Follow Karya Ridhya Iman? Terima kasih

Thursday, 15 March 2012

Titian Cinta: Bab 27

“Sayang, are you okay?” sapaan Umayr Harris hanya dibiarkan sepi. Enjin kereta dihidupkan. Dia mengerling sekilas ke arah Rahadatul ‘Aisy yang sedang mendiamkan diri di kerusi penumpang. Sejak mereka selesai makan tengah hari di Lemon Grass Café sehinggalah mereka berdua berada di dalam kereta, isterinya kelihatan seperti hilang dalam dunianya sendiri.
“Sayang…” sekali lagi Umayr Harris memanggil Rahadatul ‘Aisy. Tangan isterinya disentuh lembut. Jauh mengelamun.
“Hah..” sentuhan Umayr Harris mengejutkan Rahadatul ‘Aisy. Matanya dihalakan ke wajah suami yang sedang tunak merenungnya dengan riak risau.
Are you okay?” soalan yang sama diulang. Pantas Rahadatul ‘Aisy melemparkan senyuman tawar dan menganggukkan kepala perlahan. Perlakuan yang nyata membuatkan Umayr Harris semakin tertanya-tanya.
“Kenapa ni? Abang tengok lepas lunch tadi sayang senyap saja. What’s wrong, hemm?” soal Umayr Harris dengan lembut. Wajah Rahadatul ‘Aisy yang sedikit pucat dipandang dengan penuh rasa kasih. Pelik dengan perubahan mood isterinya yang agak drastik itu.
“Err..mana ada. ‘Aisy okay. Tak..tak..ada apa-apa” balas Rahadatul ‘Aisy tergagap-gagap. Sebuah senyuman terpaksa dimaniskan demi menutup rasa kurang senang yang sedang mengusik tangkai hatinya.
Terbayang-bayang di ruang mata kelibat Syarifah Sofia yang sedang memasuki kafe ketika dia dan Umayr Harris baru selesai menikmati makan tengah hari. Dan pandangannya semakin tergamam tatkala bertembung dengan sepasang mata lelaki yang sedang berjalan mengiringi wanita itu. Sempat lelaki itu menghadiahkan senyuman sinis kepadanya. Dia cukup kenal dengan senyuman beku dan tidak berperasaan itu. Daniel Haiqal! Nama itu bergema di dalam benaknya.
You are not good at lying. I know something is distracting you.” teguran Umayr Harris menyentakkan Rahadatul ‘Aisy.
“Tak ada apa-apa. Betul.” Dia menegaskan tutur bicara. Biarlah rasa ini dia pendam sendiri di dalam hati. Tidak mungkin dia mampu untuk berkongsi perkara yang sedang mengganggu fikirannya saat itu dengan Umayr Harris. Apatah lagi perkara itu bersangkut paut dengan seorang lelaki!
Is it because of Sofia?” buntang mata Rahadatul ‘Aisy tatkala mendengarkan pertanyaan Umayr Harris. Dia tidak terus membalas tebakan Umayr Harris yang separuh mengena itu. Sebaliknya, dia menebarkan pandangan ke luar tingkap.
“Abang nampak?” soalan yang hanya dibalas dengan soalan. Dia tidak menyangka Umayr Harris turut menyedari kehadiran Syarifah Sofia kerana riak lelaki itu cukup bersahaja.
“Yup, nampak. Jadi betullah wajah ini moyok disebabkan Sofia? Can’t get rid of her, emm? ” tangan Umayr Harris menjalar menyentuh pipi kanan Rahadatul ‘Aisy. Senyuman nipis dihadiahkan buat si isteri. Nampak Sofia seperti nampak hantu! Bisik hatinya.
Sebaik mereka ingin melangkah keluar dari kafe, matanya sempat menangkap kelibat Syarifah Sofia yang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki di sudut yang agak tersorok dalam kafe tersebut. Dia juga perasan Syarifah Sofia sengaja berpura-pura tidak menyedari kehadiran mereka. Dah buat salah, tahu pula takut.
