“Dah jadi suami
orang pun nakal tak berubah juga. Ingatkan dah matang lah sikit,” marah Puan
Rose tak berpuas hati.
“Affan matang
bila dengan Anna je. Nak-nak kalau dalam bilik.” Sungguh selamba Affan
mengungkapkan kata-kata nakal itu.
Arianna dah tak
mampu untuk berlama di situ lagi. Dah tak tahu nak sorok wajahnya ke mana
dengan senyum simpul yang tersungging di bibir keluarga mertuanya.
“Err…papa,
mama, tok wan. Duduklah dulu ya. Anna nak ke dapur. Nak siapkan apa yang patut.
Kejap lagi dah nak berbuka ni.” Tanpa menunggu jawapan, cepat-cepat Arianna
memajukan langkahnya ke dapur.
“Kamu ni Affan,
cakap tu tak berlapik langsung. Tengok tu Anna dah malu. Kesian dia.” Suara Hajah
Habsah yang disulami dengan gelak kecil masih sempat ditangkap telinga Arianna.
“Depan mama,
papa dan tok wan je dia malu. Kalau dengan Affan, tak malu pun.”
Ya Allah.
Arianna mengetap bibir geram dengan kata-kata suaminya itu. Kalaulah dia punya
kuasa saat ini untuk diamkan mulut Affan, sudah lama dia sumbatkan mulut itu
dengan cili yang paling pedas di dunia.
Di dapur,
Arianna menyandarkan tubuhnya di dinding kabinet. Dia menarik nafas dalam untuk
menyabarkan hati. Hari itu dia dapat melihat satu sisi baru dalam diri Affan.
Sungguh dia tak sangka lelaki yang dianggapnya seorang yang serius itu rupanya
nakal dan tak tahu malu.
P/S Secara rasminya AMS telah ditukar tajuknya kepada Kalau Aku Cinta...
KAC hbs kat blog or cetak?
ReplyDeleteHa
ReplyDeleteNoty affan ni
ReplyDeleteadakah kasih yg ingin di lakarkan oleh simamat sengal tu akan bersambut.... hmmmm...
ReplyDeleteBez2..
ReplyDeleteoowh lupa sis dah mention dlm fb. pttlah pelik tiba2 ad tjuk KAC ni. btw... semakin best lah. nakal betul affan ni. hope affan lh hero cite ni ya.
ReplyDeletesambung lgj!
ReplyDeleteNak lagi Dan lagi...
ReplyDeletenext pless :-)
ReplyDeleteamboiii amek kesempatan eh affan .. sian anna malu bertingkek tingkek .. hehe
ReplyDeletenakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk laggii please!!
ReplyDeleteSalam sis..waa,seronok dpt bce karya terbaharu sis.rse nak bace dan trus bab.excited nk tau ape kesudahannyer. rse trhibur lgi-lgi saye ni mmg kaki bce novel,haha.teruskan berkarya sis.saye sntiase support. <3
ReplyDeleteMenarik Dan Inspiratif sekali cerita ini, untuk para pencinta sepakbola bisa Gabung Disini untuk dapat update serta informasi terbaru mengenai Sepakbola >_<
ReplyDeleteUse this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours
ReplyDeleteWell over 160,000 women and men are hacking their diet with a easy and SECRET "water hack" to burn 2lbs each night as they sleep.
It is painless and it works with anybody.
This is how to do it yourself:
1) Grab a clear glass and fill it with water half full
2) And now follow this proven HACK
and become 2lbs skinnier the very next day!
Buka situs bokep & porno
ReplyDeleteRaih Kemenangan Besar Anda Disitus MARIO QQ, Hanya Dengan Modal Rp.10.000 Anda Bisa Menangkan Jackpot Jutaan Rupiah Setiap Harinya !!!
ReplyDelete✅ BONUS TURN OVER 0.3%
✅ BONUS REFFERAL 15%
✅ WIN RATE GAME 96,9%
✅ 100% PLAYER Vs PLAYER ( NO ROBOT & ADMIN )
✅ Minimal Deposit Bank : Rp.10.000 (BCA MANDIRI BNI BRI DANAMON)
✅ Minimal Deposit Pulsa : Rp.10.000
✅ Support E-Cash : GOPAY , DANA , OVO , LINK
Berapapun Kemenangan Bosku Pasti Akan Kami Bayar dan Kita Proses Dengan Cepat !!!
Hanya Disitus MARIO QQ Yang Memberikan JACKPOT dan BONUS TURN OVER Yang FANTASTIS Loh !!! Ayo Tunggu Apalagi Buruan Daftarkan dan Mainkan
Langsung Disitus Resmi MARIO QQ Dibawah Ini melalui :
WHATSAPP +62 821-4331-1663
Link Alternatif :
- www.vipmario55. net
- www.vipmario55. org