“Tak adalah. Cuma terkejut…” kata-kata Rahadatul ‘Aisy mati di situ. Dia sebenarnya terkejut dengan kehadiran Daniel Haiqal. Lelaki yang telah banyak melakarkan sejarah hitam dalam hidupnya dan Syarifah Sofia ketika di universiti dulu. Dan sejak bila Syarifah Sofia berbaik dengan Daniel Haiqal? Sedangkan sebelum ini dua orang itu bagaikan seperti musuh tradisi. Dia sendiri menjadi pelik dan musykil.
“Muka ini pucat macam nampak hantu. Jangan bimbanglah, sayang. Abang kan ada. Selagi abang di sisi sayang, abang takkan benarkan dia apa-apakan sayang. Kalau dia berani jentik sayang walaupun sekali, siaplah. Tahulah abang nak ajar macam mana” Umayr Harris mengetap bibirnya geram. Wajahnya berubah serius. Jelas lelaki itu benar-benar memaknakan kata-katanya. Jika tidak kerana terikat dengan janji yang telah dipaterikan terhadap Rahadatul ‘Aisy, pasti dia tidak akan mudah melepaskan Syarifah Sofia.
“Abang, hari itu kan abang dah janji. Jangan biarkan rasa marah tu menguasai diri.” Ujar Rahadatul ‘Aisy mengingatkan. Bimbang dia mendengarkan kata-kata Umayr Harris. Baran suaminya itu kadang-kadang memang sukar diduga.
Of course I’ll keep my promise. Abang lepaskan Sofia kerana sayang. Tapi itu tidak bermakna abang akan lepaskan lelaki yang cuba nak merampas sayang daripada abang.” Umayr Harris mengepalkan penumbuk. Siapakah lelaki yang berkonspirasi dengan Syarifah Sofia untuk memusnahkan rumah tangga mereka berdua? Pertanyaan yang tidak ditemui jawapannya sehingga kini. Jika tidak kerana janjinya, sudah pasti dia tidak teragak untuk bersemuka dengan Syarifah Sofia. Jika diikutkan barannya, dia tidak akan teragak-agak untuk menggertak wanita itu supaya membuka mulut.
“Abang, biarlah. Sooner or later ‘Aisy yakin kebenaran akan terbongkar. Allah bersama dengan orang yang sabar kan” tutur Rahadatul ‘Aisy lembut menyapa pelupuk telinga Umayr Harris. Sedikit sebanyak kata-kata itu mampu menyejukkan bahang yang mula terasa.
“Abang tak fahamlah kenapa sayang boleh bersabar dengan Sofia setelah apa yang dia lakukan pada sayang. Kalau abang lah…”
“Sebab suami ‘Aisy ni cepat melenting, sebab itulah ‘Aisy kena jadi penyabar. Kalau dua-dua baran, habis semua orang kena bom nanti” pantas Rahadatul ‘Aisy memangkas kata-kata Umayr Harris sambil tersengih mengusik. Sebenarnya, kesabarannya pun ada batasnya. Dia juga manusia biasa. Tetapi, apabila mengenangkan persahabatan yang pernah terjalin di antaranya dan Syarifah Sofia, mudah benar dia berlembut hati. Masih ada sisa-sisa kebaikan yang pernah ditaburkan oleh Syarifah Sofia padanya yang membuatkan dia berfikir berkali-kali untuk mendendami dan memusuhi wanita itu.
“Sempat lagi sayang mengata abang, ya. Sebaran-baran abang ini belum lagi sampai tahap nak buat jenayah tau” dia memicit hidung Rahadatul ‘Aisy.
“Hishh.. abang ini. ’Aisy tahulah hidung ‘Aisy ni tak mancung macam hidung abang.” Rahadatul ‘Aisy menepis tangan Umayr Harris. Dia menggosok-gosok hidungnya yang terasa sedikit perit. Lelaki itu hanya tergelak kecil melihat kesan merah yang sudah berbekas di hidung isterinya. Sekelip mata tingkah Rahadatul ‘Aisy berjaya membuatkan dia lupa pada rasa amarah nya.
“Jom lah abang. ‘Aisy ada temu janji dengan student pula pukul 3 nanti. Kesian kalau dia orang terpaksa tunggu lama.” Beritahu Rahadatul ‘Aisy apabila menyedari sedari tadi mereka hanya berada di dalam kereta yang tidak bergerak. Jam di dashboard dipandang. Sudah menghampiri pukul 2 petang.
“Lelaki ke perempuan?” soalan Umayr Harris membuatkan Rahadatul ‘Aisy mengerutkan dahi tidak mengerti.
“Siapa?”
Student yang hendak jumpa sayang tu lah” intonasi suara Umayr Harris mendatar.
“Lelaki. Ahmad Muslim namanya. Dah beberapa kali dia tak datang kelas termasuklah gagal hadir ujian. Pelik kenapa dia boleh jadi begitu. Sedangkan kalau tengok rekod akademik, dia seorang pelajar yang cemerlang sebelum ini.” lancar bibirnya menjawab dan bercerita tanpa menyedari perubahan di wajah Umayr Harris.
“Oh..” pendek balasan Umayr Harris membuatkan Rahadatul ‘Aisy mengerling ke arahnya sekilas. Wajah kelat Umayr Harris membuatkan Rahadatul ‘Aisy tersenyum nipis. Takkanlah dengan pelajar pun hendak cemburu!
“Abang jangan bimbang. ‘Aisy ini belum hilang akal lagi nak mengurat pelajar sendiri” selamba Rahadatul ‘Aisy mengusik suaminya yang sedang mengundurkan kereta keluar dari kotak parking.
“Abang takut pelajar tu yang mengurat sayang” kata-kata Umayr Harris itu membuatkan Rahadatul ‘Aisy tergelak kecil. Tidak menyangka suaminya boleh berfikir sejauh itu.
“Abang ini mulalah tu nak melalut” tegur Rahadatul ‘Aisy sambil menggelengkan kepalanya.
“Pernah tau berlaku kes pelajar yang kahwin dengan pensyarah. Kebimbangan abang ini berasas” tukas Umayr Harris mempertahankan hujahnya. Keretanya dipandu laju membelah lebuh raya menuju ke Bandar Baru Bangi.
“Memanglah pernah berlaku. Tapi kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan”
“Jadi, memang adalah pelajar lelaki yang mengurat sayang sebelum ini?” tebakan Umayr Harris membuatkan Rahadatul ‘Aisy hampir tersedak. Cemburu suaminya ini memang tidak pernah berkurang.
“Mana ada. Dalam dunia ini, abang seorang saja yang cinta dan sayangkan ‘Aisy. Itu pun dah cukup buat ‘Aisy” pujuk Rahadatul ‘Aisy lembut sambil telapak tangannya menyentuh belakang tangan kiri Umayr Harris yang sedang memegang gear. Dia tidak mahu rasa cemburu Umayr Harris memusnahkan tunas-tunas bahagia dalam hubungan mereka yang baru berputik.
“Habis tu..Jas..”
“Abang, don’t start it” gumam Rahadatul ‘Aisy mencantas kata-kata Umayr Harris. Dia mengangkat jari jemarinya daripada terus menggenggam tangan Umayr Harris.
Tindakannya itu membuatkan Umayr Harris mengeluh berat sambil meraup rambutnya ke belakang. Lelaki itu mengetap bibir dengan rasa bersalah. Sedar yang dia hampir terlanjur kata. Sedar yang dia hampir-hampir membuatkan hati isterinya tercalar.
I’m sorry. My bad. I shouldn’t say that” dia segera mendapatkan tangan Rahadatul ‘Aisy dan mengusapnya lembut.
“Tahu pun. Cemburu abang tu melangit sangat tau. Kalau abang tu Yusry yang ada isteri comel macam Lisa Surihani tu patutlah juga hendak cemburu.” Kata-kata Rahadatul ‘Aisy berjaya menggariskan senyuman di wajah Umayr Harris.
“Masalahnya, di mata abang ini, sayang lebih comel dari Lisa Surihani. Itu yang buat abang lagi bimbang” tingkah Umayr Harris.
“Ha ha ha.. Sangat lawak. Mata abang ini dah rabun agaknya? Nanti ‘Aisy belikan abang kanta pembesar” ujar Rahadatul ‘Aisy sambil gelak buat-buat.
“Betul, sayang. Walaupun dihadirkan dengan seribu bidadari, belum mampu dapat menandingi kecantikan sayang di mata abang. Walau dilonggokkan dengan intan dan permata, tidak akan sama nilainya dengan cinta yang sayang berikan pada abang.” bicara puitis Umayr Harris membuatkan Rahadatul ‘Aisy terpempan. Serta-merta rona wajahnya bertukar merah. Jari-jemari Rahadatul ‘Aisy yang berada di dalam genggaman di bawa ke bibir dan dikucup lembut. Pandangan mata mereka berdua bertaut buat seketika.
 “Abang, pandang depan lah. ‘Aisy dah serik masuk wad tau” genggaman tangannya dilepaskan dan dia menolak pipi Umayr Harris lembut supaya memandang ke arah depan. Akhirnya Umayr Harris tergelak kecil dengan gelagat kalut Rahadatul ‘Aisy. Tumpuannya kembali difokuskan pada jalan raya. Umayr Harris meneruskan pemanduannya dengan tenang.
Rahadatul ‘Ais melarikan pandangannya ke luar tingkap. Janggal dengan kesepian yang bertandang membuatkan tangannya pantas menekan punat pemain CD. Berkumandang lagu nyanyian Ukays menyapa gegendang telinga. Kau satu-satunya. Dia tahu lagu ini. Lagu yang sering dilagukan oleh seorang lelaki yang bernama Daniel Haiqal. Kerana lelaki itulah dia menjadi benci untuk mendengar lagu ini.
“Abang suka lagu ini. Lagu ini abang tujukan khas buat sayang, just for you sayang” bicara Umayr Harris membuatkan pergerakan tangannya terhenti. Dia tidak jadi menekan butang off pada pemain CD. Umayr Harris yang sedang ikut sama menyanyikan bait-bait lirik lagu itu dipandangnya sekilas.
Oh..Siapalah diri aku ini
Tanpa mu dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi
Kau bagi ku satu-satunya
Padamu lah ku meminta, ku bermanja
Ku rindui ku kasihi
Di hatiku kau abadi
Dengan sinaran kasih mu
Kian terancang hidup ku
Tiada lagi keraguan
Kau bagi ku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta
Sejak diri mu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua
Di cermin kaca ku memandang
Diriku serba kekurangan
Namun bagi mu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa
Kau bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ku bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hariku kau abadi
Daniel Haiqal. Nama itu kembali bergema dalam kotak fikirannya. Dia tidak menyangka akan dipertemukan sekali lagi dengan lelaki itu. Sangkanya lelaki itu akan lenyap terus dari hidupnya setelah apa yang telah terjadi. Fikirannya menerawang pada satu peristiwa yang telah melakarkan nama lelaki itu kemas dalam kotak ingatannya. 

10 comments:

  1. romantik lah pulak Umayr Harris . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. romantik ek? he gonna be a very romantic hubby..

      Delete
  2. peristiwa ape yg jd between aisy n danial 2?
    xsabar nak taw ni..

    ReplyDelete
  3. mesti ada sebab sofia dengan danial tu berbaik..hurm..apa2 pun best ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! tunggu sambungan dia ye..hheheh..

      Delete
  4. jgn2 danial nie le yg berkomplot ngn sofea mlm tu yer..yg sblm Rahadatul Aisy jtuh tngga tu kn..btoi x ye..rsa2 nya lah..

    apa2 pun best citer nie, sy slalu tggu episod seterusnya..memang best...:)

    ReplyDelete
  5. rasa terlalu pendek jea n3 kali ni... nape ridhya tak sambung jea terus komplot di antara danial dan Rahadatul Aisy...? nampaknye kene tunggu lagilah... tapi hati ni tetap sabar menunggu n3 seterusnya sebab cerita ni best bangat...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda..